XM.COM

Tuesday 14 May 2019

Kerjaya sebagai Doktor Perubatan Veterinar (Updated 2019)

Salam Sejahtera Kpd seluruh rakyat Malaysia,

Di kesempatan ini, doc nak ucap Salam Ramadhan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua..
Disebabkan posting pertama dah terlalu lama (tahun 2016), jadi doc nak update sikit tentang posting ini, lagipun komen dah terlalu banyak sampai doc tak boleh nak reply dah kat bawah tu..

Link lama boleh layari dari sini :
https://megawealthvet.blogspot.com/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html  

Jadi, boleh baca komen2 dari link diatas ni, semoga bermanfaat kpd yg benar2 mencari maklumat tentang bidang ini.




Tujuan sebenar adalah untuk educate/ nk beri informasi tentang kerjaya Doktor Veterinar / Doktor Haiwan ni secara  santai, moga2 pelajar lepasan UPSR khususnya boleh tahu tentang kerjaya ini dari awal lagi, so adik2 boleh bersiap siaga untuk menempuh segala peperiksaan demi mencapai cita-cita yang diingini.

Jadi, Doc akan terangkan secara ringkas tentang perjalanan Doktor Veterinar ni bermula dari usia 12 tahun iaitu sejak dari bangku sekolah rendah.





 Diatas adalah carta alir yg menunjukkan perjalanan yg harus di tempuhi oleh pelajar2 yang berminat untuk menceburi bidang Doktor Veterinar ini.

First skali, tentulah kena bermula dari UPSR (Darjah 6) untuk menentukan sekolah yang bagus untuk ke tingkatan 1. Dari UPSR pun dah boleh nampak minat adik-adik nak ke bidang mana samada sains atau sastera.  Tapi UPSR ini hanya sebagai kayu pengukur di mana menentukan sekolah yang baik seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP)/ MRSM/ Sekolah Berprestasi Tinggi dan sebagainya.

 Jadi selepas itu haruslah belajar untuk score dalam PMR/PT3.  PMR/PT3 merupakan peperiksaan yang agak penting dimana menentukan hala tuju kita samada akan pergi/pilih ke bidang pengkhususan. sebagai contoh, kalau sapa yg minat bidang sains, cikgu akan suruh amik subjek sains tulen (eg Biology, Kimia, Fizik), dan kalau minat ke bidang agama, cikgu akan suruh amik (eg Al-Quran Sunnah, Bahasa arab Tinggi etc), dan kalau minat dalam bidang perakaunan cikgu akan suruh pilih bidang akaun (eg Prinsip akaun, ekonomi asas etc) sehingga lah ke peperiksaan SPM.

Jadi selepas itu baru akan ke SPM. SPM ni adalah titik permulaan anda untuk buktikan yang anda memilih bidang yang betul. Nasihat doc pada semua supaya belajar betul2 dalam SPM ini.
Berbalik kita pada bidang vet ni, jadi nk jadi doktor veterinar, kena lah score A dalam subjek sains, cth BIOLOGY A, KIMIA A, FIZIK A.. Mmg cerah dah masa depan anda dalam menceburi bidang vet ni.. Belajar btol2 dik, jgn la 'berjimba2' , 'khayal dgn cinta' , 'honeymoon' sebab masa ini yang sangat penting untuk kerjaya adik2 pada masa hadapan.


Jadi, selepas SPM, jika result adik cemerlang.
adik2 ada 4 jalan untuk memilih jalan untuk jd Doktor Veterinar:
  (CUBA REFER KEPADA GAMBAR RAJAH DIATAS)


1. melalui STPM : okay, kalau nk masuk STP pun boleh, tp adik2 kena amik bidang sains tulen jgk la, waktu kat stp ni adik2 kena study betul2 subjek sains, dan score . Alaaaa, belajar kat mana pun kena score jgk ye dak.. sbb org akan nilai adik2 berdasarkan keputusan adik2.. org takkan nilai adik berdasarkan bapa lama adik baca buku, sampai kul bapa adik study kan.. CUMA, kekurangan dia adalah amik masa panjang sikit dlm 2 tahun untuk habiskan STPM ini.

2. melalui MATRIKULASI: Okay, matrikulasi ni sebernarnya adalah jalan paling pintas utk menceburi bidang Doktor Veterinar. Maksud saya adalah, ini adalah jalan 'shortcut' utk adik2 nk masuk bidang Doktor Veterinar ini. Tapi adik2 kena score betol2 dalam Matrikulasi ni jika berhasrat utk ceburi bidang vet ni. Mcm biasa, subjek Biology adik2 kena score A dan juga KIMIA A. Pointer yang paling bagus untuk apply Vet nnt adalah 3.80 keatas.. Sbb persaingan sangat tinggi.

3. melalui PROGRAM ASASI : Okay, program asasi adalah salah satu jalan utk kita mnjadi Doktor Veterinar.  Program asasi ini adalah satu program yang tough/ agak sukar kerana jadual pembelajarannya yang padat. jadi kena struggle sikit. Jangan risau, belajar kat mana2 pn mmg kena struggle kan, ye lah nk jadi doktor kan, takkan la senang mcm kacang, ye dakkk? hehe

4. melalui DIPLOMA: Okay, kos Diploma Kesihatan Haiwan & Penternakan (DKHP) ini ditawarkan di UPM cawangan Bintulu, Sarawak. Jadi, kat sini adik2 kena belajar btol2 untuk score pointer yg bagus untuk sambung ke Ijazah Doktor Perubatan Veterinar nnt.  CUMA, kekurangan nya lambat sikit la sbb adik2 kena habeskan masa 3 tahun di sini, tp tetap ada kebaikan iaitu adik dah berjaya genggam segulung diploma, jika adik tak da rezeki nk sambung pun, atleast adik boleh mintak kerja guna diploma adik2.  dan kebaikan satu lagi, ini adalah jalan selamat, maksud saya biar lambat, asalakan selamat sampai ke cita2 yang kita tujui. 

Dan last sekali sampai la ke bidang IJAZAH PERUBATAN VETERINAR dan keluar grad nnt akan jd seorang DOKTOR VETERINAR / VETERINARIAN.  Dari 3 laluan selepas SPM itu, adik2 boleh memohon di UPU utk ambil kos ini.
Bercerita tentang kos ini, di MALAYSIA setakat ini (2016) , hanya terdapat 2 UNIVERSITI yang tawarkan IJAZAH PERUBATAN VETERINAR ini, iaitu:

1. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) 
2. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Hanya dua universiti ini sahaja yang menawarkan ijazah ini. DAN TIADA UNIVERSITI SWASTA yang menawarkan ijazah ini. Itu yang menariknya. Jadi utk lain post saya akan berceritakn tentang keunikan kos ini, dan masa hadapan kos ini.  Assalamualaikum..


Yang Benar lagi Tulus, 
DR. MACHO (2019)

No comments:

Post a Comment