XM.COM

Monday 18 November 2019

Peluang untuk STUDY LUAR NEGARA - Agensi Pengurusan Pelajar Ke luar negara

Salam 1 Malaysia !!


JOM STUDY LUAR NEGARA!


Memandangkan peluang belajar dalam bidang veterianr di Malayisa sangat terhad, saya buka peluang untuk pelajar yang mencari peluang pengajian dalam degree/ijazah Perubatan Veterinar yang tidak mendapat tempat dalam IPTA di Malaysia untuk menyambung pengajian di luar negara.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!!



1. Bangladesh Agriculture University.

(Kerjasama kajian & penyelidikan dengan UPM dan UMS - RM57K untuk 5 tahun pengajian)


2. Institut Pertanian Bogor (IPB)
(Universiti ke 147 terbaik Aisa - RM97K untuk 4 tahun Pengajian)
sebuah universiti Awam yang diiktiraf MQA & MVC

Free Consultant
Maklumat lanjut:
 (http://wasap.my/601114799976/BelajarVeterinary)

Pendaftaran online:
(http://bit.ly/prapendaftaranonline)

Facebook : Belajar Medic Dentistry Luar Negara

Thursday 16 May 2019

Ini Perjalanan Hidup Aku - (Seorang Doktor Veterinar Bertauliah)

Salam 12 Ramadhan 1440/ 17 May 2019

Terdetik rasa untuk berkongsi perjalanan hidup sejak dibangku sekolah, sehingga kini 
bekerja sebagai seorang Doktor Veterinar Swasta

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua adik-adik 
yang berminat utk menceburi bidang ini.


"Doktor Macho".  Itu nama panggilan aku di dalam dunia veterinar ini.  Impian aku semasa kecil sangat banyak, kadangkala aku rasa nak jadi anggota polis sebab ada pakaian saragam, kadangkala aku rasa nak jadi Jurutera sebab dapat merancang bandar supaya nampak teratur dan kemas, kadangkala aku bertukar minat untuk menjadi seorang doctor bedah sebab dapat merawat pesakit yang memerlukan khidmat aku. Itu aku tetapi impian kanak-kanak lain juga mesti berbeza.

Image result for polisImage result for juruteraImage result for medical doctor

Aku dilahirkan dari keluarga yang sederhana sahaja, tidak begitu hidup dalam kemewahan, dan tidak juga hidup dalam keadaan yang meraih simpati orang.  Ayah aku bekerja sebagai anggota pekhidmatan awam dalam sektor veterinar.  Mungkin aku perlu bersyukur sehingga ke hari ini kerana dia yang membawa aku terjerumus ke dalam bidang ini.  Sejak aku mula mengangkat sumpah sebagai doktor veterinar di Malaysia ini, diriku rasa terpanggil untuk menulis blog secara santai tentang kerjaya Doktor Veterinar ini sehinggakan sampai ke hari ini pelbagai email yang diterima menanyakan tentang kerjaya ini.

 Niat dihati hanya sekadar ingin menyampaikan ilmu dan dorongan kepada adik-adik yang juga pelajar lepasan UPSR, PMR, SPM, Matrikulasi/Asasi dan juga STPM untuk memilih hala tuju yang mereka harus pilih untuk sampai ke bidang ini.  Ya, aku mengaku bahawa ramai pelajar yang masih tidak tahu dan ada yang hanya samar-samar tentang kerjaya ini. Bagaimana hendak jadi doktor veterinar? Apakah kerjaya yang ada dalam doktor veterinar ini? Banyak kah gaji doktor veterinar ini? Dan banyak lagi soalan-soalan yang bermain di fikiran pelajar-pelajar.

Image result for veterinary doctorImage result for veterinary doctor

Bagi aku, semua soalan yang diajukan adalah bagus-bagus belaka dan sangat bernas.  Dan aku selalu berfikir sejenak, semasa aku dalam lingkungan umur mereka, aku tidak pernah serius berfikir dan mahu mencari tentang kerjaya ini.  Aku hanya tahu bermain dan berseronok dikala umur masih mentah pada waktu dahulu.  Oh! Dunia telah berubah dengan pantas, teknologi semunya dihujung jari sahaja, kekangan informasi dan maklumat tidak lagi menjadi halangan untuk para pelajar zaman moden ini mencari maklumat.  Ini adalah satu kebaikan yang perlu digunakan dengan baik oleh para pelajar zaman moden ini.  

Image result for internet

Cerita perjalanan menjadi seorang doktor veterinar ini semestinya mempunyai pelbagai liku dan cabaran masing-masing.  Ada yang perlu mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk mencapai cita-citanya ini selepas tamat SPM, malah ada yang hanya mengambil masa sekitar 6 tahun sahaja selepas tamat SPM untuk menjadi doktor veterinar ini.  Masing-masing ada kisah yang tersendiri tetapi matlamat tetap sama iaitu ingin menjadi seorang Doktor Veterinar!

Menceritakan perjalanan aku dalam mencapai impian ini, aku sebenarnya hanya pelajar yang biasa-biasa sahaja semasa di sekolah dan bukannya pelajar cemerlang seperti rakan-rakan yang lain.  Semasa di sekolah rendah, peperiksaan yang paling getir sekali adalah peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimana peperiksaan ini menjadi penentu untuk seseorang itu melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah di sekolah yang terpilih atau sekolah menengah harian biasa. Jadi bagi aku, peperiksaan ini penting tetapi jika keputusan hanya sekadar cukup makan sahaja, para pelajar masih ada harapan kerana peringkat yang seterusnya lebih penting.

Image result for examImage result for exam

  Aku masuk ke peringkat sekolah menengah.  Dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga adalah tempoh buat para pelajar memenuhi silibus yang sama.  Di tingkatan tiga ada sebuah peperiksaan penting yang menentukan hala tuju para pelajar dalam menentukan aliran masing-masing.  Peperiksaan penting itu dinamakan sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan sekarang ini dikenali sebagai Penialian Tahap 3 (PT3).  Dalam peperiksaan ini, para pelajar akan memilih hala tuju masing-masing berdasarkan keputusan peperiksaan PMR/PT3 ini.  Pelajar yang mendapat kredit dalam subjek sains dan berminat untuk menceburi bidang sains tentu sekali akan ditawarkan ke dalam kelas aliran sains tulen yang menawarkan subjek Fizik, Kimia dan Biologi sebagai subjek teras untuk ke tingkatan 4.  Pelajar yang berminat untuk ke bidang agama, boleh memilih untuk mengambil subjek seperti Al-quran Sunnah, Bahasa Arab Tinggi dan lain-lain lagi.  Pelajar yang berminat dalam bidang perakaunan semestinya akan ditawarkan subjek prinsip perakaunan dan ekonomi asas apabila memasuki tingkatan empat nanti.

Apabila masuk ke tingkatan empat, semestinya aku memilih bidang sains tulen demi memenuhi cita-cita untuk menjadi seorang doktor veterinar.  Aku dahulunya hanya seorang pelajar yang biasa-biasa saja.  Mungkin rezeki menyebelahi diri ini untuk menyambung ke bidang sains tulen yang sangat mencabar buat aku.  Fizik, Kimia, dan Biologi bukan subjek yang senang memandangkan 3 subjek teras ini perlu diambil untuk peperiksaan seterusnya iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

SPM ini adalah sebuah peperiksaan yang sangat penting kerana ia menentukan hala tuju kita yang sebenar.  Berbalik kepada bidang Veterinar ini, para pelajar hendaklah mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek sains tulen ini terutamanya subjek Biologi dan Kimia.  Dua subjek ini memang menjadi syarat penting dalam syarat kemasukan ke bidang perubatan veterinar ini.  Dalam SPM ini menjadi hala tuju sebenar sama ada kita boleh memilih jalan pintas atau jalan perlahan untuk ke bidang ini kerana ada 4 cara yang boleh di pilih oleh para pelajar dalam perjalanan untuk menjadi seorang Doktor Veterinar.

Pertamanya adalah melalui Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dimana para pelajar perlu memasuki Tingkatan 6 dan memilih aliran sains tulen.  Dalam perjalanan melalui STPM ini, para pelajar perlu belajar dalam subjek Biologi, Kimia dan Fizik juga dan perlulah mendapat keputusan yang baik.  Perjalanan ini perlu dilalui selama 2 tahun sebelum menghabiskan peperiksaan yang penting ini.  Jika mendapat keputusan yang baik dan cemerlang, para pelajar boleh terus memohon Ijazah Perubatan Veterinar ini.

Image result for stpm

Keduanya adalah melalui Kolej Matrikulasi dimana para pelajar perlu mengambil masa selama setahun untuk belajar dan mendapatkan sijil matrikulasi dengan pointer yang bagus dalam bidang sains tulen.  Sijil ini akan digunakan untuk memohon Ijazah dalam bidang Perubatan Veterinar nanti.  Dahulunya aku juga telah melalui jalan menerusi Kolej Matrikulasi untuk memohon dalam bidang perubatan veterinar ini.  Syukur dan rasa sangat bertuah kerana aku bukannya seorang yang selalu mendapat keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan dijalankan.  Matrikulasi ini adalah satu jalan yang dianggap pantas untuk menuju ke bidang Veterinar ini.

Image result for penang matriculation

Ketiganya adalah melalui Program Asasi dimana para pelajar perlu menghabiskan masa dengan belajar bersungguh-sungguh kerana program ini merupakan program yang sukar dalam jangka masa yang pendek.  Jika mendapat keputusan yang cemerlang dalam program ini, maka cerahlah peluang para pelajar untuk memohon untuk ke Ijazah Perubatan Veterinar ini.


Keempatnya adalah melalui Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP).  Program diploma ini mengambil masa selama 3 tahun untuk di habiskan dan para pelajar perlu mendapat keputusan yang baik untuk memohon ke dalam Ijazah perubatan veterinar kelak. 


Merujuk kepada gambar rajah diatas, ia merupakan kesimpulan yang boleh diberi setelah penceritaan panjang lebar sebelum ini dimana matlamatnya adalah satu iaitu untuk menjadi seorang Doktor Veterinar.  Tak kisahlah hendak melalui jalan yang mana pun asalkan tujuannya adalah satu, tetapi tidak dinafikan setiap perjalanan itu ada rintangan dan liku masing-masing.  Jadi buat para pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor veterinar, perlulah merangka strategi dan mencari kekuatan masing-masing dalam memilih jalan yang betul untuk ke puncak Menara gading ini.

Syukur sekali lagi, aku telah berjaya menempuhi ranjau dan susah senang sepanjang 5 tahun menimba ilmu veterinar yang sememangnya sangat luas bahkan setelah bekerjaya sekalipun masih perlu mencari ilmu dalam bidang ini.  Belajar dalam bidang ini memang sukar tetapi manisnya tetap ada apabila dianugerahkan gelaran Doktor Veterinar kelak. Bravo Dr Macho!


Yang Ikhlas, 
DR. MACHO