XM.COM

Wednesday, 11 May 2016

10 Kerja menarik menanti untuk Doktor Haiwan

Dr. Macho kembali!!

minggu yg sangat sibuk sbb kena gi visit farm hehe..


Tak mengapa, sempat saja utk cari kelapangan nk menulis blog ni, menjawab pada persoalan seorang hamba ALLAH ni di rungan komen tentang kerjaya Veterinar, 

Soalan beliau, "adakah kerjaya Veterinar ini hanya tertumpu di zoo dan klinik sahaja?"

Soalan ini mungkin masih bermain2 di fikiran mereka. Sbb apa? Sbb kita tak realize yg dunia ni sangat besar dan sungguh luas punca rezekinya.

Dr. tak salahkan mereka yg bertanya kerana mereka mungkin tiada ditempat yg betul dan hadirnya Dr. kat sini mmg utk menjelaskan segala kekeliruan yg bermain di fikiran mengenai kerjaya seorang Doktor Perubatan Veterinar.  

Menjadi seorang ustaz akan menjawab kekeliruan soalan dlm bidang agama,
Menjadi seorang Dr. Veterinar InsyaAllah boleh menjawab soalan berkaitan Haiwan.

Jadi, utk soalan adik tadi, tidak semestinya dik, banyak sangat kerjaya yg adik boleh buat sebagai kerjaya dlm bidang Veterinar ini, 

Sebenarnya Dr. dah tulis mengenai kerjaya Veterinar ni pada bulan Februari lepas, kalau terlepas sama2 boleh klik di link kat bawah ni utk baca semula 10 kerjaya Doktor Veterinar ini.


Pembaca boleh klik di link atas ni utk baca kerjaya dalam bidang ini. Banyak dik, tak semestinya dalam zoo dan di klinik sahaja.

Macam Dr. sendiri, Dr. bekerja dgn syarikat yg mengeluarkan baka anak ayam pedaging yg korg makan tiap2 hari tu.. Dari bela ayam baka sampai la siap tangkap, sembelih dan proses utk buat makanan frozen mcm sausage, nugget dan lain2.. hehe..


Yang penting adik2 seronok bekerja di syarikat yg adik pilih tu.. 

Sekian semua.. Semoga artikel ini membantu kalian.


Sunday, 8 May 2016

Doktor Haiwan / Doktor Veterinar di Malaysia : Usah samar-samar, cari pencerahan

SALAM KPD Peminat Kerjaya VETERINAR!

Ketemu lagi di Bulan Mei ni,
 menantikan lagi sebulan nk puasa utk tahun 2016 ni, 

Dr. Macho rasa masih ramai yg masih samar2 tentang kerjaya atau profession Doktor Haiwan / Doktor Veterinar ini.


Tak pe, jgn risau, adik2 boleh google utk dapatkan info2 tentang kerjaya ini. Dr. hadir dalam arena blog ini sekadar nk kongsi cerita, kongsi idea, kongsi pengalaman tentang kerjaya Doktor Haiwan ni, supaya lebih ramai adik2 yg belajar dan berminat dapat menceburi diri dalam bidang Veterinar ini. 

Jgn hairan sbb waktu kecik dlu pun Dr sendiri pun tak tahu apakah itu Veterinar.. hahaha..

Ingat Veterinar ni mcm2, rupa2nya nama senang dier adalah Doktor Haiwan.  So jgn risau, dalam blog ni pun banyak info ttg veterinar yg Dr kongsikan utk semua. Jadi teruskan mencari info ya..

Adik2 boleh klik di SINI  utk mendapat info lanjut tentang kerjaya ini .

Friday, 6 May 2016

TIPS : Membeli kereta terpakai / Used Car

Salam 1 Malaysia.

Walaupun Dr lebih tumpukan blog ini kepada kerjaya Veterinar, tetapi apa salahnya jika Dr nk kongsi info dengan anda tentang tips nk membeli kereta terpakai/used car.

Yelah, Dr pun kena pakai kereta utk gi kerja kat Hospital/klinik/pejabat.. ye dak?
So penting juga utk semua tahu..  So cara nk memilih kereta terpakai, sama jgk mcm nk pilih gadis idaman anda kan, mesti la tgk habes cuma tak leh la nk test drive.. XD hahaha..



Pertama, seeloknya bawalah foreman(pomen) 

untuk cek kereta yang anda nak beli kereta mereka merupakan pakar kereta.  Mungkin pengalaman diorg dh cukup utk bgtahu yg kereta ini elok atau sebaliknya.. Sekali pandang dan sekali start sahaja pomen sudah tau baik buruknya kereta tu.

 


Kedua, periksa keadaan cat kereta yg ingin dibeli. 

  Kereta yang mempunyai cat asal adalah lebih baik untuk dibuat pilihan.  Biasanya pihak used car akan cat kereta-kereta yang akan dijual supaya kelihatannya lebih menarik.  Sekiranya kereta yang telah dicat semula pastikan warnanya adalah warna asal.  Nak tahu warna asal cek pada bahagian enjin.  Biasanya warna asal akan tercatat (engraved) pada bahagian badan kereta berhampiran dengan enjin.

Sekiranya warna yang tercatat adalah berlainan dengan warna terkini padahal kereta masih baru iaitu sekitar 5 tahun ke bawah kemungkinan kereta itu sudah mengalami kemalangan yang teruk. Catatan warna asal juga terdapat pada geran kereta.  Sekiranya warna terkini adalah sepertimana yang ada pada 'engraving' atau pada geran, anda boleh cek bahagian dalaman kereta seperti bahagian enjin, bahagian antara badan dan pintu kereta, dalam boot dan lain-lain bahagian terutama bahagian yang tersembunyi.


Bahagian-bahagian ini pasti ada perbezaan dengan bahagian luar, biasanya bahagian dalaman kenderaan warnanya adalah pudar.  Sekiranya bahagian dalaman ini ada kesan baru di cat kemungkinan juga kereta telah mengalami kemalangan atau warna pada compartment enjin totally berlainan; cth dalam compartment warna biru tetapi bahagian luar badan sudah di spray putih, confirm kereta ni ada accident teruk. Dinasihatkan juga agar tidak melihat kereta semasa hujan atau kereta basah. Kalau tengok masa ni semuanya nampak bagus.

Ketiga, periksa bahagian bawah badan kenderaan.

Anda juga boleh cek keseluruhan bahagian bawah kereta tentang kemungkinan terdapat kesan kemek atau kedudukan parts yang tak sama. Kereta yang pernah mengalami kemalangan bahagian bawah susah untuk dibetulkan dan tidak boleh buat alignment.  Jadi anda terpaksa sentiasa menukar tayar kerana bunga tayar cepat haus sebelah. Anda juga boleh cek kedudukan tayar kereta. Tayar depan mesti selari dengan tayar belakang. Boleh cek dengan cara pejam sebelah mata dari kedudukan tayar depan dan perhatikan ke arah tayar belakang sama ada tayar depan dan belakang sama atau tidak. Juga cek kebocoran minyak hitam dan minyak gear, sekiranya ada kesan minyak menitik atau kesan minyak yang banyak dalam enjin elakkan beli kenderaan ini kelak anda terpaksa menghabiskan duit untuk repair.  Anda boleh juga minta supaya pihak used car repair enjin. Tetapi pada pandangan saya elakkan beli kereta ini kerana sekiranya mereka repair, mereka repair paling minima.



Keempat, bahagian dalaman kenderaan.

Cek bahagian dalam kereta, sekiranya bahagian dalam kereta terutama dashboard, bahagian tengah konsol gear dan lain-lain, sekiranya plastik-plastik ini tercalar dan nampak lusuh ertinya tuan asal kurang  memperdulikan kenderaannya,  Periksa juga semua butang dan suis, barang elektronik seperti power window, signal, lampu, wiper, aircond dan lain-lain di 'on',.  Aku pernah terjumpa kereta yang apabila dipasang lampu besar, enjin akan terpadam.  Ini bererti sistem elektriknya tidak baik.  Jangan beli kereta ini.  Biasanya pihak used car akan bagi kita bateri lama. Jadi demand dengan mereka supaya belikan yang baru atau pastikan voltan masih tinggi, kalau tidak jangan beli kereta ini.  Pastikan aircond sejuk, sekiranya aircond tidak sejuk atau rosak, jangan beli kereta ini sekalipun salesman berjanji akan repair.  Aku sendiri pernah terkena; aku dah sedar bahawa aircond tak sejuk tetapi dah berkenan sangat dengan kereta ni, aku mintak pihak used car repair.  Apa yang jadi ialah semasa aku mula-mula ambil kereta tu, aircondnya sejuk tetapi setelah beberapa hari pakai aircond tak sejuk.  Aku complain kat used car tu balik tapi dah terlambat, duit sudah dibayar cina tu kata tak ada perjanjian warranty.



Kelima, tanya warranty utk kereta terpakai tu

Sebaiknya anda minta warranty untuk kereta terpakai yang dibeli.  Warranty kereta 2nd hand tak lama iaitu sekitar 2 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada used car.  Kebanyakannya mereka tak berani nak bagi warranty kecuali pembeli yang minta. Sekiranya ada perjanjian warranty, minta salesman catat di bahagian resit.  Sekiranya mereka tak berani bagi warranty lebih baik abaikan kereta tu. Used car bersepah kat mana2 terutama bandar-bandar besar.



Keenam, jangan tunjukkan anda terlalu berminat dengan kenderaan itu.

Sekiranya anda tunjukkan minat yang berlebihan, di sinilah pihak salesman akan berusaha memujuk anda supaya terus saja letak deposit, ingat selepas anda tinggal deposit jangan harap anda akan dapat balik duit itu melainkan anda terpaksa juga beli kereta tu atau deposit anda lesap.  Sebenarnya anda mempunyai masa yang banyak untuk memilih dan memikirkan kereta yang terbaik untuk anda.



Ketujuh, periksa enjin kereta terlebih dahulu.

Buka bonet dan cek bahagian enjin. Sekiranya enjin belum dibersihkan minta salesman cuci enjin, esoknya cek sekali lagi enjin yang sudah dibersihkan dan pastikan tiada minyak yang keluar.  Kemudian cuba hidupkan enjin, pastikan enjin dapat dihidupkan sekali atau dua kali start sahaja.  Tekan pedal minyak dan cek asap yang keluar, jangan beli kereta yang asapnya masyaallah berkepul-kepul keluar dari exzos kecuali enjin diesel. Asap yang banyak keluar menandakan kereta kena overhaul.  Tali kipas, tali aircond dan tali enjin juga pastikan tidak nampak kesan pecah.  Water hose juga boleh dicek dengan ditekan dengan menggunakan dua jari, sekiranya terasa ada bunyi seperti hose sudah rapuh minta salesman tukarkan. Biasanya hose boleh bertahan sehingga 8 atau 10 tahun.




Kelapan, check mileage

Carilah kereta yang mempunyai mileage yang rendah.  Kereta yang mempunyai mileage tinggi biasanya maintenencenya juga tinggi.  Boleh bayangkn kalau baru guna 2 3 tahun, tapi mileage mengalahkan kereta yg sudah 10 tahun, confirm la tuan dier dah lanyak kereta tu cukup2 utk travel. 
Tgk dahulu mileage ni ye.. Jgn ingat lawa je nk terus sebat.. haha



Kesembilan, check tayar telebih dulu..

Carilah kereta yang mempunyai tayar baru dan bunga masih banyak.  Sekiranya tayar telah botak, minta salesman gantikan dengan baru - kalau dia nak bagi secondhand tyre; jangan terima.  Awas! tayar 2nd hand  mempunyai tarikh luput walaupun bunga masih banyak.  Biasanya tayar buatan Malaysia jangka hayatnya ialah 5 tahun dan tayar import 3 tahun. Mesti diingat ramai orang sukakan tayar 2nd hand kerana ianya murah walhal tayar itu sudah tidak selamat.  Banyak juga kes-kes kemalangan kerana tayar pecah.



Kesepuluh, cuba minta utk test drive

Kereta yang nak dibeli mestilah di test drive.  Sebaiknya driving yang boleh mencapai 100+ km/h. Apabila anda sedang test drive cubalah dengar bunyi2 yang asing sekiranya ada, kalau ada bunyi asing seperti bunyi bising pada gear box atau kereta bergegar sebaiknya elakkan membeli kereta ini. Ada juga salesman berkeras tak bagi kita test drive... kononnya takut rosak, so don't ever ever beli kereta ni, kita pun mesti berkeras, tak bagi test tak jadi beli.



 Kesebelas, record2 sercive owner lama

Sebaiknya cuba dapatkan resit service kereta tersebut dengan salesman. Biasanya kereta yang berusia 5 tahun ke bawah masih ada lagi resit-resit service sekiranya owner asal serahkan kepada used car. Masa aku trade in kereta aku dulu pun pihak used car minta semua resit service dan yang berkaitan dengannya. Pada resit ini akan tercatat semua aduan yang telah dibuat oleh tuan kereta yang asal. Jadi secara tak langsung kita akan dapat tahu sejarah service dan pemeriksaan yang telah dibuat di pusat-pusat service bertauliah.


Semoga artikel ini bermanfaat buat semua ye.. 

Wednesday, 4 May 2016

BERSEDEKAH tidak membuat anda jatuh MISKIN

Bersedekahlah..

Sedekah ni bkn pada yang fakir dan miskin sahaja, banyak perkara kita boleh bersedekah kat dunia ni.. Sedekah kat masjid utk membina infrastruktur baru, sedekah ilmu dengan mengajar org tentang ilmu agama, sedekah doa pada saudara2 anda di luar sana yang menempuh kesusahan seperti peperangan, sedekah harta kepada yang memerlukan.  

Definisi sedekah ini adalah luas.. sangat luas.  Jangan risau, anda memberi takkan membuat anda jatuh miskin, malahan Allah melipatkali gandakan harta anda.  

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.


Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.



Monday, 2 May 2016

Tender nombor plate di Malaysia


Salam 1 Malaysia!!

Hari ni Dr nk kasi satu info berkaitan tender nombor plate utk kenderaan anda semua.. Maklumlah ilmu ni kan kena share2, jgn kedekut, nnt rugi hehe..

So berdasarkan gambar dibawah ni apa yg anda faham?  Ce tgk dlu, hehe.. kat bawah nnt baru Dr explain okay.

(Click to enlarge image)

So ceritanya mcm ni, selepas Dr dah buat entry pasal tender num plate tempoh hari, (kalau yg terlepas boleh klik kat SINI) , jadi syarat nk tender number ni senang je..

Tapi pastikan sedia duit secukupnya sbb nk tender num ni kena bayar cash separuh ye.. Kalau nk tender 50k, pastikan 25k ada kat tgn. hehe

So, kalau nk tender mestilah mengikut kategori num iaitu:

(a.)     GOLDEN NUMBER

(a.) GOLDEN  NUMBER : Number utk Golden Number ni adalah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, ,8, 9,10.  Senang cite 1 -10 la.. So number2 ni minimun nak tender mestilah paling minima adalah 10k dan keatas. 
So jgn hairan kalau num plate 1-10 ni ada kat motor Honda EX-5.. Harga num saja dah mahal dari number plate kikiki

Mat rempit pun kaya oooo.. haha



(b.)     INTERESTING NUMBER

Interesting number ni adalah number2 yg menarik dan cantik.. Nak listkan banyak jugak, jadi boleh lah refer ke gambar diatas sekali utk tgk num2 menarik tu.. hehe
   
So, utk tender number2 menarik ni minima mestilah 2k ringgit ya.. So pandai2 pilih number mana yg dihajati dan diminati utk tender.. hehe


(c.)     POPULAR NUMBER

Dan yg last skali adalah num2 yg popular di tender di Malaysia.. So num2 ni minima pun mestilah paling kurang 300 ringgit hehe.. Selain dari 3 kategori number ni adalah biasa2 saje.. hehe

Semoga bermanfat buat semua ya..