XM.COM

Monday 28 August 2017

Perjalanan mahu menjadi Doktor Veterinar Di MALAYSIA

Salam semua,

Memandangkan post ni berada di dasar blog ni, jadi doc stick kat post ni kat atas, supaya bakal2 pelajar dan pelajar yg berminat dapat mencari post ni dengan mudah.. Niat doc satu je, nak bagi pendedahan dan sedikit ilmu dan pengetahuan tentang kerjaya ini.. Atleast menjadi alternatif kepada pelajar2 utk menceburi bidang ni.. Jadi kita chill2 lepak2 sket ye.. As vet pun tak da la kena serious sgt. hehe

Orait, as vet @ doktor veterinar, ramai yg masih belum tahu tentang kerjaya ini.  Bagi doc kerjaya ini mmg sgt2 luas.  Memandangkan kos ini mmg luas jadi, sebelum kita grad lagi selalunya dah ada pihak syarikat swasta dah ready2 berebut nk hire bdk2 vet ni.  Itu yg best tentang bidang Doktor Veterinar ni. Sbb apa doc ckp cmni? sbb doc pun melalui benda yang sama.. tak sempat konvo lagi 3 bulan dan dapat kerja, bukan 3 bulan tggu kerja.. haha

Jadi, pertama skali mari doc ceritakan tentang perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi/berminat untuk kerjaya sebagai Doktor Veterinar ini.





 Diatas adalah carta alir yg menunjukkan perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi bidang Doktor Veterinar ini.

First skali, tentulah kena bermula dari UPSR untuk menentukan sekolah yang bagus untuk ke tingkatan 1.  Jadi selepas itu haruslah belajar untuk score dalam PMR, selepas PMR lah kita akan pergi/pilih ke bidang pengkhususan. sebagai contoh, kalau sapa yg minat bidang sains, cikgu akan suruh amik subjek sains (eg Biology, Kimia, Fizik), dan kalau minat ke bidang agama, cikgu akan suruh amik (eg Al-Quran Sunnah, Bahasa arab Tinggi etc), dan kalau minat dalam bidang perakaunan cikgu akan suruh pilih bidang akaun (eg Prinsip akaun, ekonomi asas etc).

Jadi selepas itu baru akan ke SPM. SPM ni adalah titik permulaan anda untuk buktikan yang anda memilih bidang yang betul. Nasihat saya pada semua supaya belajar betul2 dalam SPM ini.
Berbalik kita pada bidang vet ni, jadi nk jadi doktor veterinar, kena lah score A dalam subjek sains, cth BIOLOGY A, KIMIA A, FIZIK A.. MMg cerah dah masa depan anda dalam menceburi bidang vet ni.. Belajar btol2 dik, jgn la 'berjimba2' , 'khayal dgn cinta' , 'honeymoon' sebab masa ini yang sangat penting untuk kerjaya adik2 pada masa hadapan.

Jadi, selepas SPM, jika result adik cemerlang.
adik2 ada 4 jalan untuk memilih jalan untuk jd Doktor Veterinar:

1. melalui STPM : okay, kalau nk masuk STP pun boleh, tp adik2 kena amik bidang sains jgk la, waktu kat stp ni adik2 kena study betul2 subjek sains, dan score . Alaaaa, belajar kat mana pun kena score jgk ye dak.. sbb org akan nilai adik2 berdasarkan keputusan adik2.. org takkan nilai adik berdasarkan bapa lama adik baca buku, sampai kul bapa adik study kan.. CUMA, kekurangan dia adalah amik masa panjang sikit al 2 tahun untuk habiskan STPM ini.

2. melalui MATRIKULASI: Okay, matrikulasi ni sebernarnya adalah jalan paling pintas utk menceburi bidang Doktor Veterinar. Maksud saya adalah, ini adalah jalan 'shortcut' utk adik2 nk masuk bidnag Doktor Veterinar ini. Tapi adik2 kena score betol2 dalam Matrikulasi ni jika berhasrat utk ceburi bidang vet ni. Mcm biasa, subjek Biology adik2 kena score A dan juga KIMIA A.

3. melalui PROGRAM ASASI : Okay, program asasi adalah salah satu jalan utk kita mnjadi Doktor Veterinar.  Program asasi ini adalah satu program yang tough/ agak sukar kerana jadual pembelajarannya yang padat. jadi kena struggle sikit. Jangan risau, belajar kat mana2 pn mmg kena struggle kan, ye lah nk jadi doktor kan, takkan la senang mcm kacang, ye dakkk? hehe

4. melalui DIPLOMA: Okay, kos Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan (DKHP) ini ditawarkan di UPM cawangan Bintulu, Sarawak. Jadi, kat sini adik2 kena belajar btol2 untuk score pointer yg bagus untuk sambung ke Ijazah Doktor Perubatan Veterinar nnt.  CUMA, kekurangan nya lambat sikit la sbb adik2 kena habeskan masa 3 tahun di sini, tp tetap ada kebaikan iaitu adik dah berjaya genggam segulung diploma, jika adik tak da rezeki nk sambung pun, atleast adik boleh mintak kerja guna diploma adik2.  dan kebaikan satu lagi, ini adalah jalan selamat, maksud saya biar lambat, asalakan selamat sampai ke cita2 yang kita tujui. 

Dan last sekali sampai la ke bidang IJAZAH PERUBATAN VETERINAR dan keluar grad nnt akan jd seorang DOKTOR VETERINAR / VETERINARIAN.  Dari 3 laluan selepas SPM itu, adik2 boleh memohon di UPU utk ambil kos ini.
Bercerita tentang kos ini, di MALAYSIA setakat ini (2016) , hanya terdapat 2 UNIVERSITI yang tawarkan IJAZAH PERUBATAN VETERINAR ini, iaitu:

1. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 
2. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Hanya dua universiti ini sahaja yang menawarkan ijazah ini. DAN TIADA UNIVERSITI SWASTA yang menawarkan ijazah ini. Itu yang menariknya. Jadi utk lain post saya akan berceritakn tentang keunikan kos ini, dan masa hadapan kos ini. Jumpa lagi, no hate, just love mmmmuuuaaahhh ( bajet neldya sensenrose kikiki. Assalamualaikum..

Yang Benar lagi Tulus, 
DR. VET ANDA