XM.COM

Sunday, 17 April 2016

10 perkara yang WAJIB GRADUAN lakukan bila mula BEKERJA


Salam DUNIA!

Sudah lama tidak bertemu, kali ini Dr Macho nk bincangkan tentang 10 perkara yg wajib GRADUAN2  lakukan apabila sudah mula bekerja.




Penting ni, sbb masih ramai graduan2 yang bajet diri mereka dah bijak dalam hal menguruskan kewangan diri, walhal banyak membuang wang dari menyimpan.  Sungguh merugikan jika mereka tidak mendapat pendedahan yang mencukupi.. 

Jadi di sini mari kita bincangkan 10 perkara tersebut.


1.  Simpan gaji 5 - 10% dari gaji pokok anda
- Yes, perkara ni nampak mudah, tapi tak ramai boleh buat utk mendisiplinkan diri nk simpan even 10%..


Sebagai contoh, kalau gaji kiter seribu sebulan (RM 1,000) , jika 10% dari RM1,000 adalah = RM100 , seratus ringgit sahaja.

Jika gaji kita  Dua ribu (RM2,000), jika 10% hanya RM 200, dua ratus yang perlu disimpan.


- Jadi mudah saja kan tapi saya pasti ramai yg masih tak dapat lakukan. TAHNIAH kepada yang sudah berjaya mendisiplinkan diri menyimpan gaji anda, walaubagaimanapun, kepada yang belum boleh menyimpan dengan jumlah yang tinggi, cuba mulakan dengan 5% untuk menyimpan, dan pelan2 anda gandakan.  Nescaya saya yakin anda akan berasa senang hati.

2. Jangan apply KAD KREDIT jika tunai pun tak pandai nak kawal!

-Pesanan ni sgt2 penting.  Sebolehnya guna wang yang tunai untuk membeli-belah di pasaraya.  Jangan guna kad kredit sebagai alasan.  Kad kredit ni fungsi sebenarnya adalah utk org kaya yang malas nk bawak cash 10k dalam poket, jadi dia bawak je kad kredit utk gi beli bela.  
Tapi,

Kita ada ke 10ribu cash kat rumah?

Jika takda jangan gatal tangan nk apply kad kredit dan guna sepuas2nya, akhirnya ramai yang dah jadi muflis dengan KAD KREDIT ini.  Ramai antaranya adalah graduan2 yang baru saja mula bekerja. Beringatlah sebelum terkena.


3. Jangan kejar teknologi, RANCANG KEHIDUPAN..

Yes, dah pegang gaji besar2 ni, jgn nk kejar teknologi sangat, guna apa yang anda selesa sekarang.  Tak salah nk beli teknologi, tapi jangan kejar teknologi kerana anda takkan terkejar, percayalah, melainkan anda anak seorang jutawan.

Dah dapat gaji beribu2, nak tak nak zaman skrg mesti nk smartphone yang canggihkn, kang kawan2 sumpah seranah pulak kn.. Piraaaaaahhhhhhhh, kawan2 tau ke kau tanggung hutang berapa? kwn2 kau tu bayar ke hutang kau..? Kalau kau jawab soalan ni kwn kau yang bayar, yes sila amik phone paling mahal.. hihihi..
Jadi, berpada2 dalam teknologi ni.. Guna apa yang ada dahulu, cukup sekadar boleh amik gambar, buat calls, whatapps dan lagu.. Nk canggih tara mana sgt kan.. setakat gambar xbapa cantik tu, kau edit je la, byk software skrg yang hodoh boleh cantek.. jeng3..


4. Pastikan ada takaful/insurans

 Ya, sudah tentu anda harus mengambil takaful/insurans buat diri anda. Kemalangan memang tidak berbau, tiada siapa pun yang tahu apa yang akan berlaku walaupun seminit yang mendatang. Jadi sediakan payung sebelum hujan.  Buat para lelaki, anda bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga dan diri sendiri, pastikan takaful/insurans ini melindungi anda.

Jika ditakdirkan suatu yg tidak diingini berlaku, anda jatuh sakit dan tidak dapat bekerja dalam tempoh masa yang lama, anda pasti akan dilindungi dibawah skim takaful/insurans yg anda ambil.


Bahaya ada dimana2, waimah didalam rumah sekalipun. Ditakdirkan terjatuh didalam bilik air akibat lantai yg licin, anda jatuh sakit dan tidak dapat bekerja, jadi, takaful/insurans ini lah yg akan menjadi pelindung buat diri anda. 

Jadi, pelan2 la mencari takaful/insurans yang sesuai buat anda. atau anda boleh kesini utk baca lebih lanjut tentang takaful/insurans.

5. Beli kereta sekadar mampu

Ya, kereta memang menjadi keperluan dinihari.  Kereta lah yang membawa kita dari satu tempat ke satu tempat terutamanya digunakan untuk pergi bekerja.  Jadi tetapkan matlamat.

Belilah kereta pertama anda sekadar yg anda mampu buat masa itu dahulu.  Lupakan keinginan utk membeli kereta yg anda impikan selama ini WALAUPUN anda memang mampu utk mambayar bulanan. Semua org pasti suka kereta yg laju, selesa dinaiki tapi tidak ramai yang mengira tentang kos penyelenggaraan. 


Kita ambil contoh anda membeli kereta mengikut kehendak diri, HONDA CITY baharu 1.5cc, bulanan 7++.  Tidakkah anda fikir bulanan anda spend utk kereta itu hanya 7++ sahaja. Anda yakin gaji anda sudah ditolak bulat2 7++ sahaja? Minyak utk kereta sudah pasti bulanan 3++ keatas jika anda kerap menggunakannya.

Lihat sendiri, kos bulanan utk kereta sahaja sudah mencecah seribu (RM1,000).  Ini baru kos bulanan kereta dan minyak sahaja, anda tidak fikirkan lagi kos penyelenggaraan (maintenance) kereta lagi, tukar minyak enjin, kos servis, cukai jalan, insurans, kos tukar tayar baru dan lain2.  Jadi mahu atau tidak, kos sudah pasti melebihi seribu lebih dari yg anda jangkakan hanya 7++ untuk kereta anda. 

Jadi fikir dahulu kereta yg ingin dibeli, usah bermewah, cukup sekadar kereta buatan Malaysia seperti Perodua Myvi atau Proton Iriz yg nampak sesuai sgt utk org yang baru nk mula hidup/ org yg baru mula bekerja.

6. Tahu apa gunanya akaun KWSP

Akaun KWSP, anda tahu apa gunanya akaun ini? Atau dlm english nya org panggil EPF. Akaun ini adalah akaun simpanan anda dimana 11% daripada gaji kita akan ditolak dan disimpan didalam KWSP ini. Dan majikan anda juga akan membayar 13% daripada gaji anda utk disimpan juga dalam akaun KWSP ini. Jelas?

Mungkin ada yg masih tidak jelas. Okay begini.

Jika gaji anda RM2,000. 
Maka 11% dari gaji anda 2k adalah RM220.
dan majikan anda 13% adalah RM260.

Maka, RM 220 + RM 260 = RM 480

Bermakna pada bulan itu, utk org yg bergaji 2k, jumlah simpanan ke akaun KWSP beliau adalah RM480.

Jadi, simpanan RM 480 ini akan disimpan bulan2 kedalam akaun KWSP anda, dan jumlah simpanan akan berubah jika gaji anda naik/turun.

Jadi apa yg anda perlu tahu adalah, anda boleh daftar utk pergi haji di Lembaga Tabung Haji menggunakan duit simpanan di akaun KWSP. Saya pun sudah daftar guna akaun KWSP ni. 
Mudah sahaja, anda perlu print penyata akaun KWSP anda dan pergi ke Lembaga Tabung Haji untuk membuat pendaftaran utk menunaikan Ibadah Haji.


7. Jangan lupa Ibu dan Ayah

Parents adalah org yang sangat penting yg perlu anda ingat. Disamping kejayaan anda menggenggam segulung ijazah, tidak kah anda pernah tanya kepada iba atau ayah sama ada mereka berdoa atau tidak kepada anda ? Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak yg dikandung 9 bulan dan dilahirkan dengan penuh kasih sayang. Besar pengorbanan ibu bapa.

Jadi, jangan lupa utk memberi wang kepada ibu bapa anda walaupun sedikit jumlahnya, asalkan wang ini memang utk mereka demi jasa mereka membesarkan kita.Pastinya reseki akan lebih bertambah2.  Tidak salah berbakti kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih hidup. Malah jika mereka telah meninggal dunia, sedekah lah duit gaji anda ke masjid2 berdekatan dengan niat utk disedekahkan kepada arwah, InsyaAllah sampai kepada mereka..

8. Jangan berhutang utk berkahwin

 Sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang yg membuat pinjaman dari bank semata2 dengan niat utk berkahwin. Bukan tak boleh, tapi sebolehnya cuba elakkan dari membuat begitu kerana anda bakal menanggung beban SELEPAS kawin yg sangat berat. Jadi start dari kerja ini lah, mulakan buat simpanan perlahan-lahan. Pasti anda akan merasakan bebas hutang selepas berkahwin.

9. Sediakan dana kecemasan.

Dana kecemasan ini penting bagi kita, yela, dah nama pun kecemasan sudah pasti sangat penting keranan kita tak tahu bila kecemasan tu akan berlaku, mungkin sekejap lagi, mung mggu depan, mungkin setahun lagi, jadi sediakan dana kecemasan ya.


10.  Jangan MELABUR utk BF/ GF , kalau buat juga dipanggil PELEBURAN.

Ya, sudah pasti, nama pun Boyfriend/Girlfriend yg sudah pasti bukan milik kita lagi, jangan la nak galak lebih habiskan duit gaji anda yg BANYAK tu semata2 utk mereka. Jangan salahkan takdir jika anda tiada jodoh dengan Boypren /gurpren anda nnt.

Sudah dihabiskan beli 'Hadiah' macam2, last2 semuanya hancur lebur. Beringat sikit ya.


No comments:

Post a Comment