Syukur ke hadrat Illahi,
Dengan limpah kurniaNya, dpt Dr menulis blog ini walaupun sedikit lewat dari tarikh asal baby di lahirkan.
Harini baby dah masuk 3 hari bersama dgn Daddy dan mummy dia. (8/6/2016)
Dr nk kongsikan pengalaman Dr semasa bersama menemani isteri dalam Dewan Bersalin.
30/5/2016 - Due Date
.
.
.
(extend 6 hari )
.
.
5/6/2016 (10.00am)
So, pada pukul 8pagi Dr bersama wife dan Mak mertua bersiap2 nk gi Hospital sebab tarikh utk induce dah sampai. Thats mean Dr akan masukkan ubat utk paksa baby keluar secara tenang dan damai.
Jadi, sebelum ke Hospital, elok la bersarapan dahulu sbb tenaga mmg sgt perlu utk si Ibu nk bertarung tenaga melahirkan baby. Jadi, Dr belanja lah si ibu mkn roti canai dlu di Kulim.
Dlm pukul 10pagi cmtu, sampai la Dr di Hospital Kulim.
Tak ckp byk, terus direct ke wad persediaan sebelum bersalin iaitu wad 9. So si ibu kena la tukar baju pink menandakan baju utk para ibu yg akan melahirkan baby. Sambil tu Dr kena turun ke Kaunter pendaftaran utk daftar masuk si ibu ke wad 9.
Dr ada selfie dlu dgn si Ibu, tapi gambar tu mcm tak sesuai je nk letak sini hehe..
So, Dr (Medical Doc) dtg check dan periksa keadaan si ibu utk si ibu ready nk deliver baby or not.
So time tu si husband kena la tggu di luar.
Tggu punya tggu, pukul 2ptg Dr kata baru buka 3cm,
jadi proses menunggu makan masa lama lagi ler.
Tggu sampai pukul 5ptg dah buka 7cm.
Dan start dari 7cm tu, Dr dah tak senang duduk dah, hanya menunggu nurse2 utk panggil Dr masuk nk sambut baby.
So, start la detik memeritkan.. Menunggu punya tggu sejam demi sejam berlalu,
Takkan Dr nk lari2 pi mkn pulak sedangkan isteri kat dalam labour room tgh bertarung nyawa,
Jadi Dr tabahkan diri utk menahan lapar dari pagi utk tggu nurse pggl.
Sampai la masanya lebih kurang pukul 7.20pm mcmtu,
''Suami rehana shaari, sila masuk"...
Fuhhhhhhhh, serammmmmmmmmmmmmm..
Dgn langkah seribunya, terus melangkah pergi,
Sambil selawat, dan memandang ke kiri si Isteri sedang bertarung nyawa seorang diri di atas katil, dengan berbekalkan kekuatan yg ada, Dr ampu badan dan bahu si isteri serta kepala, dan tidak putus2 memberi kata2 semangat kepadanya.
Kesiannnnnnnn.. 8 9 kali push masih tak boleh keluarkan kepala baby..
Dr tgk isteri Dr dah lembik dah... Jemmmmmmmm..
Jd Nurse kat situ decide nk gantung kaki utk memudahkan lagi proses kelahiran.
Tiba2 magic si isteri ni pushhhh dan keluar kepala baby, jd baby stuck on the neck, so time tu kira agak kelam kabut jgk la suasana kat situ, Dr pun tak henti2 bg semngat kat wife dan akhirnyaaaaaaa.. She managed to do it.
Boooommmmm.. Baby selamat mendarat di atas katil Labour room.. Dlm 4 5 saat baby nangis sendiri, syukur..
Ya, Allah.. tak dpt nk gambarkan perasaan time tu...
Subhanallah.. Mmg keluar jgk la air mata menandakan tangisan kegembiraan buat si Daddy .
Nurse td suruh azankan baby di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri..
Syukur, Dr selamat azankan walaupun tak bapa kuat sbb suara sebak masih menyelubungi hahahaha
Keluar la Dr dari labour room sambil mengesat airmata.. Maka hilanglah macho bila nangis depan nurse2 hahahaha..
So, baby selamat dilahirkan secara normal dgn berat 3.54kg pada pukul 7.28pm
Time tu dah betul2 masuk waktu solat fardu Maghrib, maka dah masuk la tepat 1 Ramadhan mengikut kalendar Islam..
Aminnnnnn, baby ramadhan rupanya..
Keluarlah Dr dari labour room pada pukul 7.28pm tu, dan nurse ckp dlm pukul 9pm lebih tu baru baby dan si Ibu boleh keluar selepas cuci dan jahit luka.
So, dengan tabahnya menunggu seorang diri selepas kedua2 family berangkat pulang selepas menerima berita gembira menimang cucu baru.. Chiaaaaaaaaa..
Tunggu
punya
tunggu,
sampai la pukul 10pm lebih baru la si ibu dan baby keluar dari labour room dan terus ke wad 10 utk para ibu yg sudah bersalin.
Syukur, semuanya selamat.. ameeennn..
Sempat la Dr snap 2 3 gambar lepas hantar si ibu dan baby masuk ke wad..
Rasa hilang semua letih menunggu lepas tgk baby ada iras remy ishak XD..
So, Disebabkan Dr tak boleh temankan wife, jadi Dr pulang ke rumah parents dgn perasaan gembira dan hati tak senang duduk sbb rindu nk tgk baby..
Alhamdulillah, baby hero daddy sihat sempurna..syukur..
Jadi, bermulalah satu eksperimen utk membesarkan seorang superhero!
5/6/2016