XM.COM

Sunday, 17 April 2016

Kenal erti syukur

Syukur sebab kita masih dapat bertemu di ruangan ini.

SYUKUR

Ramai yg masih tidak bersyukur dengan apa yang dia dapat skrg ini.

Usah bandingkan diri anda dengan org yang lebih baik dari segi kehidupannya, jadi bandingkan diri anda dengan org yang lebih tidak bernasib baik dari anda.  Maka begitu barulah anda kenal apa itu erti syukur.



Bersyukurlah anda diberi kesihatan yang sihat, masih boleh berjalan makan yg sedap2. Cuba anda fikirkan org yang mendapat musibah seperti kemalangan, pasti anda akan rasa bersyukur masih boleh berjalan, tiada penyakit yang kritikal.

Artikel ini hanya sekadar cetusan idea apabila dengar radio semalam, ada seorang mamat ni, dier call kat DJ sbb nk merungut ckp isteri dier kerap bandingkan kehidupan family dia dengan org lain, apa saja jiran dia beli, semua nk ikot. semua nk sama dan tak boleh kalah. sedangkan isterinya tak ukur baju dibadan sendiri. Cuba anda sedar bahawa dunia ini bkn utk berlumba2 kekayaan dan kejayaan, cukuplah sekadar anda rasa selesa dan bahagia. Buat apa kaya raya tapi sakit, ye dak?

Cth: Seorang artis AAA ini yg sudah terkenal, tetapi masih merungut kerana membandingkan dengan kehidupan artis BBB  yg lebih segalanya.  
SEDARKAH beliau, berapa ramai lagi orang yang cemburu dengan artis AAA ini?
Masih ramai juga yang cemburu nk jadi seperti artis AAA ini, jadi bersyukur lah anda sudah jadi artis yg org kenal dimana jua anda pergi. 

Tak perlu nk bandingkan diri anda dengan org yg lebih dari anda, pasti anda rasa tertewas, 
maka bandingkan dengan org yg kekurangan dari anda, pasti anda rasa bersyukur!

Sekiannnn..

No comments:

Post a Comment