XM.COM

Monday, 2 May 2016

Pedoman buat semua

Suatu hari, aku bertanya kepada guru

Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"

Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..

Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??"


Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"

Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."

• Bila tak kuasa memberi, 
jangan mengambil.

• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit,
jangan membenci.

• Bila tak mampu menghibur orang,
jangan membuatnya sedih.

• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, 
jangan mempersulit/memberatkannya.

• Bila tak sanggup memuji, 
jangan mengkeji.

• Bila tak mampu menghargai, 
jangan menghina.

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN,  tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"..

Wednesday, 27 April 2016

Cerita Kehidupan Manusia Di Dunia

Salam Semua..

Semoga mendapat manfaat dari kupasan huraian ini..


1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka



2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.


3.Ketika di dlm kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)   
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.



4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.


5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian



6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.


7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..


8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.


9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..


10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..


11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..


12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..


13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.



14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir 
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj



15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian.


16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..


17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami ........."



18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..


19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku
dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.


Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. 

Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.










Tuesday, 26 April 2016

SINGLE : Cinta Selepas Kahwin Saja

Salam 1 Malaysia!!

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..


Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..


Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

(sekadar gambar hiasan)

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."

Wanita dan Motosikal berkuasa tinggi

Yes, motosikal berkuasa tinggi sememangnya menjadi kegilaan kaum Adam, tapi jangan hairan jika ia juga menjadi kegilaan utk kaum Hawa.  Kaum Hawa dulu bukan mcm skrg lagi, kegilaan motosikal berkuasa tinggi ini seakan2 menjadi trend masyarakat skrg. Tiada istilah takut dalam hidup mereka bahkan bahaya yg mungkin menimpa.  Bagi lima bintang wanita popular tanahair,  Erra Fazira, Dira Abu Zahar, Lisdawati, Linda Onn dan Datuk Siti Nurhaliza , mereka berjinak2 dengan motosikal sejak kecil lagi dan menjdaikan hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi ini. Bagi peminat motosikal berkuasa tinggi ini, pastinya menjadi kepuasan kepada mereka.  

Sememangnya bukan mudah untuk seorang wanita menunggang motosikal berkuasa tinggi sehingga mencecah 1200 cc. Selain berat, ia juga memerlukan seseorang penunggang itu mempunyai tenaga yang kuat untuk menunggangnya kerana jika silap percaturannya, maka motosikal besar itu boleh terbalik dan menimpa pemiliknya.

Bagi Erra, Dira, Siti, Lisdawati dan Linda mereka mempunyai sebab mengapa memilih aktiviti yang dianggap milik golongan kaya itu sebagai hobi. Mereka juga berkongsi pengalaman manis dan pahit menunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai hobi.

Siti Dengan Harley Davidsonnya KCT1


Selain keempat-empat artis jelita itu, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin juga kini menjadikan aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa sebagai hobi baharunya.

Hobi itu dikatakan mula timbul selepas Siti dan suami pulang daripada percutian di Capetown awal Mei lalu.

Khabarnya sejak kecil lagi Siti memang suka menunggang motosikal di kampungnya. Namun, selepas bergelar penyanyi dia tidak berpeluang lagi menunggang motosikal.

Setelah berkahwin dan mengikuti konvoi ketika bercuti di Capetown minat Siti untuk menunggang motosikal kembali timbul. Malah, ia beralih arah pula kepada motosikal berkuasa tinggi.

Minatnya itu juga dikongsi bersama suaminya apabila mereka sering menyertai konvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak pulang dari Capetown.

Menariknya, disebabkan minat baharunya itu Siti juga dikatakan sanggup membeli motosikal Harley Davidson dan membida nombor plat KCT1 dengan harga RM65,550 dan didaftarkan untuk motosikal berkuasa tinggi itu.

Dira simpan motosikal di rumah abangnya!


Jangan anggap pelakon dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar tau Dira, 28, kasar atau ganas apabila menjadi penunggang tegar motosikal berkuasa tinggi.

Baginya, menunggang motosikal besar merupakan hobi yang tidak akan sekali-kali merubah dirinya menjadi kasar atau ganas.

“Siapa yang menganggap wanita yang menunggang motosikal berkuasa tinggi itu kasar atau ganas mereka silap. Kata-kata sebegitu tidak relevan digunakan untuk kami. Mungkin kami sedikit berani dan kasar tapi fizikal tidak semestinya berubah,” ujarnya.

Berkongsi minatnya itu, Dira sudah mendapat pendedahan menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak kecil lagi daripada abang kandungnya, Muhd. Idi Iskandar.

Bermula di tingkatan tiga lagi anak bongsu itu sering mengikut abang dan kawan-kawan abangnya ke mana sahaja menunggang motosikal berkuasa besar. Dari situ mula timbul minat Dira untuk memiliki dan menunggang motosikal berkuasa tinggi sendiri.

Kecintaannya pada motosikal berkuasa tinggi direalisasikan ketika usianya mencecah 20 tahun.

Dira membeli motosikal Harley Davidson Sportster hasil daripada titik peluhnya sendiri membuat kerja sampingan sejak di bangku sekolah tanpa bantuan kedua orang tuanya memandangkan minatnya itu tidak pernah diketahui atau diceritakan kepada mereka.

“Berkat kerja sejak di bangku sekolah. Kumpul duit, akhirnya saya mampu memiliki motosikal sendiri. Awal-awal beli motosikal itu, ibu bapa saya tidak tahu dan saya takut memberitahu mereka kerana mereka pasti marah.

“Selama setahun saya menyimpan dan menyorokkan motosikal itu di garaj rumah abang. Selepas itu barulah saya berani untuk berterus-terang dengan ibu bapa saya dan meyakinkan mereka saya tahu menjaga diri,” ujarnya yang merasa puas setiap kali menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Sehingga kini, Dira sudah berjaya menunggang motosikal berkuasa tinggi sehingga ke seluruh Malaysia. Malah, sudah beberapa kali membawa anaknya, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi bersama abang dan suaminya.

Tambah Dira, sememangnya Anggun sudah didedahkan dengan aktiviti itu sejak usianya setahun lagi. Malah, anaknya yang berusia empat tahun itu sudah memiliki motosikal jenis Pocket Bike yang dibelikan oleh Dira.

“Saya tidak pernah menghalang jika dia mempunyai minat yang serupa dengan saya.

Malah, jika dia ingin menjadikan aktiviti menunggang motosikal sebagai kerjaya juga saya izinkan asalkan dia perlu mempunyai pengetahuan dan latihan yang betul dan mencukupi tentang menunggang motosikal,” ungkapnya optimis.

Tidak kedekut berkongsi mengenai perbelajaannya kepada minatnya itu, Dira mengaku sudah berhabis hampir RM200,000 semata-mata memiliki dan mengubah suai motosikal jenis Harley Davidson XR1200cc yang baru dibelinya tahun lepas.

 
Atas minatnya itu juga, Dira mencipta kelainan apabila menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan mengenakan busana perkahwinan ketika resepsi perkahwinannya bersama Mohd. Helmi Mohd. Yusof, 33.


Lisdawati sudah pegang rekod Malaysia 

Bagi pelakon Lisdawati Nazaruddin, 33, dia tidak menganggap aktiviti menunggang motosikal besar sebagai hobi sebaliknya minat semulajadi sejak dulu lagi. Pintalah apa jua jenis motosikal sama ada yang kecil mahupun yang berkuasa tinggi, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu mampu menunggangnya.

Bercerita tentang minatnya itu, cerita Lisdawati, sejak umurnya 19 tahun lagi dia sudah mempunyai lesen motosikal. Motosikal pertama yang ditunggang dan dimiliki Lisdawati merupakan motorsikal Yamaha TZM yang dibeli hasil titik peluhnya sendiri ketika berusia 19 tahun.

“Selama dua tahun saya jadi penunggang jalan raya setia. Bawa motosikal itu pergi dan balik daripada kerja,” ungkapnya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan 16 peserta program Pilih Kasih di Hotel Holiday Villa, Subang.

Itulah satu-satunya motosikal yang dibeli Lisdawati kerana baginya walaupun minatnya ke atas motosikal berkuasa tinggi begitu mendalam namun dia sedar dia bukan daripada keluarga yang kaya untuk memperoleh apa yang diinginkan.

Lisdawati juga bukan jenis pentingkan diri sehingga sanggup berhabis duit untuk merealisasikan minatnya itu sedangkan banyak keperluan lain yang perlu diutamakan dahulu.

Atas sebab itu juga, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak lagi begitu aktif menunggang motosikal berkuasa tinggi dan mengikuti konvoi selepas berkahwin dan dikurniakan anak kerana mengutamakan keluarga. Dia juga tidak pernah mempunyai atau membeli motosikal berkuasa tinggi walaupun berkeinginan untuk memiliki motosikal Ducati.

Sebab lain juga, Lisdawati takut minatnya menunggang motosikal besar mempengaruhi anak-anaknya.

“Lisda takut kalau anak-anak terdedah dengan aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi. Saya tak percaya mereka boleh melakukannya kecuali kalau mereka benar-benar dapat meyakinkan saya,” ujarnya yang pernah berdepan dengan pengalaman pahit apabila terlibat dengan kemalangan ketika menunggang motosikal.

Kongsi Lisdawati, kejadian itu berlaku ketika dia balik dari kerja ketika melalui bulatan Pahang. Akibat bergesel dengan sebuah motosikal, motosikal Lisdawati berpusing melanggar pembahagi jalan.

Mujur ketika itu, Lisdawati dengan segera melepaskan motosikalnya dan tidak ada sebarang kenderaan melanggarnya. Walaupun berdepan dengan pengalaman pahit sebegitu, minat Lisdawati untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi tidak pernah pudar sehingga kini.

Berkongsi minatnya itu kepada peminat, Lisdawati memberitahu, dia pernah menunggang motosikal Honda Fireblade berkuasa 1100cc milik sebuah syarikat dan pernah menyertai konvoi seluruh Malaysia seterusnya mencipta rekod Malaysia kerana menunggang dalam tempoh 18 jam pada tahun 2001.
 

Linda dengan Ducati Monsternya menjelajah 1Malaysia

Minat penyampai radio Suria FM, Rozlindah Onn atau Linda Onn, 34, pada motosikal berkuasa tinggi pula bermula sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, Linda tidak pernah memiliki lesen dan minat untuk menunggang motosikal gara-gara dimarahi oleh ibunya kerana jatuh ketika menunggang motosikal curi-curi sewaktu berusia 13 tahun.

Namun, segalanya berubah dua tahun lalu, ketika Linda membelek majalah motokar dan berkenan dengan sebuah rekaan motosikal berkuasa tinggi, Spyder.

Linda memberitahu, minat menunggang motosikal juga timbul disebabkan dia berasa tertekan dengan kerjaya dan bosan di samping menginginkan aktiviti yang boleh memberikan dirinya kepuasan dan keseronokan.

“Selepas itu, saya terus ambil lesen dan berkenalan dengan rakan-rakan yang sama meminati motosikal berkuasa tinggi. Seterusnya membeli sebuah motosikal Ducati Monster pada tahun 2010,” ujarnya yang membeli motosikal berkuasa tinggi itu sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-33.


Ujarnya, sewaktu membawa balik motosikal tersebut ke rumah, ibunya terkejut kerana sebelum itu dia tidak pernah menyuarakan hasratnya untuk memiliki motosikal.

“Setelah saya berjanji pada ibu akan menunggang motosikal itu dengan berhati-hati, barulah dia lega dan ibu pun tahu aktiviti saya bersama kawan-kawan,” katanya.

Sejak boleh mengendalikan motosikal berkuasa besar, Linda bersama rakan-rakannya pernah mengikuti konvoi 300 penunggang motosikal ke Cherating, Pahang dan Sepang, Selangor.

Pemilik kedai makan My Mom’s Chicken Rice dan My Asam Pedas itu juga menitipkan pengalaman berharga selepas menyertai aktiviti bermotosikal kerana dilantik sebagai wakil selebriti jelajah 1Malaysia mulai 14 sehingga 21 Mei ini.

Dia turut menyertai kempen penjelajahan bermotor Jelajah 1Malaysia siri ketiga dengan membawa tema Kami Prihatin Membanteras Pembuangan Bayi 2011.

 Setelah memiliki motosikal Ducati, Linda menyimpan hasrat untuk memiliki motosikal easy rider seperti Harley Davidson.

Erra bersama Harley Night Rod Special

Bagi pelakon jelita Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 38, pula sejak di usia 17 tahun lagi dia sudah mula menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Erra, disebabkan minat yang mendalam, dia sanggup menghabiskan duit simpanan semata-mata mahu membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi iaitu Kawasaki ZXR 750.


Motosikal itu juga banyak memberi pengalaman manis dan pahit buat pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu.

“Saya dan rakan-rakan ambil keputusan untuk menyaksikan perlumbaan motosikal bertaraf dunia yang akan diadakan di Batu Tiga, Shah Alam, Selangor. Antara pelumba yang mengambil bahagian ialah Mike Doohan, pelumba berbangsa Australia yang memang saya minati.

“Dek kerana seronok menunggang motosikal dan asyik berkhayal, saya hilang kawalan ketika melalui satu selekoh tajam. Saya lepaskan handle motorsikal sementara motorsikal pula terpelanting masuk ke dalam longkang berhampiran.

“Walaupun cedera saya tetap meneruskan perjalanan menunggang motosikal itu ke perlumbaan tersebut,” tuturnya yang baru-baru ini membeli sebuah motosikal berjenama Harley Davidson VRSCDX Night Rod Special berkapasti 1250cc.


 




Sunday, 24 April 2016

Tukar matawang di Forex (Foreign Exchange) Penang

Harini 25 April 2016, 

2 hari lagi Dr bakal mengembara ke selatan Thailand menaiki sebuah jentera Kawasaki KSR yg berpacukan 125cc (dah upgrade) dengan bertemakan ala2 spiderman si Superhero Labah-labah.

(ni la kawasan yg nk pergi tu, Khao Sok National Park)
(rumah atas tasik ala2 ceta Mat Salleh lawan ngan Jerung )

Tapi kita bkn nk bercerita pasal motor harini, tajuk kita nk tukar matawang.  Jadi bila dah nk ke Over The Sea ni, secara tidak langsung kena tukar matawang negara yg bakal kita lawati lah.. Kalau guna duit Ringgit Malaysia (RM) kat Thailand konpem tak boleh. 

Nak dijadikan cerita harini agak free, jadi survey2 harga jual beli matawang (Forex) di sekitar Pulau Pinang dengan membandingkan harga2 jual beli di kawasan sekitar.  Jangan risau, anda tak perlu pergi direct ke tempat2 pengurup wang ni, anda cuba ambil phone dan call sahaja. Tanya anda nk beli matawang negara mana dan mereka akan bgtau rate semasa.  

Bagi rate skrg ini, nilai jual beli adalah 88.5 setakat ini, ini paling tggi. 

Kalau dahulunya tahun 2014 time Dr gi Thailand utk practical di Mahanakorn University of Technology, Nong Chok, rate masih tinggi.  Maknanya duit malaysia tggi. 
Kalau dahulunya, senang nk kira dan nk bajet sbb;

RM 1 = 10 Baht
RM 10 = 100 Baht
RM 100 = 1,000 Baht
RM 1,000 = 10,000 Baht

(Sekitar Julai 2014)

Jadi senang kan nk kira hehe..

Tapi skrg rate dah berubah.. Utk situasi skrg adalah mcm ni.. Kena ingat, nilai ni mungkin akan rendah / naik lagi.. tak tentu..


RM 1 = 8.98 Baht
RM 10 = 89.82 Baht
RM 100 = 898.21 Baht
RM 1,000 = 8,982.08 Baht

(25 April 2016)

So itu serba sedikit tentang nilai tukaran di Thailand lah.

Skrg kita tgk pengurup2 wang di kawasan Penang Sahaja. 
Semoga bermanfaat pada sapa yg berhasrat nk melancong. terima kasih semua..

KAWASAN SEBERANG PERAI


1. JAMIAH TRADING SDN.BHD
LOT.NO G20A, GROUND FLOOR
PERDA CITY MALL SHOPPING CENTRE
BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM, SPT
14000 PENANG
TEL: 04-5385010/ FAX: 04-5385015

2.PACIFIC MONEY CHANGER
LOT.5, BASEMENT, MEGAMALL PINANG,
NO.2828, JALAN BARU, BANDAR PERAI JAYA
13600 SEBERANG PRAI TENGAH, PULAU PINANG
TEL: 04-3995084/ 04-3995072
OPEN DAILY: FROM 10AM-10PM

3.  SUPER INVENTION SDN BHD
 G-107, GROUND FLOOR, MEGAMALL PINANG
2828, JALAN BARU, BANDAR PRAI JAYA
13700 SEBERANG JAYA, PENANG.
TEL: 604-3982911/ FAX; 04-3986911

4. GREENWORLD MONEY MASTER
 (SUNWAY CARNIVAL)
LOT NO.LG K2A, LOWER GROUND FLOOR
SUNWAY CARNIVALL MALL, JALAN TODAK
PUSAT BANDAR SEBERANG JAYA
13700 SEBERANG JAYA, PENANG MALAYSIA
TEL; 04-3996996/ FAX; 04-3996500

5. HMS TRADING SDN.BHD (TESCO ALMA)
  G-42, TESCO BUKIT MERTAJAM
2323 JALAN ROZHAN, PUSAT PERNIAGAAN
SERI IMPIAN, 14000 BKT MERTAJAM, PENANG
TEL; 604-5402244/ 04-5402245

6. TANJUNG PIANANG RESOURCES (SUMMIT BM)
  LOT LG.06, LOWER GROUND FLOOR
THE SUMMIT BUKIT MERTAJAM,
NO.566, JALAN ARUMUGAM PILLAI
14000 BUKIT MERTAJAM, PENANG
TEL: 04-5377377/ 04-5388377 FAX; 04-5388355
OPEN: 10.30AM-9.00PM DAILY 7DAY A WEEK



KAWASAN PULAU PINANG


1.M.S.K.M MOHAMED HANIFFA FOREX 
No.59, Jalan Masjid Kapitan Keling,
10200 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: 04-2610786/ 04-2624009/ 
04-2619781 Fax: 604-2615592

2. RASHIDIYA TRADING SDN.BHD
71A, JALAN MASJID KAPITAN KELING
10200 PENANG.
TEL- 04-2618830/ 04-2619437/ 04-2634154
OPERATION HOUR:
MON-SAT- 9.00am-7.00pm ; Friday 1.00pm-2.30pm Close


3. SERI NIAMAT SDN.BHD (MONEY CHANGER)
58, JALAN MASJID KAPITAN KELING
10200 GEORGETOWN, PENANG.
TEL/FAX: 04-2621932/ 017-4775932


4. M.MOHAMED KASSIM FOREX
47,49, JALAN MASJID KAPITAN KELING
10200 PENANG, MALAYSIA
TEL: 04-2610242/ 04-2628822/ 04-2619094, FAX: 04-2617545


5. WORLD COINS FOREX.SDN BHD
NO.65, JALAN MASJID KAPITAN KELING,
10200 PENANG, MALAYSIA
TEL: 04-2616176/ 04-2627569 FAX; 04-2627569

6. BEST MART FOREX SDN.BHD
NO.53, JALAN MASJID KAPITAN KELING
10200 PENANG, MALAYSIA.
TEL/FAX: 04-2612149/ 04-2635096

7. INTERNATIONAL MEGA FOREX
NO.51, JALAN MASJID KAPITAN KELING
10200 PENANG, MALAYSIA
TEL: 04-2620792/ 04-2611526

8. KANSON FOREX
75, JALAN MASJID KAPITAN KELING
10200 GEORGETOWN, PENANG, MALAYSIA
TEL; 04-2620075 FAX; 04-2630075

9. MOSARA MONEY CHANGER
63, JALAN MASJID KAPITAN KELING
10200 GEORGETOWN, PENANG, MALAYSIA
TEL; 04-2612409/ 04-2626024

10. MMK.FOREX.SDN BHD
NO.73, JALAN MASJID KAPITAN KELING
10200 PENANG, MALAYSIA
TEL-04-2611453

11. S.M.N SHAIK MOHAMED SDN.BHD
82, BEACH STREET
10300 PENANG
TEL: 04-2615506

12. AKBAR MONEY CHANGER SDN.BHD
NO.440, PENANG ROAD,
10000 GEORGETOWN, PENANG ( IN FRONT OF KOMTAR)
TEL- 04-2287786/ 04-2288786

13. DEAN FOREX (M) SDN.BHD
CII 1-04, KOMTAR, GROUND FLOOR
PENANG ROAD, 10000 PENANG, MALAYSIA
(BESIDE FIREFLY OFFICE)
TEL; 04-2622424, 04-2625666, 04-2644666

14. JAWAHARI FOREC SDN.BHD
1C2-01-07, KOMTAR, JALAN PENANG
10000 PENANG, MALAYSIA
TEL: 04-2642872/ FAX; 04-2642879 

15. SYARIKAT MUSHADI ALI MONEY CHANGER SDN.BHD
    170-G-45, PLAZA GURNEY, 
   PERSIARAN GURNEY,
   10250 PENANG, MALAYSIA

   TEL: 04-2290710/ 04-2290977

Semoga info ini berguna pada semua. Kongsikan pada kawan ya..