Tips Nak Pergi Ke Thailand... !!! Tips berjalan jalan di Hatyai DAN Golok secara ekonomi dan
mewah serta lain lain panduan
HATYAI
1. Tempah hotel melalui agoda
2. Makan di pasar borong... nasi tambah free.. sambal free.
Ulam free...
3. Jangan masuk ke pasaraya besar tapi berbelanjalah di
micro berdepan pasar raya besar tu ( lupa dah nama dia )
4. Ambil tut tut dan sewa selama 1 hari.... boleh jalan
jalan sampai ke pantai samila... taman gajah. Floating boat selama 12 jam trip
dengan hanya Rm 60. Lebih murah
berbanding 1 destinasi lain lain tut tut.
5. Jangan cari pasal menonton tarian kabaret. Anda pasti
akan menyesal seumur hidup... bayaran masuk sekepala Rm 60... persembahan tahap
orkestra.. tapi semua pondan.. dah habis teater kat luar kena pow lagi.
6. Jika ke kedai emas jangan mengaku anda Malaysian. Tapi
mengakulah Indonesian. Anda akan di layan seperti saudara. Jika anda mengaku
sebagai Malaysian anda akan di layan umpama pengemis.
7. Jangan makan durian dan pulut di gerai lorong lorong... 3
org makan utk 1 biji durian sahaja belanjanya rm 150. Makanlah udang fresh sampai
gout. Anda akan senyum sambil membayarnya.
8. Jangan sesekali cuba tackle awek siam pejalan kaki .walau
muda khuatir bini org.. kalau ngurat awek dalam kedai takpa.. kalau tokeynya
ialah suami. Ia tidak di pedulikan memandangkan isterinya di jadikan daya
tarikan kedai. Tapi jangan melampau...
9. Bagi isteri2. Jangan tinggalkan suami anda berseorangan
atau berkumpulan semua lelaki. Khuatir di culik ikan dalam akuarium secara
diam... 30 minit.. everything can happen.
10. Jika di hatyai. Tanyakan tut tut shooting club...
* glock . Baretta rm 100 1 barrel
* m16. Revolver rm 120 1 barrel...
Kalau shoot bagus. 1 barrel free ....itupun kalau nak
belajar menembak.
11. Jangan makan KFC thai..non halal
12. Polis thai suka berbual.. mulakan perbualan anda dengan
senyuman.. esok dia akan jadi bodyguard dan pemandu pelancong anda dengan
bayaran rm 6o sehari..
_______________________
GOLOK
1. Jika mahu thai massage sila gunakan ahli dari hotel bukan
dari luar.. atau anda kena sapu... apa kena sapu wallahualam bhahaha
2. Hotel terbaik untuk keluarga dan keselamatan terjaga
ialah Genting Hotel... Marina juga bagus tapi black area dengan pelacur..
3. Jangan terpedaya dengan call girl... 1 hari rm 200...
boleh buat semua kerja walau pun menjadi PA sementara... tapi awas.. kebanyakan
dari Laos pandai jampi... balik dok ingat ke dia sat g...
4. Ada 3 tempat makan sedap.... 1 berhampiran rail keretapi
berhampiran pasar..buka waktu petang sampai malam...2 berdepan marina
hotel.....3 berhampiran hotel VIP tapi agak mahal.
5. Jauhkan diri dari bell boy... permulaan kepada kejahatan
di sana
6. Bawa kenderaan tidak laju tidak perlahan.. berhati hati dengan
penunggang motorsikal yang careless
7. Jika membeli apa apa dan di tanyakan bila akan pulang
malaysia. Jangan jujur... sure anda akan di perangkap.
8. Bagi bujangan.. nak mencari bakal isteri.. pergilah ke kg
sungai padi dan kg bukit. Anak dara lawa macam bunian... kain batik atas
kepala...
9. Berhati hati dengan komando polis thailand. Untuk
mengecam mereka.. pakaian mereka polis biasa tapi memakai barrel merah atau
kain leher merah... komando polis thailand di ambil berdasarkan " kepala
gila" dan bukan dari kelulusan. Kebanyakan dari mereka boleh di katakan
ada penyakit mental. Mereka ada lesen membunuh.. jangan sesekali di hadapan
mereka berlagak ingin ambil sesuatu di dalam jaket sambil memandang mereka.
100% anda akan terus di tembak tanpa amaran.
10. Jangan membawa walkie talkie.. jika polis biasa mereka
akan merampas. Jika askar anda akan di tanya. Jika komando polis anda akan
terus di tembak. Walkie talkie di anggap bahaya di sana memandangkan ia mampu
menghidupkan bom
11. Jangan lokek utk senyum dan mengucapkan " sawadikap " atau paling malas
"kap" kepada askar dan polis yang melakukan roadblock. Ketika melalui
road block di waktu malam buka lampu dalam kenderaan bagi memudahkan mereka
melihat anda atau anda akan di tahan dan semua bahagian kenderaan anda akan di
selak..
Istilah popular di kawasan Golok..
" chop chop / paseport"
PASSPORT
"CHAILO"
JALAN
Ketika di tahan..
cuba utk ketawa dan jangan serius....
Jika anda ke sana. Dan melalui roadblock askar siam.. anda
akan perasan ada 1 mamat muka sebiji macam Adi Putra... dan dia lucu orgnya...
Askar lebih friendly dari polis dan polis lebih friendly
dari polis komando.
NARATHIWAT
Bandar yang boleh kita gelar serambi Madinah... islamik...
mempunyai masjid berusia lebih 500 tahun dan 300 tahun berhampiran menara jam..
Lapisan jalan di bandar cuma 3 lapis dari 2 lapisan jalan
utama serta lebih 6 lorong kecil
Jangan lupa singgah ke masjid 3 tingkat yang di bina oleh
raja siam utk umat islam di sana.
1. Melawat pantai nara beach... nak makan apa . Semua ada.
Murah dan sedap... jangan terkejut awek cun pegang iphone terbaru.. sana ramai
keluarga kaya.
2. Bagi peniaga cincin. Ia syurga cincin...tapi bukan
permata.... cincin ready made rm 20 hga rm 30 perak.. sementara di Kelantan
semacam itu sudah rm 60... batu better beli di kelantan...
3. Menginap di Imperial hotel.. dengar mcm gempak kan... ya
memang gempak... karpet pejalan kaki tebalnya 4 inci... biliknya alhamdulillah
rm 80 saja semalaman. Tinggal 7 hari . Cuma bayar utk 4 hari...
Kawasan muslim 98% .. perlaksanaan muslim. Perniagaan muslim
dan mengikut syariat. Harga barang murah. Benda makan murah... salah 1 lokasi
memborong sabun collagen sekotak rm 1.50... balik jual sabun tu rm 10 sekotak
di pasar malam. Macam macam pilihan...
YALA
Lokasi membeli tudung . Baju kurung kebaya terbaru. Murah
dan berkualiti. Tokey besarnya org pakistan.... pakistan jugakkkkk..
Lokasi ramai rakyat malaysia berbini 2, 3 dan 4... kawasan
ini di penuhi gadis gadis hidung mancung
ala arab.. boleh nganga dibuatnya.
1. Jangan mengurat anak dara org kot kena tahan tengah jalan
2. Jangan tukar spare part kenderaan di sana memang kena
sembelih.
3. Ada 2 jalan utama bandar dari 2 jalan utama persimpangan
penghubung bandar serta lebih dari 8 lorong kecil.
4. Daerah sukan dan kedamaian... ramai malaysian buat salah
kat malaysia lari ke sana...
_______________________
PATTANI
Kawasan perniagaan dan pesat dengan kedai setingkat.
Kebanyakan melayu kaya raya.
Ada industri pembuatan garam .
(Pattani Capital Mosque)
Syurga batu permata dan cincin
1. 1 for all
Mulut jangan celupar...
2. Gang polo masih banyak dan aktif di sini.
3. Jangan pergi ke kawasan maksiat atau bukan islam khuatir
menjadi tragedi mangsa bom
4. Mudah berkira... ramai pandai cakap key ell beb..
_______________________
PHUKET
Selain melancong...
1. Ada kilang batu permata dan menjual secara borong dan
runcit..
2. Law sama dengan hatyai
_______________________
NAKHON SAWAN
Bagi peminat batu permata memang boleh naik
sawan di buatnya... delima high grade sebiji di Malaysia beribu ribu.. hanya rm
10 secarat...modal 1 biji delima high grade ialah rm 40 hga rm 50..
Jangan membeli di plaza besar ..memang kena kerat.
Tak banyak pengalaman di sana.
_______________________
SATUN
Sebuah daerah utk org yang kena buang daerah... lanun.
Perompak. Penjahat. Pembunuh...
Semua di Satun. Org utara panggil setoi...
Namun x semua org Satun ialah org kena buang daerah.. cuma
70% darinya sahaja
Daerah yang kaya dengan hasil laut dan murah...
Jalan utama hanya 1 dan di kelilingi jalan bandar sebanyak 3
dan mempunyai sekitar 11 lorong kecil...
Tidak sesuai untuk melancong. Beriadah... namun untuk
membeli aset.. insyallah berbaloi...
Rumah banglo semi D 2 tingkat cuma sekitar RM 50000 sahaja
di kawasan bandar.
Tok pernah pergi ke sana semasa zaman bujang memandangkan ia
bersebelahan negeri Perlis... ada saudara di sana.. bukan sikit sikit
saudara...
TINDAKAN JIKA ANDA DI BULI DI TIPU DI THAILAND
Buat laporan polis dan jika tidak di endahkan.. naik tut tut dan pergilah ke Thaksin Palace. Tindakan penutupan atau penangkapan kepada penipu atau pekedai akan di jalankan pada hari itu juga.
Balai polis terlibat akan di berikan notis pindah tempat kerja (repost) ke daerah lain dalam masa 12 jam . Seperti pernah terjadi dahulu... repost polis sg golok 12 jam ke Satun . Dan balai polis Satun ke sg golok arahan dari putera Raja siam. Selepas kes tu lah. Org siam ni ada respek sikit kpd pelancong.
12. Tiada speed trap. Tol. Polis trafik. Bawak lah selaju mana pun... tapi hati hati dengan kayu perentang jalan .. ada amaran sebelumnya.
13. Bab duit. Dengan org siam... terutama siam islam... better berhati hati.. banyak tawaran dari mereka......semua bohong belaka.
14. Harga nyawa manusia di sini ialah RM 400 sahaja.. selalu Malaysian tak puas hati dgn Malaysia upah sana.. buat sana.. jaga sikit.. bahaya, Nk bagi peringatan je bkn nk suruh buat benda jahat.. Dosa Besar huuu..
14. Harga nyawa manusia di sini ialah RM 400 sahaja.. selalu Malaysian tak puas hati dgn Malaysia upah sana.. buat sana.. jaga sikit.. bahaya, Nk bagi peringatan je bkn nk suruh buat benda jahat.. Dosa Besar huuu..
_______________________
Tapi kalau nak merasa sejuk bulan 12. Pergilah Chiang mai...
hati hati khuatir tak balik dah. Kebanyakan gadis sana bermata bulat berhidung
kecil bibir kecil dan bertubuh genik.... tu kena awassss
No comments:
Post a Comment