XM.COM

Wednesday 18 May 2016

FAQ: Tips untuk interview Ijazah Doktor Veterinar

FAQ (Frequent Asked Question) oleh adik2 di ruangan komen post Dr.

Jadi, pagi ni Dr rasa free sikit nak share tips2 untuk pergi ke interview especially bidang veterinar ini.

Tips ni boleh jgk pakai kalau nk interview apply kerja, cuma Dr sharekan ni adalah tips khususnya utk adik2 yg nak dapat tawaran utk Ijazah Perubatan Veterinar.

Disebabkan ramai adik2 yg bertanya tips utk gi interview, Dr nk share sikit pengalaman dan tips, 
Yang berguna ambil jadikan bekalan nk hadap muka penemuduga dengan senyuman, yg tak berapa nk berguna boleh cover bg jadi elok hehehe..



Okay tips ehhh.. 

Mostly kalau nk start interview, pastikan masuk pintu bilik tu bg salam dahulu kepada yg muslim, kalau yg non-muslim boleh ucap 'Salam Sejahtera" , tiada masalah.

Dan bila duduk tu, bagi posture badan tu sopan dan straight (dok kat kerusi rumah cuba berlatih).. So bila badan dah straight baru la nampak badan tu steady dan ready utk nk berhadapan dgn penemuduga.. PASTIKAN MUKA SENYUM manis.

Kalau selalunya utk interview ni, 
first sekali mereka akan bagi markah mengikut penampilan dan perwatakan kita. Mereka dah ada checklist utk bagi markah, cthnya, pemakaian (30%), Minat (20%) , Cara jawab soalan (20%), confident (10%), pengetahuan am (20%) dll.. Dr bagi contoh je ni..

First sekali kompem penemuduga akan bertanya tentang diri anda, (tell me about yourself).. So dari situ sebenarnya diorg nk tgk gaya anda minat anda, so kalau boleh try tarik mereka secara halus.. Dr bg Cth: Nama saya ......, Saya berasal dari ..... Saya sangat minat tentang subjek biology semasa di sek menengah dan matrikulasi/asasi sbb... Saya mmg bercita2 dari kecik utk jadi... saya ada bela.... Dr bagi contoh je ni.. hehe 

Dan diorg SELALUNYA akan tanya, kenapa pilih kos Perubatan Veterinar ni,  Haaaaaa, kat sini la diorg nk tgk minat dan kesungguhan adik dalam bidang ni,.. Kat sini la adik kena mula ''GORENG'' Maksudnya start bercerita mcm mana timbul idea/ timbul minat.. Cerita apa saja yg menarik minat anda.. CTH DR BG (jgn tiru plak hahaha) : Saya ada memiliki seekor kucing Parsi yang cantik, Suatu hari Kucing saya sakit dan beberapa hari saja mati.. Saya sedih sbb saya syg sgt kucing tu, jadi saya bercita2 suatu hari saya nk jd Doktor Haiwan, jadi saya dapat rawat kucing saya sndiri.. CTH je Dr kasi ni.. jgn tiru pulak, kang sama je nnt ceritanya hahaha.. 


Then, dari segi pemakaian tu, penampilan ni seeloknya pakai baju yg formal, sopan dan kemas, seeloknya baju kurung pun dah okay. sbb kat situ pn ada markah dah tu.. Nmpak mcm simple tapi penting tu.. Kalau laki pakai baju kemeja la dan kasut hitam kalau boleh dan jgn sesekali pakai seluar jean, biar la nmpak skema sikit pun.. skema utk hari tu je, ada markah semua tu.. kalau nk kemas lagi pakai la tali leher dgn baju kemeja, baru nmpak mcm Aaron Aziz.. kekeke..  Kalau nk makeup lagi bagus hahaha (gurau)..

Okay so dari segi perwatakan pulak, kita kena tunjuk minat yg sgt mendalam terhadap haiwan ni, Minat ni penting, sbb penemuduga akan blacklist/reject kalau calon yg takda minat dalam bidang ni.. Sbb kalau takda minat nnt susah nk hadapi kos yg mencabar ni..
So selepas minat, pastikan menjawab setiap soalan yg ditanya. mcm time exam la, jawab soalan yg ditanya, jgn dok melalut ke lain, takda markah pn kalau melalut.. hehe.. Penting tu.. setiap soalan yg kita jawab tu pun kita kena yakin. Selalunya diorg akan duga soalan2 yg pelik2 dan susah, saja diorg nk test samada kita ni mcm mana.. CTH soalan kn cmni, 
Okay adik, adik tak geli ke nnt kena tido dalam bangsal lembu?
Adik tahan tak kalau kena pergi ladang sampai malam?
Adik geli tak kalau kena pegang babi utk rawatan? 
Dan mcm2 soalan lagi yg spontan keluar dari mulut penemuduga, so sentiasa bersedia.. hehe

Haaaaaa, soalan lebih kurang cmtu la.. mungkin ada yg lebih mencabar, so be prepare.. Kalau bagi Dr, duga la soalan susah cmna pun, jawapan yg utama Dr akan jawab dlu adalah YA, saya boleh.. Biar la kadang2 alasan tu tak masuk akal pun hahaha.. 

PERINGATAN: Dr share tips ni sekadar rujukan dan persediaan, dan berdasarkan pengalaman Dr, more and less lebih kurang mcm tu la.. TAPI Dr tak boleh janji soalan sama mcm Dr cerita tu, Dr just bg idea sahaja.. Jgn nnt dtg marah2 pulak hehe.. Be professional..


So tu sedikit sebanyak la tips utk calon2..
Minta restu ibu bapa dahulu ya.. 
Semoga berjaya.. Dah berjaya jgn lupa bgtau Dr!

93 comments:

  1. Doktor, temuduga ni selalunya dalam b.melayu ke b.inggeris? K

    ReplyDelete
  2. Kos ni selama 5tahun, akan belajar dalam bahasa Inggeris sepenuhnya..
    So, kebanyakan penemuduga akan soal dalam bahas Inggeris, simple inggeris je, dont worry. make it easy to understand, easy to them understand on what u said is enough.
    But kalau nasib adik baik, diorg akan soal dlm B.Melayu je.. That one depend, but prepare for B.Inggeris la..
    Good Luck.. Explain slowly..dont rush..

    ReplyDelete
  3. dr. nak tanya, apa kelebihan umk dari upm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan ini agak luas perspektifnya, jika bercerita tentang kelebihan dan kekurangan , setiap perkara/benda mesti ada pro dan kon.
      So, of course Vet fakulti UPM sudah sekian lama established which is more than 20 years keep producing young vet in Malaysia. There is the only Vet Fakulti in Malaysia for long time anddddd finally Vet Faculty in UMK was opened in 2009. For info, UMK was produced young Vet's for second batch and this upcoming 3rd batch soon.
      Dari segi pembelajaran, yes mmg masih kurang jika dibandingkan dgn fakulti Vet di UPM, but they keep upgrade the facilities from year to year.
      They were keep growing slowly and steady.
      SO, disebabkan UMK masih kecil, setiap batch hanya mengambil 40 pelajar Perubatan Veterinar, so for me the learning in class should be better than 120 students in UPM.
      No worries, keep learning where ever you study because the knowledge is not compare by how big the fakulti they have, but how the knowledge gained by the students to be better person soon.
      Hope adik jelas dgn penjelasan Dr dlm english ni hehe.. dah terbiasa..
      So, mana2 pun adik belajar pasti ada kelebihan dan kekurangan.. Good luck adik..

      Delete
  4. dr. nak tanya ada possibilities tak dia tanya soalan2 yg agak mencabar? cth macam penyakit2 haiwan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya siapa yg iv kita ea? kalau dia tanya dalam bm jawab dalam bm la kan?

      Delete
    2. Possibility Penemuduga nk tanya soalan2 mencabar (penyakit2) tu mungkin kurang la memandangkan nama disease tu not common use in people. TETAPI kalau adik dapat ingat satu dua nama scientific utk penyakit CTH: Salmonella typhimurium, Campylobacter jejuni, E.coli etc, mungkin penemuduga akan IMPRESS dgn adik... Cuba la buat tgk hahaha.. Ni tips jgk la..

      Delete
    3. Biasanya yg interview kita ni adalah Pensyarah2 dari Fakulti Perubatan Veterinar jgk yang juga Doktor Veterinar.. So utk soalan tentang bahasa ni, terpulang, kalau diorg tanya dalm english, jawab english je..
      Kalau diorg guna melayu, jawab je melayu.. Follow diorang.. Tapi Dr rasa diorg akan tnya dlm english punya..

      Delete
  5. salam.kalau diorang tanya dlm english then kita mixed bahasa boleh?//

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. Cmni la senang dik.. Kalau diorg interview dlm english, adik jawab semunya dlm english..

      If diorg start guna bahasa melayu, guna abhasa melayu, if diorg guna rojak rojakkan je.. Kadang2 kita tak tahu setiap lecturer ni nk mcm mana.. sebab depend jugak..

      Seeloknya, kita ikut depa dlu.. hehe

      Delete
  6. Assalamualaikum, dr. Masa interview tu perlu bawa sijil2 sekolah Dan resume sekali ke? Atau hanya bawa sijil sekolah sahaja?
    .
    Btw, saya lepasan asasi upm.😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam dik,
      Kalau boleh bawak je sijil2 dan resume skali.. bawak dlm satu file.. better prepare even diorg tak mintak.. be ready je..

      Good luck k..

      Delete
  7. Salam dr kalau masa interview ni dia panggil sorang sorang ke ? Or dia panggil ramai ramai ? Dan kalau interview ni setiap tahun berapa ramai yang datang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik..

      Selalunya interview akan pggl sorg2..
      Jarang akan pggl ramai2 kecuali kesuntukan masa hehe..

      Setiap tahun kebanyakan yg dpt interview 90% akan hadir sbb kos doktor veterinar ni menjadi rebutan

      Delete
  8. Assalamualaikum doc... Saya peenah dgr org lain ckp umk half gov betul ka? Sebab saya check kat google xdak pon tulis pasai tuh.. Hehehe.. And kalau nak dibandingkan dgn upm mana lagi mahal cost-nya (course vet) eh? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Half government la sbb Universiti ni adalah universiti awam (IPTA) bukan universiti swasta (IPTS), jadi pihak kerajaan mmg akan support serba sedikit pembangunan utk universiti awam ni, sbb tu org nk masuk IPTA berbanding IPTS yg mahal caj nya.. jelas kan..

      ttg kos pengajian, doc tak pasti ttg harganya.. boleh call pihak universiti direct line utk bertanyakan ttg harga yuran.. Kdang2 harga yuran berubah mengikut tahun demi tahun..

      Good luck ya

      Delete
  9. Salam Dr, saya ada pertanyaan dan saya telah email Dr berkaitan itu. Harap Dr sudi baca email saya. Terima Kasih banyak banyak

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.saya nak tanya tentang ape yang kami akan belajar pada setiap sem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. apa yg adik akan belajar adalah subjek2 tentang perubatan veterinar.. Subjek2 yang berkaitan dengan penyakit2 haiwan, ubat yang betul utk haiwan yang sakit, cara nak mengelak kan dari penyakit berjangkit, cara merawat termasuk lah subjek surgeri (pembedahan) pembedahan tulang, pembedahan soft tissue, dan byk lagi.. Belajar ttg pelbagai jenis species haiwan dan pelbagai penyakit yg berasal dari bacteria, virus, protozoa, parasite, fungi dan ll.. belajar nk identify bacteria jenis apa, virus jenis apa, parasite jenis apa.. kena belajar pasal makmal haiwan mcm mana nk hidupkan sel-sel bacteria .. vaksin antibiotik dan mcm2 lagi..

      Pendek kata, bg dapat kos ini dulu.. nescaya adik akan seronok.. hehe..

      Delete
    2. Waah... Thankss dr... Now baru faham sikit apa silibus yg kena belajar... ����

      Delete
  11. Assalamualaikum doc, apa perbezaan entrepreneurship vet upm dengan umk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik,

      Perbezaan nya adalah keduanya dari universiti yg berbeza. Jadi, penerapan cara untk menjadi usahawan di setiap universiti juga akan berbeza caranya..

      Doc bukan belajar dari dua universiti, jadi doc tak dpt nk tahu perbezaan yg ketara.. Tetapi harus diingat bahawa, kedua duanya hanya utk melatih kita utk menjadi usahawan di masa hadapan.. Itu saja point yg penting.

      Delete
  12. Assalamualaikum Dr... I wonder masa sesi "tell me bout urself" tuh kan... Perlu x selitkan minat kita terhadap course yg kita minta tuh? Or yg tuh ckp apabila dy tanya pasai kenapa pilih course tersebut baru kita terangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Selitkan pun boleh, tak nak selitkan pun boleh.. HArus diingat, ini adalah tips sahaja, tak semestinya setiap penemuduga akan bertanya benda yang sama, it can be so many thing. so be ready sahaja..

      Delete
  13. assalam doctor,
    selalunya die terima berapa org pelajar utk kos vet ni semasa iv ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu upm dlm 100 lebih..but 40 org mcm tu dari asasi sains pertanian.. untuk umk sy xtahu

      Delete
  14. Salam dr...
    Campus umk ada 3 kan.. Bachok jeli and pengkalan chepa... But fakulti vet dekat mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam adik..

      Fakulti veterinar di Pengkalan chepa.. Jalan padang tembak..

      Delete
  15. Assalamualaikum dr..
    Sy telah menghadiri temuduga di um untuk kos pembedahan pergigian.. cita2 sy..sy ingin menjadi veterinar atau pon dentist.. dua2 sy minat dan ada sedikit pengalaman tentang dua2 bidang..sy disoal adakah um universiti pertama yg sy mintak dlm upu.. sy jawab dgn jujur sy pilih um pilihan ke empat kerana sy tahu bukan senang nk masuk um.. haha.. dan sy diminta memberitahu u mana lg sy mintak..sy bg tahu pertama sy mintak upm utk kos veterinar..kedua sy mintak usm kelantan untuk kos perubatan pergigian..ketiga umk utk kos veterinar.. dan keempat baru lah um.. kesemua universiti yg sy mintak tersebut menawarkan temuduga utk sy..dan skrang sy baru selesai temuduga di um.. jd sy ada lg 3 temuduga.. persoalan sy...akan terjejas kah peluang untuk sy ditawarkan ke um setelah sy memberitahu bahawa um sy letak pilihan no 4 kerana sy tahu um susah untuk masuk.. kerana sy tak tahu nk jawab apa sekiranya sy ditanya lagi soalan tentang universiti2 lain..knp letak u lain no 1..knp x u ini..sekiranya sy dpt kedua dua kos yg sy minta..sy akan lakukan solat istikarah kerana sy tahu itu yg terbaik..
    Sekian terima kasih
    Jasa baik dr amat sy hargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam adik..

      okay mcm ni.. utk sistem UPU, UPU akan menerima berpuluh ribu/beratus ribu permohonan setiap tahun, jadi sangat sukar jika nk belek permohonan satu persatu, jadi wujudlah sistem UPU online ni.. Jadi bila wujud sistem ni, sistem ni akan memudahkan urusan sbb boleh sorting mengikut apa yg kita nak..

      Sbgai contoh.. jika kita sorting kpd permohonan 'veterinar" sahaja, akan keluar semua permohonan pelajar utk kos ini.. Jd bila di sorting lagi pointer pelajar yg mohon 3.50 dan ke atas, jadi sistem akan cut off senarai pelajar yg dpt pionte 3.50 KEBAWAH.. Jadi senang utk UPU nk buat pilihan..

      Sama mcm situasi adik, adik akan dapat satu sahaja kos nnt.. tak kan terjadi kes dpt dua tawaran.. Cuma iv mungkin boleh dpt 2 3 panggilan iv..

      Jadi tips nya adalah, jika adik btol2 nakkan kos itu, letak la DI PILIHAN PERTAMA.. sbb pilihan pertama ni akan jadi PRIORITY utk pihak u faham yg adik mmg betul2 nak kos itu.. Faham kn..

      mcm kes adik lagi, buat la istikharah btol2 utk jalan mana yg adik nk tujui.. doc pun minat jd pilot, tp sekadar minat sahaja sbb doc dah pilih bidang ni sbgai kerjaya..

      so Good luck

      Delete
    2. Tq dr.. sebentar lg sy akan iv veterinar.. doakn sy.. terima kasih lg sekali atas info yg bermalna ini..

      Delete
  16. assalam doc,,saya terpilih menghadiri iv vet nii,tp saya takut sangkut dekat spm jer,,bio dapat B+,Kim C+,Fiz C+,addmath B+..Tp alhamdulillah result matrik dapat 3.84 untuk sem 1..Pada pendapat doc,,ada harapan lagi ker nak lepas iv ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam adik..

      InsyaAllah adik, jgn risau.. merekea akan lihat result yg terkini sahaja.. Kenapa mereka harus lihat result UPSR, PMR DAN SPM?
      Tak perlu, result matrik adalah result yg terkini.. jadi jgn risau.. usaha sehabis baik.. ikut cara doc bg idea di blog ni

      Delete
  17. Assalam Dr, jika ditanya kenapa minat vet?, kalau saya jawab sbb tgk rancangan2 di tv berkaitan ngn haiwan, masih ade harapan lagi ke?😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik..

      Ya, tidak mengapa, kerana minat seseorang ini muncul/datang dengan cara yg berbeza-beza..
      Tidak menjadi persoalan bagaimana minat tu lahir dari hari yg suci murni ni hehehe..
      dont worry

      Delete
  18. Assalamualaikum dr.. sy pernah bertanyakan pendapat kat komen diatas..dan hati ni sy telah ditawarkan utk ke kos veterinar di upm..6sept ini sy akan daftar.. tq atas pendapat yg diberi dr.. sekarang ni sy nk tnya untuk kos veterinar ni ada x biasiswa ditawarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Maaf sbb doc lambat reply, sangat2 bz dgn McD audit..
      Alhamdulillah.. syukur, berebut2 pelajar lain nk masuk kos ini.. utk biasiswa, ada cuma adik kena mohon dengan melampirkan result semester 1 nnt.. Kalau nk lebih jelas boleh call JPA dan tanya prosedur yg betul.. hehe Good luck junior

      Delete
    2. Terima kasih dr.. sy baru selesai minggu orentasi.. dan skrang ni baru masuk minggu kedua pembelajaran.. so far menarik vet ni.. mencabar dari medic sy rasa..tapi pengalaman yg bakal sy tempuhi ini sy rasa amat luar biasa dan xsemua org dpt pengalaman ni.. byk benda baru yg akan mematangkan sy in sya Allah.. sesiap yg minat haiwan n cabaran ini lah bidang yg sesuai.. byk cabang pekerjaan yg boleh kamu ceburi.. thanks a lot dr.. semoga dr sentiasa cemeelang didunia dn akhirat

      Delete
    3. Tahniah adik, jgn lupa belanja doc mkn nnt bila dah lepas grad hehehe

      Delete
  19. Slm Dr.....mcm mane kalau sye dh amik Kos yg lain untuk first sem nie tp nk tukar Kos vet untuk2nd year nnti.....adakah Kos yg add iv bleh diambil untuk second year punye sbb setahun sye kalau Kos yg x de iv bleh tukar tp kene tggu 3rd sem Bru bleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam adik, tak boleh adik nk tukar kos mcm tu je, sbb requirement adalah berbeza

      Delete
  20. Hi doc , tau tak agak agak bilanya interview vet bagi tahun 2018 ?

    ReplyDelete
  21. salam doc,sy ada tgk kelayakan upm dn ukm.. dia x ckp pn brp result spm yg prlu ada .. bio spm sy D.. layak ke sy utk pilih course vet ni sbgai pilihan no 1...pointer matrikulasi sy 3.84 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam adik..

      UPM sekurang2nya result 3.80 keatas boleh mohon.. tapi doc ckp terus terang persaingat sangat tggi, adik boleh letak UMK(Universiti malaysia kelantan) mungkin requirement pointer lebih rendah, tapi wajib 3.80 keatas jgk

      Delete
  22. Hi Doctor May I know if this supplement Uphavit syrup can feed to cats and dogs because I saw online they sell it for cats and I purchased it and when received,it stated on the bottle dosage -adult & children

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, supplement as vitamin usually still the same, actually a lots of supplement especially vitamin are can be use for animal also.. but in the right dosage.. dont give overdose ya..

      Delete
  23. Assalam dr.. Sya akn ada iv 16/5 ni..deorg suruh bawk Transktip matrikulasi ..mksdnya result dari sem 1,sem 2 & sem 3 ke? Rsa berdebar la.. Bole sya tahu selalunya brapa org ye yg akn iv kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak je semua result yg ada, dont worry..
      Tips mcm yg doc cerita dalam blog ni je.. Kalau lebih2 doc pun tak tahu sbb lain penemuduga, lain soalannya.. but moreless the same la.. nak tgk minat adik..

      Doa je bg tak gelabah.. insyaallah okay

      Delete
  24. Assalamualaikum dr. Baru2 ni saya dapat iv untuk kos veterinary di upm dan umk. Patutkah saya pergi ke dua2 temuduga? Sbb sebenarnya saya nak di upm sahaja. Umk jauhh :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik.. Better nk play safe pergi dua2 interview ni.. if yakin boleh dpt kat UPM takpe la.. if tak dapat mcm mana?

      Yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran nnt. kn?

      Delete
  25. Bole tak saya dapatkan email dr.supaya mudah nak bertnyakan soaalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. megawealthvet@gmail.com.. dekat atas blog ada mention email doc

      Delete
  26. Assalamualaikum dr.saya mendapt iv pada 26.5 ni di umk.berdasarkan apa saya baca ramai yg mintk vet ni..saya takut la kalau xdapat..boleh x dr bg tips untuk naikkan semangat saya..saya minat sngt bidang ini dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik.. Ya, mmg ramai nk kan kos ni.. Takpe adik, focus, beri yg terbaik.. insyaAllah kalau ada rezeki adik, tak kemana.. yg penting kena confident.. semua candidate pasti ada perasaan yg sama punya..

      Yg penting tunjukkan minat terhadap haiwan ni.. baca sikit penyakit haiwan ni, penyakit zoonosis.. bg ada ilmu sikit hehe

      Delete
    2. Hi awak saya pun dpt iv umk 26/5 ni. Boleh tak drop email saya ada soalan nk tanya

      Delete
  27. Maaf doktor nak tanya , kalau kita jawab soalan yang ditanya penemuduga dengan melibatkan gerak tangan mcm kita lihat kalau org terangkan sesuatu dia bergerak tangan dia tu supaya orang lain mudah faham dan minat. Mcm mana doktor, ada fhm ke soalan saya? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya faham.. Lagi bagus, di situ akan nampak lebih confident dan bergaya seperti berpidato hehe.. Boleh aje, tak jadi masalah, asalkan adik jawab soalan interview tu hehehe Good luck ya

      Delete
  28. Assalamualaikum doc. Saya telah hadiri iv di upm dan umk sebulan yg lepas. Dan reult sem 2 matrikulasi baru keluar tadi. Result saya tak berapa nak hebat sangat berbanding sem 1. Pngk saya 3.65. Adakah masih ada peluang? :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik, insyallah jika rezeki adik di bidang ini, tak kan lari punya. Usaha sudah, skrg adik kena tawakal dan byk berdoa agar semua dipermudahkan utk dpt tawaran bidang ini.. InsyaALLah

      Delete
  29. assalamualaikum dr Macho
    sye merupakan lepasan degree under occupational therapy and pernah apply course vet masa isi upu tapi tak dapt walupun lps semua syarat kelayakan *sayu disitu hmmm
    even after dah grad sye still tak boleh move on dari course ni sbb minat dari kecik
    course vet ni ada pjj ke or mmg full time saja ye? sbb if possible sye nk buat pjj sbb nk kerja smbil bljr, boleh cover yuran huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,

      Ya betul, walaupun syarat adik lepas, tapi persaingan amat amat tinggi sekali.. Sbb adik terpaksa bersaing dgn student lepasan diploma, student matrikulasi, lepasan STPM dan student asasi.. persaingan utk kos ni mmg sangat tggi.

      Okay, di Malaysia, hanya 2 universiti sahaja yg menawarkan kos ijazah sarjanamuda perubatan Veterinar ini iaitu UPM dan UMK.. Even universiti swasta pun tak ada lagi di malaysia utk kos ini.. Jadi, mmg kena amik fulltime sahaja, tiada PJJ utk kos ini..

      InsyaAllah, percaya kata doc, mungkin rezeki adik di bahagian lagi, jangan mengalah, adik tetap kena move on dan berusaha utk berjaya dlm hidup, jgn patah semangat ye. Rezeki ada di mana2

      Delete
  30. doc pernah dengar tak aquaculture veterinarian ? job tu available tak di malaysia...?sbb saya search selalunya luar negara ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar dik, ya di Malaysia tak begitu menggalakkan permintaanya. Bidang ini tidak begitu besar di Malaysia mung kin persekitaran di Malaysia yg tak begitu menggalakkan. Di luar negara yes, sgt demand tggi..

      Delete
  31. saya nak share sedikit tentang iv saya yang lepas kepada pelajar baharu nnti , saya tk suka menulis blog or pjg2 but i share here la yer...

    1.dia tanya cara nak merawat luka pada haiwan
    2.kalau haiwan tu mcm kurus kering ,hydration bla bla apa yg patut kita buat.
    3.ok terus terang ckp iv adalah dalam bahsa inggeris , so siap sedia! ( saya dpt intiviewer chinese , so dia ckp agak laju bg saya tambah pula saya ni boleh sikit2 ja bi tak fluent pon)
    4.jawab soalan jgn general tetapi spesifikkan .
    5.haritu saya ada sebut pasal vaksin , terus2 dia tanya saya vaksin is for what bla bla bla about vaksin , nasib la saya penyokong tegar vaksin so tahulah maklumat vaksin serba sedikit.so bila korang nak sebut any yg terperinci ,cuba kaji lebih dalam supaya dia tanya , korg tahu tajuk dan isi , sikit pon jd asal ada pengetahuan.
    6.dia tanya soalan simple ja in the begining , jgn risau like kucing ada berapa ekor , mandi kucing pakai jenama apa , waktu makan dan sbgainya
    7.dia tanya soalan kenapa pilih kos ni
    8.kdg2 dia test perasaan kita jugak , kamu tu kecik bla bla..but rilex jawab dgn chill senyum senyum gitu..
    9.yg psal binatang haram bg islam tu pon dia ada tanya
    10.kita kecik drpada haiwan tu , mcm mana nak handle haiwan tu , jwb la 'the skill is important ' saya kes lupa ayat skill tu ja, dia masuk bilik iv tu dia jd blank...
    11.kdg dia tanya jugk pasal family(tak semua)

    ok itu ja kot yg dpt saya kongsi atas pengalaman iv ni , saya taktaulah if bakal penemuduga hampa semua akan baca comment aku , kot la dia nak ubah soalan..tp kalau dia ubah pon tk lari jauh pon..jwpnnya ttp sma..cehhwaahhh..

    ok seriously talk , saya tak dpt iv vet tu .
    saya tahu kesilapan saya dkt mana especially in communication in english . i got another course which include haiwan jugk so tk lah lri dri minat kan.. but i still love vet so much ..saya tahu Allah dah tetapkan yg terbaik untuk saya , ada sbb nya kan,so bg yg tk dpt jgn depress sgt..suatu hari nnti awak akan faham knpa Allah letakkan awak di tempat itu.. haa dah pjg ni td awal kata tak suka tulis pjg2 ...hahaha

    so jgn putus asa , dan goodluck for your future .. smile..
    upm nak mohon kena 3.80 ke atas yer , umk ja 3.60 ke atas rasa saya..

    tq,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian adik, semoga Tuhan merahmati anda, ilmu yg disampaikan walaupun satu ayat, itu lah amalan yg kita akan bawa selagi ada yg membacanya disini.

      Terima kasih ksekali lagi kerana berkongsi, sbb zaman doc dulu tak perlu iv pun, so skrg dah kena iv, boleh la bayang mcm mana hehe..

      Ya, Allah dah tetapkan di Lauh Mahfuz lagi rezeki dan nyawa kita semua, so keep smiling

      Delete
  32. doc, sy ada nk tnya soalan sbb sy x pasti. Kalau msuk asasi sains pertanian upm, boleh pilih bidang veterinar sbagai course study kan? Sbb sy confused, bnyk sngt jenis sains di pilihan upu. ada sains fizikal, sains hayat, sains pertanian. So, sy takut nnti sy pilih ikut suka je x dpt pula msuk bidang veterinar sbb sy minat sngt kat bidang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya adik kena ke bidang sains hayat, sbb utk jadi vet, mereka akan tgk result biology, chemistry dan addmath, jadi kalau bidang2 yg ditawarkan tu ada subjek ni, adik boleh masuk.. Kalau nk lebih pasti, adik kena diect contact bahagian pengambilan pelajar di UPM, google je num di internet, kalau tak pasti contact doc di megawealthvet@gmail.com. doc boleh bantu dptkan num tu

      Delete
  33. Hi doc.Recently i get an offer to study diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan in upm's campus at Bintulu Sarawak. But i heard that they only accept 10 to 15 students from the diploma to DVM in UPM.Do you think i should take the offer or go for Matriculation? Is the chances of getting in DVM in UPM higher if i go for Matriculation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear,

      Your situation was very same like me once upon a time..
      I got received 2 offer which are diploma DKHP and Matriculation. So I decided to go for Matriculation as I'm quite confident to further my study in Matric. Matric are very compact and struggle place to go because you need to study and finish the syllabus in short period of time, so you need to prepare for mental and physical.. But up to you, I just can share my experienced but to make any decision I cant..

      Yes, for sure, matriculation students have some priority for DVM, but Im not sure how many percent. That one you need to ask each faculties for that.

      Delete
  34. Assalamualaikum dr...saya nak tanya..perlu ke kita sediakan resume utk pegi iv...or dah cukup kalau bawa dokumen2 yg diminta...btw iv saya 26 mei ni doakan saya berjaya huhu:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,

      Tak perlu resume, cukup sekadar bawak sijil2 dan result exam semua.. Pastikan bawah semua termasuk surat beranak.. Resume tu uncompulsory, but kalau adik nak bawak pun boleh aje, no hal

      Delete
  35. Assalammualaikum, dr. Saya keliru, support letter dan cover letter perlu ke untuk iv ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik.. Seboleh-bolehnya bawak juga sekali.. Atleast you prepare dari tak ada..

      Delete
    2. Terima kasih dr. ��

      Delete
  36. salam dr. interview ni mmi atau ada satu interview sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam adik, ada satu interview ni sahaja..

      Delete
  37. Assalam dr.. saya nak minta pendapat.. saya baru je tamat belajar dalam bidang biotechnology (degree) dan akan konvo pada bulan September ni.. tapi saya lebih minat bidang veterinar.. and saya bercadang untuk ambil degree lagi sekali tetapi dalam bidang veterinar.. pada pendapat dr macam mana? Patut ke saya teruskan niat saya ataupun lupakan saja bidang vet ni... Untuk pengetahuan dr umur saya 23 tahun.. adakah saya masih layak untuk mohon degree melalui result matrik saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,

      Tak jadi masalah untuk ada byk degree, cuma masa adik belajar je yg akan jd panjang. Btw 23 tahun masih muda..
      Ya, adik masih layak memohon.. cuma pastikan result matrik adik sekurang2nya 3.80 dan keatas untuk mohon.. jika tidak agak sukar kerana persaingan untuk kursus ini sangat tinggi..

      Delete
  38. Sekira nya semasa iv di tubuh ada parut bekas di cakar kucing boleh kah kita tunjuk parut tu n beritahu ini parut cakaran semasa saya mrnyelamat kan bulus2 jalanan

    ReplyDelete
  39. Dr, kalau lepasan diploma UA nak sambung degree veterinary, adakah dia akan tengok kita punya results spm juga? adakah mereka required gred bio, phy & chm B+ keatas? or just pointer dari diploma sahaja? thanks dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, result SPM tetap diperlukan.. Gred B keatas dah bagus.. pointer diploma juga penting

      Delete
  40. Hi Dr, currently sy bekerja sbg interior designer. SPM sy ambil aliran sains dan matrikulasi sy sains fizik. Degree sy dlm bidang Interior Architecture. Tetapi sy ingin menyambung pelajaran dlm bidang veterinar. Apakah cara utk sy sambung pelajaran dlm bidang veterinar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik, requirement di matrikulasi adalah wajib ada subjek biology dan kimia.. fizik tak ada pun tak apa.. sbb become a veterinarian mmg dealing with biology(benda hidup) and chemistry ( ubat-ubatan).. so mmg wajib 2 subjek ni, kalau tak ada, mmg tak boleh tlg.. sbb tak cukup syarat.

      Delete
  41. Assalam Dr, saya pelajar asasi upm, masih belajar, tapi result sem 1 saya tak berapa, 3.24 je, kalau result sem 2 saya tinggi, saya masih berpeluang ke untuk course ni?

    ReplyDelete
  42. Wah terima kasih atas artikel yg bermanfaat. vet software

    ReplyDelete
  43. assalamualaikum doktor.. doktor apa Khabar sihat?sy baca Komen ii yg org tnya doktor Dr 2016 kt ats tu n smpai la hbis really love ur answer to each question that made me more confident and struggle to take vet course in degree .sekarang sy belajar di asasi sains umk Dan doakan saya ya doc supaya dpt smbung ke bidang vet ni.sy sangat la minat course ni smpai bnyk twaran Dr uni lain sy tolak wlaupun dpt course yg sy minat juga tp pilihan prtama sy adlh vet..I really hope I made the right decision to come here and I can persue my degree in vet please pray for me doctor so I can be like u I really want this course because I nak sngat berbakti pd haiwan ni .I harap doktor sihat Dan HIDUP sentiasa diberkatii Amin..keep inspiring us doctor

    ReplyDelete