XM.COM

Tuesday, 9 August 2016

SEMAK KEPUTUSAN UPU 2016/2017 ONLINE

Salam Sejahtera Semua..!

Dah lama doc tak update blog ni almaklumlah, bizi dgn kehadiran cahaya mata sulung ni..

Apa yg doc baru dpt tahu adalah keputusan UPU dan keluar smlm 8 OGOS 2016..

Apa yg doc boleh kata adalah TAHNIAH kepada yg ditawarkan kos DOKTOR PERUBATAN VETERINAR ini, semoga adik2 membuat pilihan yang tepat dalam memilih utk menceburi bidang ini..

SEMAK KEPUTUSAN UPU DI SINI..  [ KLIK SINI ]


Lepas dapat result smlm, email doc di hujani pelbagai soalan dan ruangan komen dalam blog doc dibasahi soalan juga..

Pelbagai jenis soalan ada..

Ada yg dapat kos Doktor Veterinar ini, 

Ada yang tak dapat kos ini,

Ada yang dapat tapi masih ragu2 nk pergi ke tak, 

Ada yang tak dapat, tetapi bersedih dan duka sbb tak dapat kos ini,

PELBAGAI REAKSI menunjukkan kesungguhan adik2 dalam pelajaran..

BAGUS!

Usah jd pelajar yang tahu main POKEMON GO sahaja..

Okay.. 

Doc, akan terbitkan satu penulisan tentang kos ini lagi..

tetapi buat masa skrg ni, doc ada misi yg penting untuk dibuat, jadi doc terpaksa dahulukan perkara lebih mustahak dahulu ya..

APA2 pun TAHNIAH!

24 comments:

  1. Assalamualaikum doctor, nak tanya. Right after spm, kena amik assasi sains kan? What if tak dapat assasi sains di UPM?

    ReplyDelete
  2. Salam adik.. ya, asasi adalah salah satu tempat utk batu loncatan utk adik sambung ke iojazah ini.. tetapi adik ad 3 tempat lain jugak jika bkn ke asasi.. iaitu, diploma, matrikulasi atau stpm..

    Jadi adik perlu lihat artikel coretan doc di link di bawah ni.. sila baca dan faham kn ya..

    https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Dr, nak minta pendapat. Sama ada asasi atau diploma atau stpm or matriks, yang mana lebih elok ya? Dan saya buntu nak cari biasiswa. Sebab saya tak dapat straight As. Saya jugak taknak buat pinjaman ptptn 😭

      Delete
    2. Wasalam adik..

      Owhh, jika adik bertanyakan tentang pendapat, mmg ada byk perbezaan dari segi jangkamasa pembelajaran, kerumitan, struggle dan dll jika membandingkan keempat-empat tempat ini.. Doc sarankan adik baca artikel di sini dlu sbb doc ada buat perbandingan dalam setiap tempat tu..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Asasi dan matrikulasi agak pendek tempoh pembelajarannya, cuma agak sukar sedikit sbb dalam setahun tu kena catch up mcm2 ilmu..

      Then kalau STPM ambil masa 2 tahun.. Sbb tingkatan 6 bawah dan tingkatan 6 atas.. dan agak sukar jika adik pilih aliran sains tulen..

      Dan diploma adalah jalan yg selamat dan paling panjang iaitu 3 tahun masa pembelajaran jika nk dibandingkan dengan tempat lain..

      Utk biasiswa, stakat ini tiada ditawarkan utk asasi, matrikulasi dan stpm.. Cuma utk diploma doc rasa ada, tp kena cari.. Kebanyakan biasiswa akan ditawarkan dalam bidang IJAZAH kelak, itupun mengikut keputusan masing2 kerana persaingan amat sengit pada zaman skrg..

      Good luck ya..

      Delete
    3. Mencelah sikit ye Doc & anakanda Shazwani. Kalau asasi & matrics, students blh mohon utk elaun dari KPM. X banyak tp lepas la fees utk setiap semester dan sedikit perbelanjaan. Tp utk tahun ini, hanya pelajar yg dari keluarga berpendapatan bawah RM10,000 sebulan sahaja yg layak.
      Kalau diploma, semasa semester 2, dgn result yg bagus dari sem 1, kita boleh mohon biasiswa dari beberapa pihak sbb x banyak company dlm negara yg offer scholar utk bidang ni.
      Anakanda ni sebaya dgn anak makcik.. Moga dapat buat pilihan yg tepat dan berjaya mencapai cita2 untuk menjadi Veteriner di masa hadapan.πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

      Delete
    4. Alhamdulillah..
      Terbaik Cik Deenzleen..
      Saya juga perlukan info yang berguna mcm ni.. hehe..
      Syukur, masih ramai yg peka ttg pelajaran anak2 zaman ini..
      Semoga Allah beri rahmat dgn usaha murni nk bantu anak bangsa

      Delete
  3. Assalamu'alaikum Dr. Anak saya mmg dari dulu bercita2 utk menjadi seorang Veteriner. Dia berusaha bersungguh2 utk dptkan tempat di Asasi Sains Pertanian di UPM. Alhamdulillah, diterima dan dia sgt happy. Saya google ttg vet dan jumpa blog Dr ni. Dari Tingkatan 3 lagi org lain x setuju dgn cita2 dia. Mereka lebih galakkan dia ambil Medic dan lepas tu jadi some specialist. Tp hati dah tekad dan saya pun pesan, just go for your passion in life. Yg akan hadap semua susah senang dlm dunia veteriner ni diri sendiri. So just go for your dreams. Cuma abahnya lebih galakkan dia utk masuk bidang2 yg berkaitan dgn R&D sbb dari kecik dia suka mengkaji dan yg sama waktu dgnnya. Soalan saya, adakah peluang untuk menjurus ke R&D dlm bidang veteriner di Malaysia sendiri? Selain dr Royal Vet di UK, universiti mana lg yg terbaik utk sambung belajar selepas dah jadi Dr Vet ni? Contohnya di Nee Zealand @ Australia? Terima kasih banyak2 Dr.����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam,

      Alhamdulillah, selalunya mmg medic dipandang tggi di Malaysia ni, tapi di luar negara, people more respect toward Veterinarian..

      BTW, ya, sangat banyak peluang utk buat research R&D dlm bidang ini.. But, aanak akak just perlu masuk dlm bidang academician and further more to master and PhD.. when u become a PHD holder, banyak university akan berebut2 dgn kepakaran anak akak ada..

      Even, my lecturer dahulu keluar dari university awam dan join satu company vaccine di Shanghai utk buat R&D ttg Vaccine kepada kucing.. Berpuluh ribu diorg bayar kpd lecturer saya ni.. Bidang ni R&D tak pernah habis, ada sahaja benda baharu yg datang.. Even disease pun replicate dan sometime muncul virus2 atau bacteria2 baru yg perlu di cari penawar vaccine nya..

      Ya, there are so many vet school around the world.. Once your child enter this profession, they will know the good vet school.. Saya pernah ke Murdoch University di Perth Aussie, wowwww, sungguh advance setiap facility dan kecanggihan teknologi mereka.. Jgn risau, pastikan anak akak berjaya masuk dalam bidang ni ya..

      Last kata2 doc, Haiwan syok, manusia tanggungjawab besar.. peace!

      Delete
    2. Thanks for the good advice, Doc😊😊.
      Ramai mocked her up bila tahu dia nak jadi Vet. Tp saya yakin dia tahu hala tuju dia dlm bidang ni. Nak convincekan Abahnya tu yg masalah sikitπŸ˜…πŸ˜…. In syaa Allah.. Lusa dah nak register dan akak pesan supaya sentiasa mencari maklumat dari seniors dan lecturers . Senang nnt nak tackle Abahnya.. 😬😬
      As for me, I will keep your blog in sight for infomations.
      Thanks again, Doc

      Delete
    3. Alhamdulillah.. apa2 boleh direct email ke email doc.. senang nk menjawab hehe.. kat sini jenuh nak mencari sikit hehe .. email ada kat atas sana

      Delete
    4. Ok Doc. Thanks a million!

      Delete
  4. Salam dr , pernah dengar tak pasal zoobiquity conference ?? �� Hopefully satu hari nanti, kerjaya veterinar akan dipandang setanding dengan MD di Malaysia seperti negara-negara luar ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik,

      Doc pernah dengar tapi tak pernah sertai lagi, insyaallah next next year hehe..

      Ya, hopefully Vet di malaysia akan dipandang setanding dengan kerjaya medic..

      JIka di luar negara, vet dipandang lebih tggi berbanding medic.. mungkin kerana culture budaya mereka yg mementingkan kebajikan haiwan..

      Delete
  5. Salam doc. Saya baru je iv di upm namun saya kecewa sebab banyak soalan yang saya gagal untuk jawab. Adakah saya masih layak diterima? Doakan saya doc. Lagi satu yuran vet ni mahal tak doc? Ada biasiswa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam adik..

      Maaf sbb doc lambat reply, sangat2 bz dgn McD audit..
      Alamak, kalau tak dpt jawab soalan tu doc tak dpt nak buat apa2 la adik.. huhu.. Takpe, tawakal je.. mana tau rezeki adik.. Yuran vet agak mahal, in range 1.6k-1.8k.. mungkin skrg lg tggi.. Biasiswa ada, tapi adik kena mohon sendiri slepas dapat result utk sem 1, pastikan result elok.. hehe

      Delete
    2. Harap nanti Doc blh kongsi tawaran biasiswa dari untuk bidang ni bagi undergrads dan post grads dlm posting yg lain. Rasanya mmg x meriah tawaran dlm Malaysia ni. Huhuhu

      Delete
    3. ya ya, idea yang baik sekali.. Nnt doc akan cuba tanya dan dptkan info.. baru boleh tulis hehe.. insyaAllah

      Delete
  6. Salam doc. Saya baru je iv di upm namun saya kecewa sebab banyak soalan yang saya gagal untuk jawab. Adakah saya masih layak diterima? Doakan saya doc. Lagi satu yuran vet ni mahal tak doc? Ada biasiswa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam adik, takpe, jika ada rezeki takkan kemana punya ya.. yuran vet agak mahal, biasiswa boleh mohon JPA atau biasiswa yg lain2

      Delete
  7. Berapakah gaji bulanan untuk doktor vet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3k and above starting,
      then depend on experience, can go to 15-20k

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum doc, dulu doc ambik kursus apa? Matrik modul berapa ya? Susah sngt ke masuk matrik ni? Huhu Saya tak tahu nak pilih matrik atau yg lain buntuu

    ReplyDelete
  10. Terima kasih doc

    ReplyDelete