XM.COM

Tuesday, 23 February 2016

Pilihan kerjaya dalam bidang Doktor Veterinar


Bertemu lagi kita di blog Megawealth Vet anda!

Kerjaya di Veterinar?

Cerita saya dalam bidang ini.


Selepas habis belajar selama 5 tahun di dalam pengajian Ijazah Perubatan Veterinar, sudah tentu anda akan menentukan kerjaya yang paling sesuai yg anda akan ceburi.
Maksud kerjaya di sini adalah, kita akan memilih bidang mana yg paling sesuai untuk kita.
Terdapat pelbagai bidang untuk seorang Doktor Veterinar boleh pilih dalam hala tuju kerjayanya.
Contohnya:





1. Small Animal Clinic - Sektor ini sangat terkenal dek keterujaan masyarakat kita membela haiwan peliharaan mereka sebagai teman seharian.  Tidak hairanlah jika sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk seekor kucing comel.  Hal ini menjadikan klinik haiwan kecil ini menjadi pilihan utama vet yang mencari kerjaya dalam bidang ini.  
Tambahan pula klinik haiwan pada zaman skrg 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan', jadi persaingan juga sudah tentulah menjadi tinggi dek pelanggan yang ramai.
Jadi, sektor ini adalah satu option yg baik dan bagus untuk vet terutamanya perempuan kerana kerja mereka hanya di sebuah klinik haiwan tanpa pergi ke tempat lain. Terpulang kepada minat masing2, tiada paksaan. Gaji juga agak lumayan bagi sektor ini, kawan saya starting boleh mencecah sehingga RM 3,5++ - RM 3,8++. 



2. Pensyarah -  Pensyarah juga salah satu cabang untuk seorang Doktor Veterinar menyambung kerjaya mereka di dalam bidang akademik.  Dalam bidang akademik ini, mereka perlu kerap menghasilkan buku2 ilmiah dan menghasilakn kajian terbaru tentang kepakaran mereka. Tapi harus di ingat, mereka yang mahu ke bidang ini perlulah mengambil 'master' dahulu keperingkat kepakaran mereka sebelum dapat diserap masuk untuk menjadi seorang tenaga pengajar dalam Universiti. 

Image result for lecturer

3. Ladang ruminant - Terdapat banyak ladang2 ruminant (lembu, kambing, biri-biri) di Malaysia yang kita patut tahu. Walaubagaimanapun, sektor ini masih tidak dapat menghasilkan bekalan daging yg mencukupi buat Malaysia, Negara kita masih import daging2 lembu dari negara luar bagi menampung kekurangan bekalan daging. Jadi sektor ini masih lagi kecil dan potensi untuk seorang Doktor Veterinar bekerja di ladang2 haiwan ruminant adalah tinggi.  Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu ini.  Gaji juga agak lumayan sekitar RM3,5++ - RM 4+++.




4. Ladang Poultri / ayam -  Ladang poultri ini berkaitan dengan ladang ayam.  Ramai yang menjangkakan jika kerja di syarikat berkaitan ayam, kita terpaksa bekerja di ladang2 ayam.  Tidak sama sekali. Kita perlu buang pemikiran lapuk itu kerana profesyen kerja di Syarikat berkaitan ayam ini sangat luas.  Kita harus tahu ayam yang kita mkn tiap2 hari itu hanya ayam pedaging, walhal sektor ini lebih luas dari itu, nnt saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang AYAM BAKA yang diimport dari Syarikat AVIAGEN, US.  Ya, oleh demikian kita mesti akan ke ladang ayam juga untuk melawat jika ada aduan dari penternak tentang ayam sakit.  Gaji dalam bidang ini juga tidak kurang hebatnya sekitar RM 3,5++ - RM RM 4,+++.



5. Zoo (wildlife) - Dengar nama wildlife pun agak menggerunkan juga kan. Haaa, kerja di zoo anda akan selalu dapat ber'selfie' dengan haiwan2 yang rare yg kita tak jumpa tepi jalan hahaha.. ye dak..?
Mana tidaknya kalau jumpa Harimau tepi jalan mau lintang pukang. Okay, life di zoo agak mencabar, bkn kenapa, terlalu banyak haiwan di sini yang kita perlua arif / tahu tentang setiap haiwan.  Haiwan di sini perlukan persekitaran mereka yang 'tersendiri'.  dan juga penyakit haiwan disini juga terlalu banyak dek banyak species yg ada kat sini. Tidak hairan la jika saya katakan kerja di zoo ini agak masyuk la.. hehe.. berminat dengan wildlife boleh hantar resume ke zoo dalam Malaysia, jika nk 4k Singapore DOLLAR pergi la keja di Zoo Singapore.. darab berape tuuu duit kita.. peace!




6. Turf club/ Endurance - Kerja dengan kuda. Nampak mcm senang tp banyak ragam kuda ni hehe.. mungkin saya tak minat kuda kot.. BTW, working with horse mmg best jika kita tahu perilaku dan behaviour of horses ni. Actually kerja dengan kuda ni mmg perlukan kesabaran yang tinggi tp nampak enjoy jika kita pandai sesuaikan diri dengan job ni. Exciting kan kalau ada kuda sendiri, and you can imagine berapa harga kuda sultan Johor? hehe Ratusan ribu okay. So you can imagine kalau sultan hire you untuk jaga kuda dia.. Ermmmm, belanja tak habes kan.. tiba2 pulak ada endurance support sepenuhnya ke Dubai untuk jaga Horse Endurance.. Pergi bawa duit je la.. XD



7. Aquaculture - Bidang ini masih kecil di Malaysia, tetapi di luar negara bidang ini dah sampai ke satu tahap yg tinggi, di mana mereka sudah cuba utk tingkatkan genetik ikan! Boleh bayangkan tak? Tentang gaji dalam bidang ini saya kurang arif, mungkin boleh hantar resume ke UNDERWATER world Langkawi tgk hehe. 


8. Vaccine & Drug company - Haiwan mana yg tak amik vaccine dan ubat? jeng jeng jeng.. Kebanyakan klinik haiwan, ladang lembu ayam, kuda semua perlukan vaccine dan ubat2an utk cegah penyakit. Jadi anda boleh bayangkan betapa besarnya vaccine & drug company ni. Suggestion saya kalau nk kerja ngan vaccine & durg company ni, paling kurang bg subjek PHARMACOLOGY and BIOCHEM tu power haha.. kalau x susah sikit hehe.. So the bigger the industry, the bigger your salary.. pilihlah company besar2 mcm ELANCO, GLOVET, etc.


9. Laboratory -  Lab yg saya maksudkan ni byk. But mostly utk vet more to lab utk research.  For R&D (Research & Development) , so bila ada nya research2 baru ni, baru la benda baru terhasil. so pentingnya disini kan research2 laboratory ni hehe.. Gaji pun not bad, kerja di dalam lab sahaja, boleh la demand RM 3,5++ - RM 3, 7++.


10. Feedmill company : Company yg supply makanan haiwan ni adalah satu industri besar. Sangat besar, jagan pandang rendah sbb nya, haiwan2 terutamanya yg dok ladang tu kebanyakan amik pellet dari company makanan ni. Saya amik kira ladang ayam di Malaysia ni pun cukup la k.  Let say company saya ada 100 buah contract farming, setiap ladang akan order dedak ayam, sekali dia order mengikut bilangan ayam, kalau dia bela 100,000 ekor, dedak sekali order nak tak nak mesti 320 bags.  1 bags 50kg tu harga semasa RM90. so utk 320bags dah cecah RM28,800. hahaha
Ini baru satu ladang dah 28k. Kalau ada 100 ladang tak ke berjuta tu.


Sebenarnya banyak lagi kerjaya dalam bidang Veterinar ni, cuma kita perlu pandai pilih. Bersua kita kembali di lain masa.  Saya akan ceritakan lebih detail tentang satu2 sektor nnt. Selamat Beramal, no hate just love, mmmuuahhhhh Dato Vida sket kikiki..

92 comments:

  1. Salam dr. Kt klinik tu semua klinik boleh ke? Ke kne bukak klinik sendri ? Dr dlu umk ke ? Ada tk kne pegang babi ke anjing ke spnjg 5thun bljr tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik,
      Ya, setakat ni semua klinik boleh apply for vacancy dgn syarat dah dpt lesen APC (Annual Practising Certificate). APC ni adik akan dpt bila dah berdaftar sbgai Dr Veterinar, jgn risau. Tapi pastikan klinik haiwan la, jgn klinik manusia hehe.

      Menjawab soalan kedua, adik tak perlu pn bukak klinik sendiri.. Adik boleh bekerja di klinik haiwan dahulu utk ambil pengalaman, dan kalau dah ada modal utk bukak klinik sendiri, tiada halangan, bukak la klinik sendiri hehe boleh jadi boss, hire Vet lain di klinik adik..

      Soalan ke 3, Dr dlu belajar di sebuah Universiti Awam Malaysia, Identiti Universiti dirahsiakan hehe..

      Yes, mmg kena pegang anjing utk rawatan semasa pratikal di Tahun ke 5 sbb time tu mmg tiap2 hari kena masuk ke klinik utk praktikal. Jgn risau, semua kelengkapan ada, boleh pakai glove dan labcoat utk handle kes anjing dan kucing, dan sabun samak, tiada masalah.

      utk praktikal utk species Swine (babi), adik mmg kena buat post mortem.. Jgn risau dik, semua kwn2 Dr boleh lepas, jgn risau ya.. Good Luck!

      Delete
  2. Hi Dr,
    Dr ada Facebook@email untuk dihubungi? Saya ada banyak soalan memandangkan bidang vet ni mungkin akn saya pilih selepas tamat pengajian di sekolah menengah. Tq 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, adik boleh emailkan kat Dr di megawealthvet@gmail.com
      Bagus kerana adik dah ada cita2 sendiri di awal usia. Jadi work for it.
      Good luck!

      Delete
    2. Hi,Sya nk mntk pndpt doc sbb sya brmint nk jdi doc haiwan tpi msih ragu2 dgn pluang pkerjaan ...

      Delete
    3. Hi, peluang mmg sgt luas, cuma adik kena dptkan ijazah ini, dan byk syarikat akan mula cari adik nnt.. kalau lagi berpengalaman, lagi la company nak cari

      Delete
    4. Sya nk tanya apa subj wajib untk sambung belajar dalam jurusan doc haiwan ? Mmg cita cita saya dri kecik nk jadi doktor haiwan

      Delete
    5. boleh baca requirement yg saya tulis dlm blog ni.. yg penting SPM ada sub kimia, biologi dan addmath.

      Delete
    6. Saya nak tanya kalau saya takut ular boleh tak saya still nak jadi doc haiwan?

      Delete
    7. Boleh.. doc pun takut ular.. hehehe..

      Delete
  3. @Dr.Macho
    Terima kasih atas maklumat yg diberikan doc. Pengetahuan yg amat bermanfaat untuk saya.

    ReplyDelete
  4. @Dr.Macho
    Pada asalnya time form4 saya mmg dpt aliran sains tulen ikot kelayakan PMR(suka sgt sbb cita2 nk jd vet). Then ntah knpa tetibe ckgu tukar sy ke aliran perakaunan(ckgu nk penuh kuota bdk acc la kot). Sy tak minat tp belajar jela. Alhamdulillah result spm cemerlang. Next sy ditawarkan diploma accounting. In sha allah bulan 5/2017 tamat la.

    Haa smpai skng neyh cita2 nk jd vet tk pernah padam. Kesimpulannya boleh ke sy sambung degree dlm bidang yg minat(vet). Pointer sy alhamdulillah cantik. Yg jd kemusykilan layak ke saya? Apa pendapat Dr Macho?

    Klau Dr tak kesah, please rply kt email saya zainurizatie8@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik..

      Ya, ini salah satu kesilapan cikgu2 yang serius.. Kadang2 cikgu ni diorg tak tanya dulu apa minat pelajar itu dulu, yang diorg tahu nk penuhkan kouta kerusi dalam kelas, kalau anak saya kena kes mcm ni, dah lama saya 'basuh' cikgu tu..

      Doc tak pernah salahkan adik dalam perkara mcm ni, sbb doc pun dah selalu dpt email dari perkara yg sama mcm adik.. Doc sgt2 sedih.. Cita2 adik2 yg lebih besar terpadam disebabkan hasrat cikgu yg sgt remeh, dgn alasan nk penuhkan kelas..

      Pada pendapat doc, sangat susah kalau adik nak tukar aliran dari perekaunan kepada bidang doktor veterinar ini.. Bkn sebab apa, satu disebabkan requirement yg cukup tggi utk mohon kos ini, dan adik perlu ada sekurang2nya 3.70 pointer dan keatas utk sambung kos ini..

      dan subjek biology dan kimia perlu ada dalam sijil SPM adik, kalau tidak sgt sukar utk memohon..

      Delete
  5. assalamualaikum doc,
    saya pelajar matrikulasi dan inshaaAllah ingin sambung dlm vet. Soalan saya 1.Lepas dpt degree nnti ,dr vet ni ada HO jugak ke mcm medic?
    2.sekiranya saya nak jdi pensyarah vet, perlu pengalaman bekerja atau tidak?
    itu sahaja terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,
      Soalan pertama, Tak ada HO.. terus boleh bekerja sbgai doktor veterinar, yg penting pastikan lepas dpt degree, WAJIB kena angkat sumpah depan Pegawai MVC (Malaysia Veterinary Council) sbgai doktor Veterinar yg bertauliah.. Takda houseman ship mcm medic.. jelas?

      Soalan kedua, Sekiranya nak jd pensyarah, adik perlu pursue study dan dapatkan master (sekurang2nya) dan pHD utk menjadi pensyarah..

      Sama2.. Good luck

      Delete
  6. assalam doc. sy juga dari pelajar matrikulasi. sy pernah trima utk buat ijazah selepas persediaan setahun dalam bidang veterinar tapi lps spm dulu taktahu apa2 langsung ttg veterinar.lpas byk buat kjian ttg bdang vet ni, minat tu timbul. sy sbenarnya risau kalau nak krja nanti susah. kalau nk keje ngn gvernment, dekat mana ya?klinik haiwan saja ke option yg ada?sbb kalau nk buka klinik trus lpas degree, mcm impossible. hehe. persaingan untuk dapatkan kerja kuat ke ya doc utk zaman skrg? lagi satu doc, pmbelajaran doctor veterinar sama juga ke dgn medic? kalau master nanti nk sambung medic, boleh ke?hehe.itu saja doc. terima kasih.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam adik..

      Panjang lebar doc explain kerjaya2 seorang doktor veterinar tu hehehe..

      Btw, kalau adik under JPA SCHOLARSHIP, selepas tamat belajar adik perlu melaporkan diri di JPA, dan mendaftar utk menjawat jawatan awam di dalam kerajaan.. Jadi pihak Jabatan Veterinar akan decide kemana adik akn pergi MENGIKUT KEKOSONGAN pada masa itu..

      Bkn klinik haiwan saja yg adik boleh kerja, byk lagi.. adik boleh baca dekat artikel kat atas ni.. byk kn?
      Boleh bukak klinik sendiri, tp adik perlukan MODAL dan pengalaman yg luas dlm klinik ni.. Sbb tu selalu org akan bekerja dahulu utk ambil pengalaman, then baru buka klinik sendiri.. hehe

      Persaingan itu bergantung kepada industri mana yg adik nk join..

      Pembelajaran tak sama sgt, cuma adik perlu belajar byk species melainkan medic hanya belajar tentang manusia sahaja haha.. Byk kan species.. Kalau master nnt , adik boleh sambung dlm bidang veterinar jugak.. Jika adik nk jd pensyarah, adik boleh je nk jd pensyarah utk fakulti perubatan.. tak da masalah

      Delete
  7. Salam doktor...
    Minat untuk jadi veterinar saya baru datang..saya lepasan spm 2016 ..jadi saya nk tanya doktor...bgaimna peluang pekerjaan dalam bidang veterinar ni dalam masa 2020-an yang akan datang..bidang ni menjamin saya punya kerjaya tak..saya minat untuk buka klnik vet...tapi ayah saya tidak menggalakkan saya dalam bidang veterinar...jadi saya perlukan jwpn doktor utk saya memperthnkan impian saya..terima kasih doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam adik..

      Soalan yg baik.. Memandangkan bidang ini dipandang suram oleh sesetengah pihak, jadi bidang ini menjadi tidak se popular kerjaya yg lain.. walhal di negara eropah atau negara luar lain, kerjaya sebagai doktor veterinar ini dipandang lebih tggi dari kerjaya seorang doktor manusia..

      Hanya di Malaysia bidang ini seolah2 tidak begitu popular..
      Jadi apabila perkara ini berlaku di Malaysia, jadi persaingan masih kurang dan peluang pekerjaan masih banyak utk di rebut oleh para graduan.. Doc tak dpt jamin pada tahun 2020 ini bagaimana keadaanya, tetapi jika mengikut peredaran masa ini, doc yakin masih banyak peluang pekerjaan dlm sektor ini.. Kadang2 slalu org ckp, kalau ada rezeki, Insyaallah..

      Bagus jika ada impian utk ada klinik haiwan sendiri..

      Minat itu penting, adik perlu beritahu ayah bahawa minat adik tidak perlu dihalang, ayah perlu menyokong anak ayah utk menjadi seorang DOKTOR VETERINAR yg berjaya di Malaysia.. Itu sebenarnya yg perlu dilakukan.. Ini kerjaya yg adik hendak pilih utk teruskan hidup.. kerana sesetengah ibubapa menganggap bidang ini tiada masa depan kepada anak2 mereka.. come on, ini Doktor Veterinar ya.. peace

      Delete
  8. assalamualaikum doktor

    saya berminat menyambung pengajian ke veterinar atau zoologi namun jurusan apa perlu saya ambil? ada juga di UPM tapi terletak di sarawak dan saya terpaksa lupakan hasrat untuk sambung ke UPM.

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Doc sarankan adik baca link di bawah ini dulu, dan kemudian adik boleh nampak hala tuju adik..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Jika masih tak faham boleh bertanya ya.. Terima kasih

      Delete
  9. assalamualaikum doctor, terima kasih ats perkongsian doctor. blog doc ni byk sgt membantu saya !! :) saya lepasan spm 2016, berminat dalam bidang vet. soalan saya, masa praktikal adakah kita dibayar gaji ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Masa praktikal, student2 tidak diberi gaji, tetapi di beri elaun sahaja.. Tetapi, depend kepada syarikat/tempat yg adik nk praktikal tu jugak..

      Mcm doc dulu, masa praktikal di ladang kambing , tak dpt elaun pun.. tp masa praktikal di ladang ayam, dapat je elaun hehe..

      Seeloknya, sebelum nk mohon praktikal di sesuatu tempat, better tanya dulu ada di beri elaun atau tidak hehe..

      Terima kasih ya..

      Delete
    2. Ohhhh terima kasih doc. Lagi satu, kalau asasi uia boleh ke masuk degree vet di upm ?

      Delete
    3. Asasi UIA dalam bidang sains ada peluang, tetapi harus diingat bahawa pointer semasa di program asasi mesti lah cemerlang dan bagus kerana adik akan bersaing dengan pelajar2 dari institusi lain juga..

      Good luck ya

      Delete
    4. terima kasih doc !

      Delete
  10. Hello Doc! Sya berminat untuk menceburi bidang ni terutama sekali dlm bhgian wildlife tu .Sya bru sja menamatkan spm dan akan menyambung pelajaran ke matrikulasi. Klau nak ambil course ni kna dpt pointer sekurang2nya brpa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello adik..
      Haaaa.. adik boleh baca di link kat bawah ni..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Pointer yg diperlukana agak tggi iaitu atas 3.50.. Jika dapat lebih tggi dari itu maka lebih baik.. Persaingan amat tggi , jadi adik kena dptkan pointer tertinggi utk beat calon2 lain.. Jgn risau, jika ada rezeki adik, Insyaallah boleh..

      Jadi, bila masuk belajar di matrikulasi nnt, belajar baik2, sungguh2, jgn lalai dgn arus remaja, sibuk nk bercinta ke, semua tu dugaan, jgn kesah lagi, tumpukan pada pelajaran dahulu,, itu lebih penting..

      Ingat pesan doc ni..

      Delete
    2. Wahhh tinggi nyaa •_• baiklah doc sya akan cuba sebaik mungkin :D Terima Kasih doc!!!

      Delete
    3. Ya, mmg agak tggi.. usaha ya

      Delete
  11. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melafazkan ribuan terima kasih kepada Dr. kerana artikel ini telah banyak membantu saya memahami skop kerjaya dalam bidang veterinar. Thanks a lot Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure to educate and give information regarding this field.. Thank you very much for your time reading my blog.. peace!

      Delete
  12. Assalam doc.. yg small animal clinic tu saya perlukan pencerahan.. maksud doc kita perlu buka clinic sendiri atau kita bekerja dengan pemilik clinic lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam adik..

      Okay maksud doc, adik perlu bekerja dgn mana-mana klinik dulu utk dapatkan skill dan kemahiran berniaga..

      Jika adik ada modal sekalipun utk bukak klinik sendiri, ambil pengalaman dahulu di klinik lain.. dah cukup ilmu ttg dunia perniagaan klinik haiwan ni, tak salah jika adik nk buka klinik sendiri.. lagi boleh jana pendapatan sendiri..

      faham kan maksud doc..?

      Delete
  13. Oh faham2.. kalau macam wildlife, aquaculture, lab dan drug company tu perlukan degree shj ke? Or perlu ada master dn sbgnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Degree sahaja pun dah cukup.. tp kalau ada master adalah satu bonus buat anda hehe

      Delete
  14. Assalamualaikum Dr. Boleh sy dpt kan email @ Facebook @ what's up tak? Sbab sy ada bnyak soalan nk ditanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam adik.. email ke megawealthvet@gmail.com..

      Delete
  15. Salam doc, nak tanya gaji vet kerja di animal shelter agak brapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik, gaji di animal shelter bergantung kepada tempat adik bekerja, jika animal shelter tu besar dan mendapat sponsor yg banyak dari NGO atau authority, kemungkinan besar gaji lebih besar berbanding animal shelter yg di jaga oleh individu kecil saja..

      Delete
  16. Slm. If pelajar diploma farmasi nak ambil degree veterinar boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. ya boleh, tp result kena strong.. hehe

      Delete
  17. Nak tanya doktor vet tak ada elaun kritikal macam doktor/pamasis/dentist kan? So gaji permulaan dok vet gomen dlm RM 3K+ lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada elaun kritikal .. tp masih ada elaun2 lain yg kos lain tak dpt hehe..

      Delete
  18. assalam dr. saya ni pelajar lepasan spm and berminat nk sambung bidang vet ni....boleh akak terangkan x psal pengajian 5 tahun tu...makananya kan...klau saya amik asasi and smbng degree...saya akan amik masa 6 tahun la untuk completely jadi doc vet

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. ya btol, kalau dari asasi, akan jd 6 tahun.. pengajian selama 5 tahun tu mcm ni.
      tahun pertama dan kedua, adik akan byk belajar ttg teori, pre-clinical term utk tahun ini..

      masuk tahun ketiga dan keempat, adik akan mula belajar ttg penyakit2 haiwan.. para-clinical term utk tahun ini..

      dan tahun ke lima dipanggil sbgai clinical year, so adik akan byk handle kes2 di klinik..

      Delete
  19. Masihkah boleh saya mengambil course vet ni , sedangkan kimia dan addmath saya D tetapi bio dan matematik A dan fizik adalah C+??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh kerana minimum requirement adalah kredit, C dan keatas

      Delete
  20. assalamualaikum dr, terima kasih kerana berkongsi ilmu. Saya nak tanya, dulu dr pointer berapa ye sebelum ambil course veterinar ini and Muet band berapa ye ? Thank you in advance ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. hehe Pointer doc 3 keatas, specific tak boleh la bgtau hehe.. MUet band 3 dan keatas wajib..

      Delete
  21. Your blog is really useful and very informative. Thank you very much, Dr

    ReplyDelete
  22. Hi dr.boleh saya tanya kalau kita nk apply vet di university gadjah mada di indonesia tu diiktiraf di Malaysia atau tidak?Ada tak kwan dr yg graduate di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Boleh belajar disana. Doktor tak de kawan yg belajar disana, doc rasa adik boleh call MVC (malaysia Veterinary Council) untuk tanya ttg isi iktiraf atau tidak, mungkin mereka boleh explain lebih jelas.. Google je num ya

      Delete
  23. ahh doc. kalo spm bio ngan kimia tk kredit boleh ke smbung jdi vet?and addmath perlu kredit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kredit mmg tak boleh adik, sbb syarat minimum adalah kredit/ atleast C

      Delete
  24. Assalamualaikum hi Dr nak tanya gaji untuk doctor haiwan approximately berapa ?

    ReplyDelete
  25. Assalam dr, saya mmg nk masuk bidang vet, tapi mcm mna saya nk kekalkn pembelajaran arab, syariah dn quran sunnah yg saya belajar kt smk. Atau saya kena lepaskan salah satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,

      Belajar bahasa arab, syariah dan quran sunnah tak jadi masalah, cuma adik perlu ambil subjek kimia, bio dan addmath juga. Jika 3 subjek ini ada (kimia bio addmath), doc rasa tak jadi masalah, malah boleh jadi islamic vet kemudian hari.. So dont worry, as long as adik ambik subj sains tulen, masih okay, jika tidak mmg tak boleh sebab tidak memenuhi syarat.

      Delete
  26. Assalamualaikum dr. Hai. Blh saya hubungi doktor utk bertanya apa yg patut saya lakukan terhadap kucing saya yang ada luka di bahagian mata? Semoga doktor dapat membalas dengan segera. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,

      Boleh email kpda saya di megawealthvet@gmail.com
      Tq

      Delete
  27. Assalamualaikum dr. Nak tnya kalau aliran sastera memang tak boleh ke. Tapi sy minat sgt jadi Dr.Vet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam adik, Aliran sastera mmg tak boleh adik,
      sebab syarat wajib utk ke bidang ini mmg perlu ada subjek biologi, kimia dan addmath semasa SPM.
      Memang tiada cara lain.

      Delete
  28. Assalamualaikum Dr, saya nk tanya..kalau nk tukar course dari engineering kepada veterinar kat upm boleh tak Dr?

    ReplyDelete
  29. Wasalama dik, bab tukar kos ni kena tanya dekan fakulti..

    Kalau tanya pendapat doc, mmg tak boleh sbb melibatkan dua dua bidang yg berbeza..
    engineering melibatkan physic, veterianr melibatkan biology benda2 hidup ni.. Tapi tak salah kalau nk tanya.. Mana tau ada rezeki

    ReplyDelete
  30. Assalam dr, selepas habis belajar ijazah vet 5 tahun, aquaculture/wildlife/lab/poultry ni kene ambil master dulu, atau boleh terus ceburi kerjaya dalam bidang tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..
      Boleh terus ceburi bidang ini..

      Jika ambik master, lagi bagus sbb anda akan dianggap sebagai Pakar/specialist dlm bidang tersebut.. Gaji lagi berganda dari vet biasa ni.. Good luck

      Delete
    2. Maksudnya dalam ijazah 5 tahun, kita akan diberi peluang untuk pilih bidang mana kita nak ceburi?

      Delete
    3. Tak, 5 tahun adalah tempoh masa untuk belajar dalam 10 semester, dan perlu lulus semua semester selama 5 tahun untuk memperolehi ijazah dan digerlar doktor veterinar.. selepas dah jd doctor nnt, pilih la bidang mana yg adik berminat utk ceburi..

      Delete
  31. Assalam doc,kalau spm dpt A kimia dan bio tetapi addmath d boleh ke ambil vet? And asasi ditawarkan dkt U mana eh? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,

      Syarat minimum kelayakan utk memohon kos ini adalah sekurang2nya kredit iaitu gred C dan ke atas.. Gred D tak lepas la dik..

      Delete
  32. Doctor kalau sya dpt bio dan kimia A ttpi addmath D...boleh ke ambil vet..and asasi vet ditawarkan di mana ye? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. bio kimia dan add math sekurang2nya kena gred C adik.. Kalu tidak tak boleh nk bantu sbb tak cukup syarat

      Delete
  33. Hi dr cita cita saya nk sambung belajar dalam doctor of veterinary medicine ni.. Boleh saya tahu kelayakkan nak ambik bidang tersebut? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik boleh baca di link ini..

      https://megawealthvet.blogspot.com/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Delete
  34. Hi dr, saya nak tanya. kalau ambik kos veterinar guna degree biology boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi adik,

      Degree biologi boleh diterima, cuma result SPM/pointer degree akan diambil kira juga.. persaingan amat tggi skrg, semoga result adik kena dptkan tertinggi utk bersaing dgn pelajar lepasan institusi yg lain.

      Delete
  35. Hi dr , saya berminat dlm bidang vet nie tpi di sekolah menengah saya ambik kimia , fizik dan addmath sahaja tidak ade bio jdi boleh ke klu kt uni sambung bidang vet ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi adik, Subjek biologi mmg menjadi keutamaan utk nk mohon kos vet ini..

      Delete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Usaha dan penerangan terbaik... Well done!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah doc.. Ini saja benda yg boleh jadi saham akhirat untuk membantu anak bangsa secara percuma.. semoga bermanfaat.. BTW, saya anak buah doc jugak.. Doc Bahsha pernah mengajar saya ttg ilmu poultry.. Terima kasih sifu!

      Delete
  38. hai..saya x oenah belajar tinggi cukup hanya spai spm..tp saya ada pengalaman dlm bidang wildlife animal..orang utan selama 17 tahun...jadi saya dah berhenti kerja tu...sb salary...jadi untuk kerja d bhg yg sama..di mna kah saya perlu apply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak, selalunya kalau bidang wildlife ni mmg tak ada tempat lain melainkan zoo sahaja atau tempat org utan di sepilok sabah sana.. Tempat lain mmg tak ada

      Delete
  39. hai..saya ada pengalaman 17 tahun dlm bidang kesihatan animal ni..d mana kah saya patut apply kerja baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. atau pun kak boleh apply di klinik -klinik haiwan.. doktor vet mesti nak dengan pengalaman kak dah 17 dlm bidang ni.. boleh cari klinik haiwan berdekatan dan cuba hantar resume

      Delete
  40. Asalamualaikum doc saya pelajar matrikulasi dan masih dalam pembelajaran.. Saya nak tanya kalau spm saya Chem, phys sy C+ ,bio C and addmath D adakah saya still boleh sambung ke bidang vet selepas matrikulasi? Or diorang tgok berdasarkan pointer? (If pointer then alhamdullilah setakat ni pointer saya cemerlang) or kalau still tgok berdasarkan result spm boleh retake subject yg sy tak credit right?

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum. sy ada soalan tapi soalan ni agak lawak sedikit🥲 erm kalau ambik degree doctor of veterinary medicine di umk, lepas graduate memang direct dapat title doctor ke mcmna ya?🤔

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum doktor mcm mne kite nk tahu if zoo tu ade keje utk wildlife veterinar. Adakah dia mmg akan post or ade specific website

    ReplyDelete