XM.COM

Wednesday 1 June 2016

6 Perkara PENTING menyambut kelahiran bayi dalam Islam

Salam sejahtera semua,

Hari ni 1 Jun 2016, 

Memandangkan 2 hari lepas iaitu 30 Mei 2016, adalah tarikh last (due date) utk wife Dr lahirkan anak sulung tapi baby still gembira berada dalam rahim si ibu.

So, kena gi klinik kesihatan utk scan guna ultrasound lagi nk tgk baby sihat ke tak, Then Doc bg chance lagi 7 hari utk baby keluar secara normal, jika tidak si ibu kena induce the ubat Prostaglandin for uterine contraction nk keluarkan baby secara paksa.

So, dalam menanti baby keluar ni, better Dr siapkan diri utk tahu apa amalan yg baik / sunat yg kita sebagai muslim boleh lakukan sebelum menerima cahaya mata baru.
Dr harap semua info ini bermanfaat utk semua. Terima kasih kerana membaca..

6 Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. 

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.


2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.


Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.


Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk. 

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. 

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq. 

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. 


Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.


Semoga artikel ini bermanfaat buat semua. 
Dr rasa tak sabar la pulak nk cukur rambut baby ni, selalu dok shave bulu kucing je kat klinik.. hahaha 

No comments:

Post a Comment