XM.COM

Tuesday, 14 May 2019

FAQ 2: Tips untuk interview Ijazah Perubatan Veterinar


Wasalam semua adik2..

Doc tak nak kongsi jika tak penting, Tapi doc dapat komen dari seorang pelajar ni tentang pengalaman dia pergi ke interview ni.. So, ini adalah pengalaman sebenar dari seorang pelajar.. Wlaupun interview ini dia tak berjaya, moga-moga perkongsian beliau yang sangat bermanfaat dan mendapat balasan disana nnt..

Doc hanya berkongsi kepada yg bertanya ya, Peace !!




saya nak share sedikit tentang iv saya yang lepas kepada pelajar baharu nnti , saya tk suka menulis blog or pjg2 but i share here la yer...

1.dia tanya cara nak merawat luka pada haiwan
2.kalau haiwan tu mcm kurus kering ,hydration bla bla apa yg patut kita buat.
3.ok terus terang ckp iv adalah dalam bahsa inggeris , so siap sedia! ( saya dpt intiviewer chinese , so dia ckp agak laju bg saya tambah pula saya ni boleh sikit2 ja bi tak fluent pon)
4.jawab soalan jgn general tetapi spesifikkan .
5.haritu saya ada sebut pasal vaksin , terus2 dia tanya saya vaksin is for what bla bla bla about vaksin , nasib la saya penyokong tegar vaksin so tahulah maklumat vaksin serba sedikit.so bila korang nak sebut any yg terperinci ,cuba kaji lebih dalam supaya dia tanya , korg tahu tajuk dan isi , sikit pon jd asal ada pengetahuan.
6.dia tanya soalan simple ja in the begining , jgn risau like kucing ada berapa ekor , mandi kucing pakai jenama apa , waktu makan dan sbgainya
7.dia tanya soalan kenapa pilih kos ni
8.kdg2 dia test perasaan kita jugak , kamu tu kecik bla bla..but rilex jawab dgn chill senyum senyum gitu..
9.yg psal binatang haram bg islam tu pon dia ada tanya
10.kita kecik drpada haiwan tu , mcm mana nak handle haiwan tu , jwb la 'the skill is important ' saya kes lupa ayat skill tu ja, dia masuk bilik iv tu dia jd blank...
11.kdg dia tanya jugk pasal family(tak semua)

ok itu ja kot yg dpt saya kongsi atas pengalaman iv ni , saya taktaulah if bakal penemuduga hampa semua akan baca comment aku , kot la dia nak ubah soalan..tp kalau dia ubah pon tk lari jauh pon..jwpnnya ttp sma..cehhwaahhh..

ok seriously talk , saya tak dpt iv vet tu .
saya tahu kesilapan saya dkt mana especially in communication in english . i got another course which include haiwan jugk so tk lah lri dri minat kan.. but i still love vet so much ..saya tahu Allah dah tetapkan yg terbaik untuk saya , ada sbb nya kan,so bg yg tk dpt jgn depress sgt..suatu hari nnti awak akan faham knpa Allah letakkan awak di tempat itu.. haa dah pjg ni td awal kata tak suka tulis pjg2 ...hahaha

so jgn putus asa , dan goodluck for your future .. smile..
upm nak mohon kena 3.80 ke atas yer , umk ja 3.60 ke atas rasa saya..

tq,



Semoga perkongsian adik ini bermanfaat untuk adik2 yang lain.. Terima kasih


Tuesday, 19 February 2019

Post pertama utk 2019

Pertama kalinya,

Doc nak ucapkan selamat tahun baru even dah terlewat lebih sebulan dah.. haha

''SELAMAT TAHUN BARU 2019"

Semoga tahu 2019 ini memberi makna dan perjalanan yang baru utk semua.

Doc tak ada apa nak tulis, cukup sekadar nak update blog ini agar tidak berhabuk seperti radio lama didalam stor.

Syukur, doc masih diberi kesempatan utk hidup dalam keadaan sihat sejahter disamping isteri dan anak, keluarga dan kawan2. 

Alhamdulillah, masih diberi ruang oleh penciptaNya utk menulis pada tahun 2019 ini, walaupun cuma 2 post pada tahun 2017 dan 2018, syukur kerana doc masih tidak pernah miss utk menjawab setiap komen sejak 3-4 tahun yg lalu..

walaupun kdang2 terlambat nk reply, tetapi tetap reply jugak.. hehe

cuma akan ambil masa sikit nak baca dan menjawab setiap persoalan, memberi bantuan, pandangan, dan tunjuk ajar..

Doc tak minta apa2 yuran atau bayaran, cukup lah sekadar doakan doc dan keluarga semua sihat2 sentiasa hendakNya.. Itu pun sudah cukup buat doc.. 

Sunday, 9 December 2018

Doktor VET Menulis Versi 2.0


 

Salam sejahtera kepada semua..


Harini doc nak kongsikan satu perkara dimana tak lama lagi dalam bulan April 2019, kami dari kalangan doc veterianr ini akan keluarkan buku atas bidang Doktor Veterianr ini.. 

Buku ini bakal di perkenalkan kepada umum khususnya rakyat Malaysia semua tentang kerjaya Doktor Vet ini di pelbagai cabang kerjaya.  Kisah2 yang selalu dihadapi oleh kami sebagai Doktor Vet ini..

InsyaAllah.. Kami bakal melancarkan buku tersebut tak lama lagi.. InsyaAllah.. 

Friday, 7 December 2018

Dah bersara dari arena blog hampir 2 tahun



Salam sejahtera kepada semua..

Sebenarnya doc dah lama tak tulis blog ni, kalau tgk blog archive pun mmg dah terbukti, tahun 2017 hanya update 2 post sahja.. Tahun 2018 ni, post ni la yg masuk num 1.. tu pun dah hujung december hahaha..

Takda masalah, yang penting info di awal blog tu je yg doc selalu jawab di bahagian komen.. Setakat skrg semua komen masih di jawab satu persatu dengan gigih.. 

So, ketemu lagi di Tahun baru yg bakal menjelang dikala 2018 bakal melabuhkan tirainya.. 

Good luck semua. Wasalam

Monday, 28 August 2017

Perjalanan mahu menjadi Doktor Veterinar Di MALAYSIA

Salam semua,

Memandangkan post ni berada di dasar blog ni, jadi doc stick kat post ni kat atas, supaya bakal2 pelajar dan pelajar yg berminat dapat mencari post ni dengan mudah.. Niat doc satu je, nak bagi pendedahan dan sedikit ilmu dan pengetahuan tentang kerjaya ini.. Atleast menjadi alternatif kepada pelajar2 utk menceburi bidang ni.. Jadi kita chill2 lepak2 sket ye.. As vet pun tak da la kena serious sgt. hehe

Orait, as vet @ doktor veterinar, ramai yg masih belum tahu tentang kerjaya ini.  Bagi doc kerjaya ini mmg sgt2 luas.  Memandangkan kos ini mmg luas jadi, sebelum kita grad lagi selalunya dah ada pihak syarikat swasta dah ready2 berebut nk hire bdk2 vet ni.  Itu yg best tentang bidang Doktor Veterinar ni. Sbb apa doc ckp cmni? sbb doc pun melalui benda yang sama.. tak sempat konvo lagi 3 bulan dan dapat kerja, bukan 3 bulan tggu kerja.. haha

Jadi, pertama skali mari doc ceritakan tentang perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi/berminat untuk kerjaya sebagai Doktor Veterinar ini.





 Diatas adalah carta alir yg menunjukkan perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi bidang Doktor Veterinar ini.

First skali, tentulah kena bermula dari UPSR untuk menentukan sekolah yang bagus untuk ke tingkatan 1.  Jadi selepas itu haruslah belajar untuk score dalam PMR, selepas PMR lah kita akan pergi/pilih ke bidang pengkhususan. sebagai contoh, kalau sapa yg minat bidang sains, cikgu akan suruh amik subjek sains (eg Biology, Kimia, Fizik), dan kalau minat ke bidang agama, cikgu akan suruh amik (eg Al-Quran Sunnah, Bahasa arab Tinggi etc), dan kalau minat dalam bidang perakaunan cikgu akan suruh pilih bidang akaun (eg Prinsip akaun, ekonomi asas etc).

Jadi selepas itu baru akan ke SPM. SPM ni adalah titik permulaan anda untuk buktikan yang anda memilih bidang yang betul. Nasihat saya pada semua supaya belajar betul2 dalam SPM ini.
Berbalik kita pada bidang vet ni, jadi nk jadi doktor veterinar, kena lah score A dalam subjek sains, cth BIOLOGY A, KIMIA A, FIZIK A.. MMg cerah dah masa depan anda dalam menceburi bidang vet ni.. Belajar btol2 dik, jgn la 'berjimba2' , 'khayal dgn cinta' , 'honeymoon' sebab masa ini yang sangat penting untuk kerjaya adik2 pada masa hadapan.

Jadi, selepas SPM, jika result adik cemerlang.
adik2 ada 4 jalan untuk memilih jalan untuk jd Doktor Veterinar:

1. melalui STPM : okay, kalau nk masuk STP pun boleh, tp adik2 kena amik bidang sains jgk la, waktu kat stp ni adik2 kena study betul2 subjek sains, dan score . Alaaaa, belajar kat mana pun kena score jgk ye dak.. sbb org akan nilai adik2 berdasarkan keputusan adik2.. org takkan nilai adik berdasarkan bapa lama adik baca buku, sampai kul bapa adik study kan.. CUMA, kekurangan dia adalah amik masa panjang sikit al 2 tahun untuk habiskan STPM ini.

2. melalui MATRIKULASI: Okay, matrikulasi ni sebernarnya adalah jalan paling pintas utk menceburi bidang Doktor Veterinar. Maksud saya adalah, ini adalah jalan 'shortcut' utk adik2 nk masuk bidnag Doktor Veterinar ini. Tapi adik2 kena score betol2 dalam Matrikulasi ni jika berhasrat utk ceburi bidang vet ni. Mcm biasa, subjek Biology adik2 kena score A dan juga KIMIA A.

3. melalui PROGRAM ASASI : Okay, program asasi adalah salah satu jalan utk kita mnjadi Doktor Veterinar.  Program asasi ini adalah satu program yang tough/ agak sukar kerana jadual pembelajarannya yang padat. jadi kena struggle sikit. Jangan risau, belajar kat mana2 pn mmg kena struggle kan, ye lah nk jadi doktor kan, takkan la senang mcm kacang, ye dakkk? hehe

4. melalui DIPLOMA: Okay, kos Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan (DKHP) ini ditawarkan di UPM cawangan Bintulu, Sarawak. Jadi, kat sini adik2 kena belajar btol2 untuk score pointer yg bagus untuk sambung ke Ijazah Doktor Perubatan Veterinar nnt.  CUMA, kekurangan nya lambat sikit la sbb adik2 kena habeskan masa 3 tahun di sini, tp tetap ada kebaikan iaitu adik dah berjaya genggam segulung diploma, jika adik tak da rezeki nk sambung pun, atleast adik boleh mintak kerja guna diploma adik2.  dan kebaikan satu lagi, ini adalah jalan selamat, maksud saya biar lambat, asalakan selamat sampai ke cita2 yang kita tujui. 

Dan last sekali sampai la ke bidang IJAZAH PERUBATAN VETERINAR dan keluar grad nnt akan jd seorang DOKTOR VETERINAR / VETERINARIAN.  Dari 3 laluan selepas SPM itu, adik2 boleh memohon di UPU utk ambil kos ini.
Bercerita tentang kos ini, di MALAYSIA setakat ini (2016) , hanya terdapat 2 UNIVERSITI yang tawarkan IJAZAH PERUBATAN VETERINAR ini, iaitu:

1. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 
2. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Hanya dua universiti ini sahaja yang menawarkan ijazah ini. DAN TIADA UNIVERSITI SWASTA yang menawarkan ijazah ini. Itu yang menariknya. Jadi utk lain post saya akan berceritakn tentang keunikan kos ini, dan masa hadapan kos ini. Jumpa lagi, no hate, just love mmmmuuuaaahhh ( bajet neldya sensenrose kikiki. Assalamualaikum..

Yang Benar lagi Tulus, 
DR. VET ANDA