XM.COM

Tuesday, 9 August 2016

SEMAK KEPUTUSAN UPU 2016/2017 ONLINE

Salam Sejahtera Semua..!

Dah lama doc tak update blog ni almaklumlah, bizi dgn kehadiran cahaya mata sulung ni..

Apa yg doc baru dpt tahu adalah keputusan UPU dan keluar smlm 8 OGOS 2016..

Apa yg doc boleh kata adalah TAHNIAH kepada yg ditawarkan kos DOKTOR PERUBATAN VETERINAR ini, semoga adik2 membuat pilihan yang tepat dalam memilih utk menceburi bidang ini..

SEMAK KEPUTUSAN UPU DI SINI..  [ KLIK SINI ]


Lepas dapat result smlm, email doc di hujani pelbagai soalan dan ruangan komen dalam blog doc dibasahi soalan juga..

Pelbagai jenis soalan ada..

Ada yg dapat kos Doktor Veterinar ini, 

Ada yang tak dapat kos ini,

Ada yang dapat tapi masih ragu2 nk pergi ke tak, 

Ada yang tak dapat, tetapi bersedih dan duka sbb tak dapat kos ini,

PELBAGAI REAKSI menunjukkan kesungguhan adik2 dalam pelajaran..

BAGUS!

Usah jd pelajar yang tahu main POKEMON GO sahaja..

Okay.. 

Doc, akan terbitkan satu penulisan tentang kos ini lagi..

tetapi buat masa skrg ni, doc ada misi yg penting untuk dibuat, jadi doc terpaksa dahulukan perkara lebih mustahak dahulu ya..

APA2 pun TAHNIAH!

Friday, 22 July 2016

My baby choice, MAMYPOKO! Great deal by Lazada Big Baby Fair

Welcome back my beloved reader and blogger!

Today is my lucky day. You know why? =)

Before that, thanks to LAZADA for this review in conjunction with Lazada Baby Fair! 



Yes, because I got my MAMYPOKO Air Fit Tape Diapers which became the No. 1 diaper of Mother's choice in Japan.

AMAZING!
NEW from Japan! This MamyPoko Air Fit Tape Diaper with Curve Fit diaper softly fits a baby's bottom following the contour of your baby’s bottom while recovering up to 50% pressure around baby's tummy. 

So your precious one can stay comfortable overnight!



My beloved one can stay comfortable with this MamyPoko Air Fit Tape Diapers which are designed to follow the contour of your baby’s bottom so your precious one can stay peaceful and joyful.



As your baby’s skin is 50% thinner and more sensitive than yours, pressure from overly tight diapers can cause rashes easily. That’s why MamyPoko Air Fit tape diapers wrap around your baby’s tummy gently to reduce pressure around it and prevent rashes.



80%* of leaks is due to gaps formed between the diaper and the baby’s skin. MamyPoko Air Fit Tape diapers fit snugly to prevent leakages without restricting your baby’s movement.

*:Percentage of respondents who indicated gaps as a cause of leakage based on a research done by Unicharm.




Absorbency that lasts up to 12 hours to keep your baby feeling dry and comfortable throughout the day.
 You also can easily detect whether the baby was already urinating or not which by looking at the line in between the legs (in middle) which are yellow in colour before the diapers is used and will turn in green colour after the diapers was full of urine. Easy and accurate indicator!




MamyPoko Air Fit Tape Diapers with Contoured Comfort Waistline protects baby’s sensitive unhealed navel to help speed up its healing process.

This is my very first time to be selected as review product for some brands. I would like to thanks a lots especially to LAZADA and MAMYPOKO as both sponsor me to review this diapers product which are very good and awesome product! Seriously!

Perhaps, a lots more will come after this and I'm very glad to see the offer from lazada again in future.

So, this review also was conducted in conjunction with 
"Lazada Big Baby Fair will be live from 27 to 31 July 2016. Don't miss all the great deals". 



Do not forget to join this event! 

This is LAZADA voucher code (20LAP20) for new customers
(20% OFF).



Wednesday, 20 July 2016

Cukup 44 hari berpantang

Salam 15 Syawal 1437 Hijrah..

Tanggal ini merupakan hari pertama selepas menjalani tempoh pantang untuk anak sulung..

Fuhhhhh, berpantang la sgt kan.. hehe
Tapi kalau org "dahulu', kalau sebut pantang je, mmg 44 hari tu terperap kat dlm bilik.. almaklumlah parent masa2 tu sangat menitik beratkan hal penjagaan selepas bersalin ni..

Tapi dunia serba moden skrg ni, tak dapat nk follow semua kan.. Tambah2 berpantang waktu raya Aidilfitri, nak tak nak mesti kena pulang ke kampung jugak kan..

So skrg anak sulung Dr dah umur 45 hari..
Dr nk belanja gambar anak boleh? hehe

Ni lah Ariff Rizqi saya..

Skrg baby hanya pandai senyum je.. So kena main balas2 senyuman pun jadi lah kan..

Tggu besar sikit boleh la nak main lambung2 sampai ke syiling rumah tu.. hahaha

Nah sekeping lagi, mungkin tak cukup kan bagi yang menanti Dr punya update.. Maaf la sbb terlalu sibuk dengan hal2 duniawi ni sampai terlupa nk update kekeke..

Alahai, kalau la tak botak chin ni, mesti nmpak mcm chubby.. ermmm.. yeke?

Orait, Dr ada kerja nk buat nih, lagi pun dah nak packing2 barang nk balik ke rumah sbb baby Ariff tgh tggu Daddy dia balik.. 

Semoga ceria selalu para blogger!

Sunday, 12 June 2016

Pemilihan nama anak Dr Macho

"Muhammad rezeki kurniaan Allah yang bijaksana"

ini adalah maksud nama anak Dr.

iaitu

MUHAMMAD ARIFF RIZQI

Syukur, dengan senang hatinya harini Dr melangkah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Butterworth seorang diri berbekalkan banyak nama yg bermain difikiran ini, 

dan harini Alhamdulillah Dr sempat gi daftar nama utk anak sulung 

pada 13 Jun 2016.

Dah lewat 8 hari dah sebenarnya sbb baby lahir pada 5 Jun lepas.

Tapi tak mengapa sebab proses pendaftaran diberi masa selama 14 hari. selepas itu baru dikenakan denda sebanyak RM5.

Semoga anak ini menjadi rezeki yang tak ternilai pada family kecilku ini.

dan semoga bertambah cahaya keceriaan di dalam rumah Dr lepas ni..

Nak bahasakan diri sebagai ape ye.. ermmmm..

Si mummy ni bkn boleh, pantang tgk baby tak sihat je, mula la nk menangis.. Sayang gamaknye.. hahaha.. 

Ye lakan, sape tak sayang anak kan..

Syukur sekali lagi sbb semalam baby dah boleh keluar dari Hospital sbb masalah kuning yang telah naik sampai bacaan 300.. mata pun dah jd kuning dh hoho..

Tuesday, 7 June 2016

Pengalaman sambut anak sulung di Dewan Bersalin

Syukur ke hadrat Illahi,
Dengan limpah kurniaNya, dpt Dr menulis blog ini walaupun sedikit lewat dari tarikh asal baby di lahirkan.

Harini baby dah masuk 3 hari bersama dgn Daddy dan mummy dia. (8/6/2016)

Dr nk kongsikan pengalaman Dr semasa bersama menemani isteri dalam Dewan Bersalin.


30/5/2016 - Due Date 
.
.
.
(extend 6 hari )
.
.
5/6/2016 (10.00am)

So, pada pukul 8pagi Dr bersama wife dan Mak mertua bersiap2 nk gi Hospital sebab tarikh utk induce dah sampai. Thats mean Dr akan masukkan ubat utk paksa baby keluar secara tenang dan damai.

Jadi, sebelum ke Hospital, elok la bersarapan dahulu sbb tenaga mmg sgt perlu utk si Ibu nk bertarung tenaga melahirkan baby. Jadi, Dr belanja lah si ibu mkn roti canai dlu di Kulim.

Dlm pukul 10pagi cmtu, sampai la Dr di Hospital Kulim.

Tak ckp byk, terus direct ke wad persediaan sebelum bersalin iaitu wad 9. So si ibu kena la tukar baju pink menandakan baju utk para ibu yg akan melahirkan baby. Sambil tu Dr kena turun ke Kaunter pendaftaran utk daftar masuk si ibu ke wad 9.

Dr ada selfie dlu dgn si Ibu, tapi gambar tu mcm tak sesuai je nk letak sini hehe..
So, Dr (Medical Doc) dtg check dan periksa keadaan si ibu utk si ibu ready nk deliver baby or not.
So time tu si husband kena la tggu di luar.

Tggu punya tggu, pukul 2ptg Dr kata baru buka 3cm,
jadi proses menunggu makan masa lama lagi ler.
Tggu sampai pukul 5ptg dah buka 7cm.

Dan start dari 7cm tu, Dr dah tak senang duduk dah, hanya menunggu nurse2 utk panggil Dr masuk nk sambut baby. 
So, start la detik memeritkan.. Menunggu punya tggu sejam demi sejam berlalu,
Takkan Dr nk lari2 pi mkn pulak sedangkan isteri kat dalam labour room tgh bertarung nyawa,
Jadi Dr tabahkan diri utk menahan lapar dari pagi utk tggu nurse pggl. 

Sampai la masanya lebih kurang pukul 7.20pm mcmtu,
''Suami rehana shaari, sila masuk"...
Fuhhhhhhhh, serammmmmmmmmmmmmm..

Dgn langkah seribunya, terus melangkah pergi, 
Sambil selawat, dan memandang ke kiri si Isteri sedang bertarung nyawa seorang diri di atas katil, dengan berbekalkan kekuatan yg ada, Dr ampu badan dan bahu si isteri serta kepala, dan tidak putus2 memberi kata2 semangat kepadanya. 

Kesiannnnnnnn.. 8 9 kali push masih tak boleh keluarkan kepala baby..
Dr tgk isteri Dr dah lembik dah... Jemmmmmmmm..

Jd Nurse kat situ decide nk gantung kaki utk memudahkan lagi proses kelahiran.
Tiba2 magic si isteri ni pushhhh dan keluar kepala baby, jd baby stuck on the neck, so time tu kira agak kelam kabut jgk la suasana kat situ, Dr pun tak henti2 bg semngat kat wife dan akhirnyaaaaaaa.. She managed to do it. 

Boooommmmm.. Baby selamat mendarat di atas katil Labour room.. Dlm 4 5 saat baby nangis sendiri, syukur..
Ya, Allah.. tak dpt nk gambarkan perasaan time tu...
Subhanallah.. Mmg keluar jgk la air mata menandakan tangisan kegembiraan buat si Daddy .
Nurse td suruh azankan baby di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri..
Syukur, Dr selamat azankan walaupun tak bapa kuat sbb suara sebak masih menyelubungi hahahaha

Keluar la Dr dari labour room sambil mengesat airmata.. Maka hilanglah macho bila nangis depan nurse2 hahahaha..

So, baby selamat dilahirkan secara normal dgn berat 3.54kg pada pukul 7.28pm
Time tu dah betul2 masuk waktu solat fardu Maghrib, maka dah masuk la tepat 1 Ramadhan mengikut kalendar Islam.. 
Aminnnnnn, baby ramadhan rupanya..


Keluarlah Dr dari labour room pada pukul 7.28pm tu, dan nurse ckp dlm pukul 9pm lebih tu baru baby dan si Ibu boleh keluar selepas cuci dan jahit luka.

So, dengan tabahnya menunggu seorang diri selepas kedua2 family berangkat pulang selepas menerima berita gembira menimang cucu baru.. Chiaaaaaaaaa..


Tunggu

punya

tunggu,

sampai la pukul 10pm lebih baru la si ibu dan baby keluar dari labour room dan terus ke wad 10 utk para ibu yg sudah bersalin.

Syukur, semuanya selamat.. ameeennn..
Sempat la Dr snap 2 3 gambar lepas hantar si ibu dan baby masuk ke wad..
Rasa hilang semua letih menunggu lepas tgk baby ada iras remy ishak XD..

So, Disebabkan Dr tak boleh temankan wife, jadi Dr pulang ke rumah parents dgn perasaan gembira dan hati tak senang duduk sbb rindu nk tgk baby..



Alhamdulillah, baby hero daddy sihat sempurna..syukur..

Jadi, bermulalah satu eksperimen utk membesarkan seorang superhero!

5/6/2016

Wednesday, 1 June 2016

6 Perkara PENTING menyambut kelahiran bayi dalam Islam

Salam sejahtera semua,

Hari ni 1 Jun 2016, 

Memandangkan 2 hari lepas iaitu 30 Mei 2016, adalah tarikh last (due date) utk wife Dr lahirkan anak sulung tapi baby still gembira berada dalam rahim si ibu.

So, kena gi klinik kesihatan utk scan guna ultrasound lagi nk tgk baby sihat ke tak, Then Doc bg chance lagi 7 hari utk baby keluar secara normal, jika tidak si ibu kena induce the ubat Prostaglandin for uterine contraction nk keluarkan baby secara paksa.

So, dalam menanti baby keluar ni, better Dr siapkan diri utk tahu apa amalan yg baik / sunat yg kita sebagai muslim boleh lakukan sebelum menerima cahaya mata baru.
Dr harap semua info ini bermanfaat utk semua. Terima kasih kerana membaca..

6 Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

1. AZAN DAN IQAMAT

Sejurus selepas kelahiran anak, si bapa atau walinya disunatkan untuk memperdengarkan bacaan azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anak. 

Ini berdasarkan sepotong hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi menyatakan yang nabi berbuat demikian ketika kelahiran al-Hasan bin Ali.


2. TAHNIK ANAK

Tahnik digalakkan selepas anak itu dilahirkan. Caranya ialah dengan mengunyah tamar, lalu diletakkan tamar yang sudah lumat dikunyah itu ke hujung jari, dimasukkan perlahan-lahan ke mulut anak, dan diratai tamar tadi ke seluruh bahagian dalam mulut anak tadi terutamanya di lelangit. Ketika ketiadaan tamar, bolehlah digantikan dengan apa jua makanan lembut yang manis.


Hikmahnya ialah untuk menguatkan urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu. Digalakkan tahnik itu dilakukan oleh orang yang soleh supaya berlaku aliran barakah. Pengulangan tahnik oleh beberapa orang di masa yang berbeza juga tidak menjadi halangan.

3. MENCUKUR RAMBUT BAYI

Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian ditimbang rambut tersebut dan disedekahkan nilai beratnya berbanding perak kepada faqir miskin. Ada dua hikmah galakan mencukur rambut bayi. Pertamanya, untuk menguatkan kepala si anak, dengan cara membuat lubang rambutnya dan sekaligus mengukuhkan panca indera berhampiran. Keduanya, ialah hikmah sosial iaitu bersedekah dan saling bantu-membantu kepada yang memerlukan.


Satu perkara yang perlu diberi perhatian ketika menggunting rambut anak ialah larangan qaza’. Qaza’ bermaksud mencukur atau memendekkan sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain panjang. Contoh qaza’ ialah rambut punk. 

4. MEMBERIKAN NAMA ANAK

Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. 

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya. Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq. 

5. AQIQAH

Majoriti ulamak termasuk mazhab Shafie menggalakkannya (sunat). Majoriti ulamak menyatakan untuk anak lelaki, dua ekor kambing, sementara anak perempuan seekor kambing. 


Masa untuk aqiqah disunatkan pada hari ketujuh. Akan tetapi boleh dilanjutkan sehingga mampu. Sunat hukumnya aqiqah ini tertakluk kepada kemampuan. Sekiranya kemampuan itu sampai ketika usia dewasa, maka pahala galakan aqiqah akan tetap diperolehi.

6. KHITAN / SUNAT

Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf. Berkhitan mempunya hikmah yang pelbagai, antaranya ialah sebagai tanda keseriusan Islam terhadap kesucian anak.


Semoga artikel ini bermanfaat buat semua. 
Dr rasa tak sabar la pulak nk cukur rambut baby ni, selalu dok shave bulu kucing je kat klinik.. hahaha 

Tuesday, 24 May 2016

USAHA kunci kejayaan selepas SPM - Kisah hidup

Smlm Dr dapat komen dari adik ni, 
dier tanya apa pengalaman dalam perjalanan Dr dari SPM sampai skrg..

Utk adik yg bertanya tu, terima kasih,

So, jika nk diceritakan tentang perjalanan Dr dalam mengharungi cabaran hingga menjadi seorang Doktor Veterinar ini, jawapannya satu saja, berusaha..

Maksud berusaha ni luas, bkn sekadar berusaha dalam pelajaran sahaja, malah banyak lagi perkara yg perlu kita usaha.


SPM dlu, Dr ni biasa2 je.. Tak da la nk kata scorer sgt sampai dpt 21A+++ plus plus plus, tp Dr ni membawa bekalan SPM utk ke bidang yg lebih tggi dgn sedap mata memandang je (tgk result).. 

So, lepas SPM Dr hanya apply 2 benda sahaja iaitu Matrikulasi dan Program Diploma..

Nk dijadikan cerita, 2 permohonan tu berjaya, 
Dr dapat tawaran utk ke Matrikulasi selama setahun dlm bidang Sains Fizikal,
dan Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan (DKHP) Bintulu, Sarawak.

Jadi dalam 2 pilihan ni, ada pro dan kont utk setiap program.
Kalau pilih Matrikulasi, mmg cepat hanya setahu, tapi agak tough dan susah..
Kalau pilih Diploma, mmg lambat sbb 3 tahun dan takda la tough sgt (ye la tu).. Tp bila fikir balik kalau 3 tahun ni tak dpt result elok, mmg tak dpt nk apply Vet nnt..

So, setelah berbincang dgn keluarga dan kwn2, Dr dapat ilham dengan memilih utk choose Program Matrikulasi sebagai pilihan seterusnya.

Yes, langkah kaki awal di Matrik mmg agak gugup sbb yg dtg sini suma bawk result gempak2, straight A pun ramai.. huuuu.. Dr yg tak berapa cukup A ni buat cool dgn peace je kih3..
Berjalan masuk utk daftar kat Matrikulasi Penang ni agak menyeramkan..


So bermula la sesi 0-0 (kosong kosong) dalm matrik ni.. pengetua matrik ckp sapa yg dtg sini utk nk bangga2 dgn result SPM sila la letak kat luar pagar Matrik..
Hakikatnya mmg betul setelah hari akhir jejak kaki keluar Matrik, sbb apa? 
Sbb ada yg dtg matrik bawak result 9A, tapi keluar matrik hanya bawak pointer below <3.00
Ada yg bawak result 4A, tapi bawak result keluar matrik dgn above >3.90

Semua ni bergantung pada usaha mcm Dr cakap awal2.. result Spm bkn penentu segalanya lagi.. 
So, kalau ada ruangan masa Dr akan cerita pengalaman Dr selama 5 tahun pulak di dalam Ijazah Perubatan Veterinar ini.. hehe.. Peace!

Wednesday, 18 May 2016

Tips ke Thailand : THAI'S TRAVELLER

Tips Nak Pergi Ke Thailand... !!! Tips berjalan jalan di Hatyai DAN Golok  secara ekonomi dan mewah serta lain lain panduan

(Kalau tgk peta ni, Hatyai berada di Selatan Thailand sahaja, dari Bkt Kayu Hitam dalam sejam sampai dah)  

HATYAI

1. Tempah hotel melalui agoda

2. Makan di pasar borong... nasi tambah free.. sambal free. Ulam free...

3. Jangan masuk ke pasaraya besar tapi berbelanjalah di micro berdepan pasar raya besar tu ( lupa dah nama dia )

4. Ambil tut tut dan sewa selama 1 hari.... boleh jalan jalan sampai ke pantai samila... taman gajah. Floating boat selama 12 jam trip dengan hanya Rm 60.  Lebih murah berbanding 1 destinasi lain lain tut tut.
 
5. Jangan cari pasal menonton tarian kabaret. Anda pasti akan menyesal seumur hidup... bayaran masuk sekepala Rm 60... persembahan tahap orkestra.. tapi semua pondan.. dah habis teater kat luar kena pow lagi.

6. Jika ke kedai emas jangan mengaku anda Malaysian. Tapi mengakulah Indonesian. Anda akan di layan seperti saudara. Jika anda mengaku sebagai Malaysian anda akan di layan umpama pengemis.

7. Jangan makan durian dan pulut di gerai lorong lorong... 3 org makan utk 1 biji durian sahaja belanjanya rm 150. Makanlah udang fresh sampai gout. Anda akan senyum sambil membayarnya.

8. Jangan sesekali cuba tackle awek siam pejalan kaki .walau muda khuatir bini org.. kalau ngurat awek dalam kedai takpa.. kalau tokeynya ialah suami. Ia tidak di pedulikan memandangkan isterinya di jadikan daya tarikan kedai. Tapi jangan melampau...

9. Bagi isteri2. Jangan tinggalkan suami anda berseorangan atau berkumpulan semua lelaki. Khuatir di culik ikan dalam akuarium secara diam... 30 minit.. everything can happen.

10. Jika di hatyai. Tanyakan tut tut shooting club...

* glock . Baretta rm 100 1 barrel
* m16. Revolver rm 120 1 barrel...

Kalau shoot bagus. 1 barrel free ....itupun kalau nak belajar menembak.

11. Jangan makan KFC thai..non halal

12. Polis thai suka berbual.. mulakan perbualan anda dengan senyuman.. esok dia akan jadi bodyguard dan pemandu pelancong anda dengan bayaran rm 6o sehari..

_______________________                                                                                                            



GOLOK

1. Jika mahu thai massage sila gunakan ahli dari hotel bukan dari luar.. atau anda kena sapu... apa kena sapu wallahualam bhahaha
 
2. Hotel terbaik untuk keluarga dan keselamatan terjaga ialah Genting Hotel... Marina juga bagus tapi black area dengan pelacur..

 
3. Jangan terpedaya dengan call girl... 1 hari rm 200... boleh buat semua kerja walau pun menjadi PA sementara... tapi awas.. kebanyakan dari Laos pandai jampi... balik dok ingat ke dia sat g...

4. Ada 3 tempat makan sedap.... 1 berhampiran rail keretapi berhampiran pasar..buka waktu petang sampai malam...2 berdepan marina hotel.....3 berhampiran hotel VIP tapi agak mahal.

5. Jauhkan diri dari bell boy... permulaan kepada kejahatan di sana

6. Bawa kenderaan tidak laju tidak perlahan.. berhati hati dengan penunggang motorsikal yang careless

7. Jika membeli apa apa dan di tanyakan bila akan pulang malaysia. Jangan jujur... sure anda akan di perangkap.

8. Bagi bujangan.. nak mencari bakal isteri.. pergilah ke kg sungai padi dan kg bukit. Anak dara lawa macam bunian... kain batik atas kepala... 

9. Berhati hati dengan komando polis thailand. Untuk mengecam mereka.. pakaian mereka polis biasa tapi memakai barrel merah atau kain leher merah... komando polis thailand di ambil berdasarkan " kepala gila" dan bukan dari kelulusan. Kebanyakan dari mereka boleh di katakan ada penyakit mental. Mereka ada lesen membunuh.. jangan sesekali di hadapan mereka berlagak ingin ambil sesuatu di dalam jaket sambil memandang mereka. 100% anda akan terus di tembak tanpa amaran.

10. Jangan membawa walkie talkie.. jika polis biasa mereka akan merampas. Jika askar anda akan di tanya. Jika komando polis anda akan terus di tembak. Walkie talkie di anggap bahaya di sana memandangkan ia mampu menghidupkan bom

11. Jangan lokek utk senyum dan mengucapkan  " sawadikap " atau paling malas "kap" kepada askar dan polis yang melakukan roadblock. Ketika melalui road block di waktu malam buka lampu dalam kenderaan bagi memudahkan mereka melihat anda atau anda akan di tahan dan semua bahagian kenderaan anda akan di selak..

Istilah popular di kawasan Golok..

" chop chop / paseport"
PASSPORT

"CHAILO"
JALAN

Ketika di tahan..  cuba utk ketawa dan jangan serius....

Jika anda ke sana. Dan melalui roadblock askar siam.. anda akan perasan ada 1 mamat muka sebiji macam Adi Putra... dan dia lucu orgnya...

Askar lebih friendly dari polis dan polis lebih friendly dari polis komando.


_______________________                                                                                                            

NARATHIWAT

Bandar yang boleh kita gelar serambi Madinah... islamik... mempunyai masjid berusia lebih 500 tahun dan 300 tahun berhampiran menara jam..

Lapisan jalan di bandar cuma 3 lapis dari 2 lapisan jalan utama serta lebih 6 lorong kecil

Jangan lupa singgah ke masjid 3 tingkat yang di bina oleh raja siam utk umat islam di sana.

 

1. Melawat pantai nara beach... nak makan apa . Semua ada. Murah dan sedap... jangan terkejut awek cun pegang iphone terbaru.. sana ramai keluarga kaya.

2. Bagi peniaga cincin. Ia syurga cincin...tapi bukan permata.... cincin ready made rm 20 hga rm 30 perak.. sementara di Kelantan semacam itu sudah rm 60... batu better beli di kelantan...

3. Menginap di Imperial hotel.. dengar mcm gempak kan... ya memang gempak... karpet pejalan kaki tebalnya 4 inci... biliknya alhamdulillah rm 80 saja semalaman. Tinggal 7 hari . Cuma bayar utk 4 hari...

Kawasan muslim 98% .. perlaksanaan muslim. Perniagaan muslim dan mengikut syariat. Harga barang murah. Benda makan murah... salah 1 lokasi memborong sabun collagen sekotak rm 1.50... balik jual sabun tu rm 10 sekotak di pasar malam. Macam macam pilihan...

_______________________                                                                                                            

YALA

Lokasi membeli tudung . Baju kurung kebaya terbaru. Murah dan berkualiti. Tokey besarnya org pakistan.... pakistan jugakkkkk..
 
Lokasi ramai rakyat malaysia berbini 2, 3 dan 4... kawasan ini di penuhi gadis  gadis hidung mancung ala arab.. boleh nganga dibuatnya.

1. Jangan mengurat anak dara org kot kena tahan tengah jalan

2. Jangan tukar spare part kenderaan di sana memang kena sembelih.

3. Ada 2 jalan utama bandar dari 2 jalan utama persimpangan penghubung bandar serta lebih dari 8 lorong kecil.

4. Daerah sukan dan kedamaian... ramai malaysian buat salah kat malaysia lari ke sana...

_______________________                                                                                                            

PATTANI

Kawasan perniagaan dan pesat dengan kedai setingkat. Kebanyakan melayu kaya raya.

Ada industri pembuatan garam .
(Pattani Capital Mosque)

Syurga batu permata dan cincin

1. 1 for all

Mulut jangan celupar...

2. Gang polo masih banyak dan aktif di sini.

3. Jangan pergi ke kawasan maksiat atau bukan islam khuatir menjadi tragedi mangsa bom

4. Mudah berkira... ramai pandai cakap key ell beb..

_______________________                                                                                                            

PHUKET

Selain melancong...

1. Ada kilang batu permata dan menjual secara borong dan runcit..

2. Law sama dengan hatyai

_______________________                                                                                                            

NAKHON SAWAN

Bagi peminat batu permata  memang boleh naik sawan di buatnya... delima high grade sebiji di Malaysia beribu ribu.. hanya rm 10 secarat...modal 1 biji delima high grade ialah rm 40 hga rm 50..
 
Jangan membeli di plaza besar ..memang kena kerat.

Tak banyak pengalaman di sana.

_______________________                                                                                                            

SATUN

Sebuah daerah utk org yang kena buang daerah... lanun. Perompak. Penjahat. Pembunuh...
 
Semua di Satun. Org utara panggil setoi...

Namun x semua org Satun ialah org kena buang daerah.. cuma 70% darinya sahaja

Daerah yang kaya dengan hasil laut dan murah...

Jalan utama hanya 1 dan di kelilingi jalan bandar sebanyak 3 dan mempunyai sekitar 11 lorong kecil...

Tidak sesuai untuk melancong. Beriadah... namun untuk membeli aset.. insyallah berbaloi...

Rumah banglo semi D 2 tingkat cuma sekitar RM 50000 sahaja di kawasan bandar.

Tok pernah pergi ke sana semasa zaman bujang memandangkan ia bersebelahan negeri Perlis... ada saudara di sana.. bukan sikit sikit saudara...


_______________________                                                                                                            


TINDAKAN JIKA ANDA DI BULI DI TIPU DI THAILAND

Buat laporan polis dan jika tidak di endahkan.. naik tut tut dan pergilah ke Thaksin Palace. Tindakan penutupan atau penangkapan kepada penipu atau pekedai akan di jalankan pada hari itu juga.

Balai polis terlibat akan di berikan notis pindah tempat kerja (repost) ke daerah lain dalam masa 12 jam . Seperti pernah terjadi dahulu... repost polis sg golok 12 jam ke Satun . Dan balai polis Satun ke sg golok arahan dari putera Raja siam. Selepas kes tu lah. Org siam ni ada respek sikit kpd pelancong.

12. Tiada speed trap. Tol. Polis trafik. Bawak lah selaju mana pun... tapi hati hati dengan kayu perentang jalan .. ada amaran sebelumnya.

13. Bab duit. Dengan org siam... terutama siam islam... better berhati hati.. banyak tawaran dari mereka......semua bohong belaka.

14. Harga nyawa manusia di sini ialah RM 400 sahaja.. selalu Malaysian tak puas hati dgn Malaysia upah sana.. buat sana.. jaga sikit.. bahaya, Nk bagi peringatan je bkn nk suruh buat benda jahat.. Dosa Besar huuu..

_______________________                                                                                                            


Tapi kalau nak merasa sejuk bulan 12. Pergilah Chiang mai... hati hati khuatir tak balik dah. Kebanyakan gadis sana bermata bulat berhidung kecil bibir kecil dan bertubuh genik.... tu kena awassss


 

FAQ: Tips untuk interview Ijazah Doktor Veterinar

FAQ (Frequent Asked Question) oleh adik2 di ruangan komen post Dr.

Jadi, pagi ni Dr rasa free sikit nak share tips2 untuk pergi ke interview especially bidang veterinar ini.

Tips ni boleh jgk pakai kalau nk interview apply kerja, cuma Dr sharekan ni adalah tips khususnya utk adik2 yg nak dapat tawaran utk Ijazah Perubatan Veterinar.

Disebabkan ramai adik2 yg bertanya tips utk gi interview, Dr nk share sikit pengalaman dan tips, 
Yang berguna ambil jadikan bekalan nk hadap muka penemuduga dengan senyuman, yg tak berapa nk berguna boleh cover bg jadi elok hehehe..



Okay tips ehhh.. 

Mostly kalau nk start interview, pastikan masuk pintu bilik tu bg salam dahulu kepada yg muslim, kalau yg non-muslim boleh ucap 'Salam Sejahtera" , tiada masalah.

Dan bila duduk tu, bagi posture badan tu sopan dan straight (dok kat kerusi rumah cuba berlatih).. So bila badan dah straight baru la nampak badan tu steady dan ready utk nk berhadapan dgn penemuduga.. PASTIKAN MUKA SENYUM manis.

Kalau selalunya utk interview ni, 
first sekali mereka akan bagi markah mengikut penampilan dan perwatakan kita. Mereka dah ada checklist utk bagi markah, cthnya, pemakaian (30%), Minat (20%) , Cara jawab soalan (20%), confident (10%), pengetahuan am (20%) dll.. Dr bagi contoh je ni..

First sekali kompem penemuduga akan bertanya tentang diri anda, (tell me about yourself).. So dari situ sebenarnya diorg nk tgk gaya anda minat anda, so kalau boleh try tarik mereka secara halus.. Dr bg Cth: Nama saya ......, Saya berasal dari ..... Saya sangat minat tentang subjek biology semasa di sek menengah dan matrikulasi/asasi sbb... Saya mmg bercita2 dari kecik utk jadi... saya ada bela.... Dr bagi contoh je ni.. hehe 

Dan diorg SELALUNYA akan tanya, kenapa pilih kos Perubatan Veterinar ni,  Haaaaaa, kat sini la diorg nk tgk minat dan kesungguhan adik dalam bidang ni,.. Kat sini la adik kena mula ''GORENG'' Maksudnya start bercerita mcm mana timbul idea/ timbul minat.. Cerita apa saja yg menarik minat anda.. CTH DR BG (jgn tiru plak hahaha) : Saya ada memiliki seekor kucing Parsi yang cantik, Suatu hari Kucing saya sakit dan beberapa hari saja mati.. Saya sedih sbb saya syg sgt kucing tu, jadi saya bercita2 suatu hari saya nk jd Doktor Haiwan, jadi saya dapat rawat kucing saya sndiri.. CTH je Dr kasi ni.. jgn tiru pulak, kang sama je nnt ceritanya hahaha.. 


Then, dari segi pemakaian tu, penampilan ni seeloknya pakai baju yg formal, sopan dan kemas, seeloknya baju kurung pun dah okay. sbb kat situ pn ada markah dah tu.. Nmpak mcm simple tapi penting tu.. Kalau laki pakai baju kemeja la dan kasut hitam kalau boleh dan jgn sesekali pakai seluar jean, biar la nmpak skema sikit pun.. skema utk hari tu je, ada markah semua tu.. kalau nk kemas lagi pakai la tali leher dgn baju kemeja, baru nmpak mcm Aaron Aziz.. kekeke..  Kalau nk makeup lagi bagus hahaha (gurau)..

Okay so dari segi perwatakan pulak, kita kena tunjuk minat yg sgt mendalam terhadap haiwan ni, Minat ni penting, sbb penemuduga akan blacklist/reject kalau calon yg takda minat dalam bidang ni.. Sbb kalau takda minat nnt susah nk hadapi kos yg mencabar ni..
So selepas minat, pastikan menjawab setiap soalan yg ditanya. mcm time exam la, jawab soalan yg ditanya, jgn dok melalut ke lain, takda markah pn kalau melalut.. hehe.. Penting tu.. setiap soalan yg kita jawab tu pun kita kena yakin. Selalunya diorg akan duga soalan2 yg pelik2 dan susah, saja diorg nk test samada kita ni mcm mana.. CTH soalan kn cmni, 
Okay adik, adik tak geli ke nnt kena tido dalam bangsal lembu?
Adik tahan tak kalau kena pergi ladang sampai malam?
Adik geli tak kalau kena pegang babi utk rawatan? 
Dan mcm2 soalan lagi yg spontan keluar dari mulut penemuduga, so sentiasa bersedia.. hehe

Haaaaaa, soalan lebih kurang cmtu la.. mungkin ada yg lebih mencabar, so be prepare.. Kalau bagi Dr, duga la soalan susah cmna pun, jawapan yg utama Dr akan jawab dlu adalah YA, saya boleh.. Biar la kadang2 alasan tu tak masuk akal pun hahaha.. 

PERINGATAN: Dr share tips ni sekadar rujukan dan persediaan, dan berdasarkan pengalaman Dr, more and less lebih kurang mcm tu la.. TAPI Dr tak boleh janji soalan sama mcm Dr cerita tu, Dr just bg idea sahaja.. Jgn nnt dtg marah2 pulak hehe.. Be professional..


So tu sedikit sebanyak la tips utk calon2..
Minta restu ibu bapa dahulu ya.. 
Semoga berjaya.. Dah berjaya jgn lupa bgtau Dr!