XM.COM

Monday, 11 April 2016

10 Ijazah paling senang dapat kerja di MALAYSIA


HELLO WORLD!!

Tidak dinafikan setiap pelajar yang tamat belajar ingin mencari pekerjaan yang sesuai.

Seperti semua sedia maklum, kos pengajian yang tinggi zaman skrg memerlukan kerjaya supaya mampu untuk membayar semula jika membuat pinjaman pendidikan. 

Namun begitu, zaman sekarang begitu susah buat pelajar2 untuk mencari pekerjaan yang sesuai jika cerewet dalam berbicara hal gaji yang lumayan.  Kadang2 kita perlu istiqamah dan sedar bahawa pengalaman dalam bidang yg ingin kita ceburi ini masih mentah, jadi usahlah "demand" utk dibayar gaji 10k sebulan, InsyaAllah sampai masa nnt merasa la gaji banyak tu.

Buat permulaan ni start pelan2 dari bawah jika ingin kerja dibawah company besar2 ni.  Kalau buka bisnes nk meniaga sendiri pun kena pelan2, mana ada yang buka bisnes sebulan terus jutawan, melainkan dia mmg anak jutawan.. kikiki

Boleh lihat kat sini gaji utk FRESH GRADUATE skrg, KLIK SINI.

Okay, kita kat sini nak cerita pasal ijazah yang senang dapat kerja di Malaysia buat masa skrg ini.


1. Perubatan dan Pergigian (94.7% Kadar Penggajian)


Dengan kos pengajian termahal iaitu sekurang-kurangnya RM100,000 selama 5 tahun, bidang perubatan dan pergigian menjanjikan peluang pekerjaan hampir 95% selepas tamat tempoh pembelajaran.

Yela, menjelang 2020 kita nk statistik setiap seorang Doktor utk : 10,000 rakyat.
Boleh ke? Mcm mustahil, tapi ini la yang kita perlu hasilkan lagi ramai Doktor Perubatan utk tampung rakyat di Malaysia yang skrg sudah mencecah lebih 30 Juta orang.


Prospek kerjaya: Doktor, pakar bedah dan Doktor gigi.



2. Sains Veterinar (85.3%)



Tempat kedua pula adalah bidang rawatan kesihatan haiwan. Walaupun sebelum ini bidang sains veterinar banyak mencetuskan debat dan kontroversi lebih-lebih lagi isu yang melibatkan doktor Muslim dan haiwan yang perlu disamak setelah disentuh, namun kesedaran yang semakin meningkat terhadap nilai kasih sayang kepada haiwan menaikkan populariti program pengajian ini.

Prospek kerjaya: Doktor Veterinar, pakar biologi haiwan dan penyelidik syarikat farmaseutikal haiwan.



3. Subjek berkaitan perubatan (79.8%)


Pengajian yang merangkumi pengajian kesihatan fizikal secara holistik ini tertumpu kepada satu-satu cabang dalam bidang perubatan.

Prospek kerjaya: Pakar psikologi, ahli fisioterapi dan pakar anaestetik.



4. Seni bina, pembinaan dan perancangan (71.3%)



Kursus ini unik kerana menggabungkan kedua-dua bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Malah bidang ini memberi sumbangan terus ke arah pembentukan persekitaran manusia seprti pembinaan bangunan dan perancangan sesebuah penempatan.
Yelah, bila penduduk bertambah, jadi bertambah jugaklah rumah2 dikawasan anda, jd tukang rangka pelan2 perumahan ni mmg sangat diperlukan utk plan betol2 perumahan yang ingin didirikan supaya mampu utk rakyat membeli. Janganlah fikir keuntungan sahaja ye dak..
Prospek kerjaya: Arkitek, pelukis pelan dan perancang bandar.



5. Kejuruteraan dan teknologi (62.8%)


Secara umumnya, bidang ini ada banyak persamaan dengan kursus #4. Ini kerana, ahli teknologi kejuruteraan sering bertanggungjawab bagi reka bentuk dan pembangunan. Graduan teknologi kejuruteraan boleh bekerja di bidang besar seperti industri, termasuk pembuatan, pembinaan, perindustrian, penyelenggaraan, dan pengurusan.

Prospek kerjaya:  Pereka bentuk produk, pembangunan sistem, jurutera, operasi teknikal dan kawalan kualiti.



6. Sains komputer (59.1%)


Sains komputer secara umumnya adalah pengkajian perhitungan dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin berteknologi tinggi.

Tipu la kalau ckp tak pernah guna komputer budak2 zaman skrg ni kan.. Semua mesti tahu pasal komputer sbb skrg zaman ICT mesti bdk2 sudah terdedah lebih awal tentang dunia ini.  Jadi bidang ini salah satu bidang yang menarik utk diceburi.

Prospek kerjaya: Pengaturcara, eksekutif IT, perekabentuk grafik, multimedia dan animasi dan jurtera rangkaian.


7. Pendidikan (59.1%)


Ijazah ini sesuai untuk mereka yang berminat dalam bidang psikologi dan sosiologi pendidikan manusia. Selain itu, kursus ini turut mempertingkatkan kesedaran tentang peranan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, kreativiti, bahasa dan estetika manusia.

Sapa yang taknak kalau cikgu lawa yang mengajar kat depan kn, hahaha mesti dlm kelas tak tido nih..
Tapi cerita skrg ni bkn pasal tu, kita bercerita zaman skrg jadi cikgu pun senang nk dpt pekerjaan. Asalkan jangan memilih je.. hehe Pensyarah pun okay, tapi kena sambung belajar utk dpt 'Master" dlm bidang2 tertentu hehe

Prospek kerjaya: Guru, pembantu penyelidik bagi badan bukan kerajaan, tutor peribadi.


8. Pengajian perniagaan (49%)

Kursus yang menyediakan penuntut dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan.

Prospek kerjaya: Penolong pegawai pelaburan, penolong pegawai operasi, usahawan dan agen insurans.

9. Sains matematik (47.1%)

(Click to enlarge image)

Bidang ini berkaitan dengan matematik dan statistik serta memupuk kebolehan untuk menggunakan teknik dan kaedah kuantitatif yang bersesuaian untuk menjalankan analisis, penyelidikan, ramalan dan perancangan dalam persekitaran industri.

Prospek kerjaya: Penyelidik statistik, eksekutif kawalan mutu, penganalisa perniagaan dan eksekutif bank.

10. Pengajian sosial (44.9%)


Satu bidang atau disiplin ilmu yang mengkaji struktur dan sifat-sifat kelompok manusia. Jangan tak tahu, bidang ini sebenarnya merangkumi cabang-cabang ilmu yang luas seperi geografi, ekonomi, sains politik dan sosiologi.

Prospek kerjaya: Pakar kriminologi, penjaga arkib sejarah, penganalisa pemasaran dan pensyarah.

No comments:

Post a Comment