XM.COM

Wednesday, 4 May 2016

BERSEDEKAH tidak membuat anda jatuh MISKIN

Bersedekahlah..

Sedekah ni bkn pada yang fakir dan miskin sahaja, banyak perkara kita boleh bersedekah kat dunia ni.. Sedekah kat masjid utk membina infrastruktur baru, sedekah ilmu dengan mengajar org tentang ilmu agama, sedekah doa pada saudara2 anda di luar sana yang menempuh kesusahan seperti peperangan, sedekah harta kepada yang memerlukan.  

Definisi sedekah ini adalah luas.. sangat luas.  Jangan risau, anda memberi takkan membuat anda jatuh miskin, malahan Allah melipatkali gandakan harta anda.  

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.


Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.



No comments:

Post a Comment