XM.COM

Tuesday, 19 April 2016

Terasa diri ini kecil apabila dikelilingi Boss besar

Today is Wednesday, 20 April 2016.

Hari ini dijemput utk hadir seminar bersama Mat Salleh dari US utk diorg present berkaitan Soy Bean Meal in feed technology for animal feed formulation.

So, dengan rilex nya berjalan menuju ke KIM HEE RESTAURANT dekat area sunway seberang jaya tu, agak seram sebab tak pernah lagi masuk restaurant cina yg besar2 ni.

Warm welcome from them who very interactive to ask about ourself. So nak tak nak Dr dgn rasa macho nya berjalan dan salam dengan diorg semua sambil bg kad nama,. "This is my card, anything can contact me" so, sampai habes kad yg ada kat tgn bawak tu kasi kat diorg, sambil diorg pun kasi namecard juga. Jadi bayangkan kalau 10 org dok bg kad, mmg tebal la dompet Dr. Macho hari ni..

Takpa Dr. Macho layan je diorg ni..

Nahhhhhh, amek kau.. rupa2nya diorg ni semua Director.. haha.. Semua pengarah2 yg besar kat belah US sana.. Makkkk sentap rasa.. Dah la diorg tu mmg besar, jd bertambah kerdil la dok kat situ..

Layannnnnnn dengar diorg present pasal soy bean meal ni.. YES, sbnarnya bagus soy bean ni.. Include 36% crude protein and others minerals.. Soy bean ni jugak boleh beri Essential Amino Acid (EAA) which cannot be synthesize by our body, we have to take by eating.  EAA ni tak boleh dihasilkan dari badan kita sndiri, kita kena amik dari diet pemakanan kita.

Ni gambar time Mat Salleh US ni present, tak sempat diorg habes present lagi, makanan dah sampai atas meja.. hahahahaha

Mmg tak pandang sgt la kat depan tu, kikiki

Mamat cina kat depan tu dah xsabar nk makan dah, hahaha keja pandang makanan je.. Cissssss. haha

Tapi, nasib baik aku punya perut masih baik2 lagi, tak banyak buat hal hahaha

Cuma time Awek US ni present, aku kena pandang depan, sbb dia usha semacam je dari depan hahahaha


Makanan disini mmg awesome, terbaik..

 SO, selamat membuncit!!

Sunday, 17 April 2016

Kenal erti syukur

Syukur sebab kita masih dapat bertemu di ruangan ini.

SYUKUR

Ramai yg masih tidak bersyukur dengan apa yang dia dapat skrg ini.

Usah bandingkan diri anda dengan org yang lebih baik dari segi kehidupannya, jadi bandingkan diri anda dengan org yang lebih tidak bernasib baik dari anda.  Maka begitu barulah anda kenal apa itu erti syukur.



Bersyukurlah anda diberi kesihatan yang sihat, masih boleh berjalan makan yg sedap2. Cuba anda fikirkan org yang mendapat musibah seperti kemalangan, pasti anda akan rasa bersyukur masih boleh berjalan, tiada penyakit yang kritikal.

Artikel ini hanya sekadar cetusan idea apabila dengar radio semalam, ada seorang mamat ni, dier call kat DJ sbb nk merungut ckp isteri dier kerap bandingkan kehidupan family dia dengan org lain, apa saja jiran dia beli, semua nk ikot. semua nk sama dan tak boleh kalah. sedangkan isterinya tak ukur baju dibadan sendiri. Cuba anda sedar bahawa dunia ini bkn utk berlumba2 kekayaan dan kejayaan, cukuplah sekadar anda rasa selesa dan bahagia. Buat apa kaya raya tapi sakit, ye dak?

Cth: Seorang artis AAA ini yg sudah terkenal, tetapi masih merungut kerana membandingkan dengan kehidupan artis BBB  yg lebih segalanya.  
SEDARKAH beliau, berapa ramai lagi orang yang cemburu dengan artis AAA ini?
Masih ramai juga yang cemburu nk jadi seperti artis AAA ini, jadi bersyukur lah anda sudah jadi artis yg org kenal dimana jua anda pergi. 

Tak perlu nk bandingkan diri anda dengan org yg lebih dari anda, pasti anda rasa tertewas, 
maka bandingkan dengan org yg kekurangan dari anda, pasti anda rasa bersyukur!

Sekiannnn..

10 perkara yang WAJIB GRADUAN lakukan bila mula BEKERJA


Salam DUNIA!

Sudah lama tidak bertemu, kali ini Dr Macho nk bincangkan tentang 10 perkara yg wajib GRADUAN2  lakukan apabila sudah mula bekerja.




Penting ni, sbb masih ramai graduan2 yang bajet diri mereka dah bijak dalam hal menguruskan kewangan diri, walhal banyak membuang wang dari menyimpan.  Sungguh merugikan jika mereka tidak mendapat pendedahan yang mencukupi.. 

Jadi di sini mari kita bincangkan 10 perkara tersebut.


1.  Simpan gaji 5 - 10% dari gaji pokok anda
- Yes, perkara ni nampak mudah, tapi tak ramai boleh buat utk mendisiplinkan diri nk simpan even 10%..


Sebagai contoh, kalau gaji kiter seribu sebulan (RM 1,000) , jika 10% dari RM1,000 adalah = RM100 , seratus ringgit sahaja.

Jika gaji kita  Dua ribu (RM2,000), jika 10% hanya RM 200, dua ratus yang perlu disimpan.


- Jadi mudah saja kan tapi saya pasti ramai yg masih tak dapat lakukan. TAHNIAH kepada yang sudah berjaya mendisiplinkan diri menyimpan gaji anda, walaubagaimanapun, kepada yang belum boleh menyimpan dengan jumlah yang tinggi, cuba mulakan dengan 5% untuk menyimpan, dan pelan2 anda gandakan.  Nescaya saya yakin anda akan berasa senang hati.

2. Jangan apply KAD KREDIT jika tunai pun tak pandai nak kawal!

-Pesanan ni sgt2 penting.  Sebolehnya guna wang yang tunai untuk membeli-belah di pasaraya.  Jangan guna kad kredit sebagai alasan.  Kad kredit ni fungsi sebenarnya adalah utk org kaya yang malas nk bawak cash 10k dalam poket, jadi dia bawak je kad kredit utk gi beli bela.  
Tapi,

Kita ada ke 10ribu cash kat rumah?

Jika takda jangan gatal tangan nk apply kad kredit dan guna sepuas2nya, akhirnya ramai yang dah jadi muflis dengan KAD KREDIT ini.  Ramai antaranya adalah graduan2 yang baru saja mula bekerja. Beringatlah sebelum terkena.


3. Jangan kejar teknologi, RANCANG KEHIDUPAN..

Yes, dah pegang gaji besar2 ni, jgn nk kejar teknologi sangat, guna apa yang anda selesa sekarang.  Tak salah nk beli teknologi, tapi jangan kejar teknologi kerana anda takkan terkejar, percayalah, melainkan anda anak seorang jutawan.

Dah dapat gaji beribu2, nak tak nak zaman skrg mesti nk smartphone yang canggihkn, kang kawan2 sumpah seranah pulak kn.. Piraaaaaahhhhhhhh, kawan2 tau ke kau tanggung hutang berapa? kwn2 kau tu bayar ke hutang kau..? Kalau kau jawab soalan ni kwn kau yang bayar, yes sila amik phone paling mahal.. hihihi..
Jadi, berpada2 dalam teknologi ni.. Guna apa yang ada dahulu, cukup sekadar boleh amik gambar, buat calls, whatapps dan lagu.. Nk canggih tara mana sgt kan.. setakat gambar xbapa cantik tu, kau edit je la, byk software skrg yang hodoh boleh cantek.. jeng3..


4. Pastikan ada takaful/insurans

 Ya, sudah tentu anda harus mengambil takaful/insurans buat diri anda. Kemalangan memang tidak berbau, tiada siapa pun yang tahu apa yang akan berlaku walaupun seminit yang mendatang. Jadi sediakan payung sebelum hujan.  Buat para lelaki, anda bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga dan diri sendiri, pastikan takaful/insurans ini melindungi anda.

Jika ditakdirkan suatu yg tidak diingini berlaku, anda jatuh sakit dan tidak dapat bekerja dalam tempoh masa yang lama, anda pasti akan dilindungi dibawah skim takaful/insurans yg anda ambil.


Bahaya ada dimana2, waimah didalam rumah sekalipun. Ditakdirkan terjatuh didalam bilik air akibat lantai yg licin, anda jatuh sakit dan tidak dapat bekerja, jadi, takaful/insurans ini lah yg akan menjadi pelindung buat diri anda. 

Jadi, pelan2 la mencari takaful/insurans yang sesuai buat anda. atau anda boleh kesini utk baca lebih lanjut tentang takaful/insurans.

5. Beli kereta sekadar mampu

Ya, kereta memang menjadi keperluan dinihari.  Kereta lah yang membawa kita dari satu tempat ke satu tempat terutamanya digunakan untuk pergi bekerja.  Jadi tetapkan matlamat.

Belilah kereta pertama anda sekadar yg anda mampu buat masa itu dahulu.  Lupakan keinginan utk membeli kereta yg anda impikan selama ini WALAUPUN anda memang mampu utk mambayar bulanan. Semua org pasti suka kereta yg laju, selesa dinaiki tapi tidak ramai yang mengira tentang kos penyelenggaraan. 


Kita ambil contoh anda membeli kereta mengikut kehendak diri, HONDA CITY baharu 1.5cc, bulanan 7++.  Tidakkah anda fikir bulanan anda spend utk kereta itu hanya 7++ sahaja. Anda yakin gaji anda sudah ditolak bulat2 7++ sahaja? Minyak utk kereta sudah pasti bulanan 3++ keatas jika anda kerap menggunakannya.

Lihat sendiri, kos bulanan utk kereta sahaja sudah mencecah seribu (RM1,000).  Ini baru kos bulanan kereta dan minyak sahaja, anda tidak fikirkan lagi kos penyelenggaraan (maintenance) kereta lagi, tukar minyak enjin, kos servis, cukai jalan, insurans, kos tukar tayar baru dan lain2.  Jadi mahu atau tidak, kos sudah pasti melebihi seribu lebih dari yg anda jangkakan hanya 7++ untuk kereta anda. 

Jadi fikir dahulu kereta yg ingin dibeli, usah bermewah, cukup sekadar kereta buatan Malaysia seperti Perodua Myvi atau Proton Iriz yg nampak sesuai sgt utk org yang baru nk mula hidup/ org yg baru mula bekerja.

6. Tahu apa gunanya akaun KWSP

Akaun KWSP, anda tahu apa gunanya akaun ini? Atau dlm english nya org panggil EPF. Akaun ini adalah akaun simpanan anda dimana 11% daripada gaji kita akan ditolak dan disimpan didalam KWSP ini. Dan majikan anda juga akan membayar 13% daripada gaji anda utk disimpan juga dalam akaun KWSP ini. Jelas?

Mungkin ada yg masih tidak jelas. Okay begini.

Jika gaji anda RM2,000. 
Maka 11% dari gaji anda 2k adalah RM220.
dan majikan anda 13% adalah RM260.

Maka, RM 220 + RM 260 = RM 480

Bermakna pada bulan itu, utk org yg bergaji 2k, jumlah simpanan ke akaun KWSP beliau adalah RM480.

Jadi, simpanan RM 480 ini akan disimpan bulan2 kedalam akaun KWSP anda, dan jumlah simpanan akan berubah jika gaji anda naik/turun.

Jadi apa yg anda perlu tahu adalah, anda boleh daftar utk pergi haji di Lembaga Tabung Haji menggunakan duit simpanan di akaun KWSP. Saya pun sudah daftar guna akaun KWSP ni. 
Mudah sahaja, anda perlu print penyata akaun KWSP anda dan pergi ke Lembaga Tabung Haji untuk membuat pendaftaran utk menunaikan Ibadah Haji.


7. Jangan lupa Ibu dan Ayah

Parents adalah org yang sangat penting yg perlu anda ingat. Disamping kejayaan anda menggenggam segulung ijazah, tidak kah anda pernah tanya kepada iba atau ayah sama ada mereka berdoa atau tidak kepada anda ? Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak yg dikandung 9 bulan dan dilahirkan dengan penuh kasih sayang. Besar pengorbanan ibu bapa.

Jadi, jangan lupa utk memberi wang kepada ibu bapa anda walaupun sedikit jumlahnya, asalkan wang ini memang utk mereka demi jasa mereka membesarkan kita.Pastinya reseki akan lebih bertambah2.  Tidak salah berbakti kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih hidup. Malah jika mereka telah meninggal dunia, sedekah lah duit gaji anda ke masjid2 berdekatan dengan niat utk disedekahkan kepada arwah, InsyaAllah sampai kepada mereka..

8. Jangan berhutang utk berkahwin

 Sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang yg membuat pinjaman dari bank semata2 dengan niat utk berkahwin. Bukan tak boleh, tapi sebolehnya cuba elakkan dari membuat begitu kerana anda bakal menanggung beban SELEPAS kawin yg sangat berat. Jadi start dari kerja ini lah, mulakan buat simpanan perlahan-lahan. Pasti anda akan merasakan bebas hutang selepas berkahwin.

9. Sediakan dana kecemasan.

Dana kecemasan ini penting bagi kita, yela, dah nama pun kecemasan sudah pasti sangat penting keranan kita tak tahu bila kecemasan tu akan berlaku, mungkin sekejap lagi, mung mggu depan, mungkin setahun lagi, jadi sediakan dana kecemasan ya.


10.  Jangan MELABUR utk BF/ GF , kalau buat juga dipanggil PELEBURAN.

Ya, sudah pasti, nama pun Boyfriend/Girlfriend yg sudah pasti bukan milik kita lagi, jangan la nak galak lebih habiskan duit gaji anda yg BANYAK tu semata2 utk mereka. Jangan salahkan takdir jika anda tiada jodoh dengan Boypren /gurpren anda nnt.

Sudah dihabiskan beli 'Hadiah' macam2, last2 semuanya hancur lebur. Beringat sikit ya.


Tuesday, 12 April 2016

1st time talk with BIG BOSS after 6 months worked


Salam 1 Vet..

Image result for stressed out

Harini boleh dikatakan satu hari yang meletihkan.. Bkn apa, berjalan sakan naik turun tangga.


Tapi agak best hari ni sbb mcm first time dapat cakap direct dgn tauke setelah 6 bulan tak pernah face to face bercakap.. Hahaha.. I get my respect salute from staff because I never ever almost 6 month tak bercakap dgn tauke hahaha.. Crazy man, mcm gementar nk jumpa tauke ni lebih dari nk jumpa Najib Razak hoho..

By the way, pengalaman hari ni best, sebab dapat buat tauke percaya dgn kita yang kita mmg boleh buat kerja.. Yes, I will accept all the work come to me without refuse to do it. Im not that kind of person who always refuse and keep pushing the work to others.  Maybe this is my work to work with others races. 

Kalau nk diikutkan rasa mcm malas nk buat kerja, tapi ye la, ini la kerja sumber rezeki kita, jadi kena bersyukur je la.. hehehe.. 

So takda apa sgt hari ni, cuma agak kalut pagi td siapkan surat2 yang $@#@$%^&*(&^%$#@.. hahahaha 

So keep in toouchhhh!!

Monday, 11 April 2016

10 Ijazah paling senang dapat kerja di MALAYSIA


HELLO WORLD!!

Tidak dinafikan setiap pelajar yang tamat belajar ingin mencari pekerjaan yang sesuai.

Seperti semua sedia maklum, kos pengajian yang tinggi zaman skrg memerlukan kerjaya supaya mampu untuk membayar semula jika membuat pinjaman pendidikan. 

Namun begitu, zaman sekarang begitu susah buat pelajar2 untuk mencari pekerjaan yang sesuai jika cerewet dalam berbicara hal gaji yang lumayan.  Kadang2 kita perlu istiqamah dan sedar bahawa pengalaman dalam bidang yg ingin kita ceburi ini masih mentah, jadi usahlah "demand" utk dibayar gaji 10k sebulan, InsyaAllah sampai masa nnt merasa la gaji banyak tu.

Buat permulaan ni start pelan2 dari bawah jika ingin kerja dibawah company besar2 ni.  Kalau buka bisnes nk meniaga sendiri pun kena pelan2, mana ada yang buka bisnes sebulan terus jutawan, melainkan dia mmg anak jutawan.. kikiki

Boleh lihat kat sini gaji utk FRESH GRADUATE skrg, KLIK SINI.

Okay, kita kat sini nak cerita pasal ijazah yang senang dapat kerja di Malaysia buat masa skrg ini.


1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)


Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 5 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Yela, menjelang 2020 kita nk statistik setiap seorang Doktor utk : 10,000 rakyat.
Boleh ke? Mcm mustahil, tapi ini la yang kita perlu hasilkan lagi ramai Doktor Perubatan utk tampung rakyat di Malaysia yang skrg sudah mencecah lebih 30 Juta orang.


Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan Doktor gigi.



2. Sains Veterinar (85.3%)



Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

Prospek kerjaya: Doktor Veterinar, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.



3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)


Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.



4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)



Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.
Yelah, bila penduduk bertambah, jadi bertambah jugaklah rumah2 dikawasan anda, jd tukang rangka pelan2 perumahan ni mmg sangat diperlukan utk plan betol2 perumahan yang ingin didirikan supaya mampu utk rakyat membeli. Janganlah fikir keuntungan sahaja ye dak..
Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.



5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)


Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Prospek kerjaya:  Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.



6. Sains komputer (59.1%)


Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

Tipu la kalau ckp tak pernah guna komputer budak2 zaman skrg ni kan.. Semua mesti tahu pasal komputer sbb skrg zaman ICT mesti bdk2 sudah terdedah lebih awal tentang dunia ini.  Jadi bidang ini salah satu bidang yang menarik utk diceburi.

Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.


7. Pendidikan (59.1%)


Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Sapa yang taknak kalau cikgu lawa yang mengajar kat depan kn, hahaha mesti dlm kelas tak tido nih..
Tapi cerita skrg ni bkn pasal tu, kita bercerita zaman skrg jadi cikgu pun senang nk dpt pekerjaan. Asalkan jangan memilih je.. hehe Pensyarah pun okay, tapi kena sambung belajar utk dpt 'Master" dlm bidang2 tertentu hehe

Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.


8. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

9. Sains matematik (47.1%)

(Click to enlarge image)

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

10. Pengajian sosial (44.9%)


Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.