XM.COM

Sunday, 27 March 2016

Kerjaya Veterinar Perlu Ada minat

Hai Dunia Veterinar!!


Kerjaya Veterinar perlu ada minat?

Ya, sudah tentu.

Kerjaya ini memang memerlukan minat terhadap haiwan terutama sekali terhadap haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, ikan, arnab, iguana, hamster dan sebagainya. Nampak mudah tetapi penjagaan setiap haiwan berlainan dari segi pamakanannya, tempat tinggalnya (habitat) yg perlu mengikut kesesuaian tersendiri.

Minat sahaja juga tidak cukup dimana adik2 perlu belajar rajin-rajin dan skor utk exam-exam besar seperti UPSR, PMR, dan SPM utk menentukan hala tuju adik2.  Utk menceburi bidang ini, adik2 perlu menunjukkan minat terhadap subjek sains tulen seperti BIOLOGY dan CHEMISTRY kerana kedua-dua subjek ini adalah subjek asas dalam bidang veterinar ini.

Subjek biology adalah subjek yang menerangkan tentang benda2 yang hidup dan bernyawa dimana kita akan tahu lebih mendalam bagaimana proses kehidupan dan haiwan disekeliling kita bernyawa dan survive utk hidup. Bagi saya, ini adalah subjek yg menarik kerana kita dapat mengetahui tentang perkara yang hidup dan ada tindak balas. hehe Mungkin sbb tak minat fizik kot, sebab kena kira daya, tenaga elektrik la, momentum la, number2 giga hz la hahaha..

Keratan surat khabar dibawah bertarikh 3 Mac 2009 dimana time ni pun Dr baru habes SPM which menjadi penggerak semangat pada saya utk menceburi bidang ini.. hehe
(Click image to enlarge)

Dahulunya hanya terdapat sebuah Universiti di Malaysia yang menawarkan bidang Veterinar ini, dan pada tahun 2009 terdapat sebuah lagi universiti yang baru iaitu Universiti Malaysia Kelantan yang menawarkan kursus Doktor Perubatan Veterinar dan anda boleh ke SINI utk menlihat lebih lanjut tentang requirement kursus ini.

Jadi adik2 perlu berusaha dengan lebih rajin utk menceburi bidang ini, akhir kata dari saya, semoga maju jaya!! Gambate kudasai.. Go go go..

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam adik izzati..
      First, sebelum Dr jawab soalan adik tu, Dr nk adik baca entri link di bawah ni..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/pilihan-kerjaya-dalam-bidang-doktor.html

      Lepas adik baca link ni mungkin adik akan faham pathways utk jadi seorang Dr Vet bermula dari SPM hingga ke Ijazah Perubatan Veterinar..

      So, kembali kepada soalan adik , ''boleh tak dr ceritakan pengalaman dan perjalanan dr utk smpai ke thap skrg?'' Perjalanan Dr start dari SPM juga dik, Dr dapat tawaran utk sambung Diploma dan Matrikulasi, Jadi Dr memilih langkah pendek dgn mengikuti pengajian di Matrikulasi kerana hanya setahun sahaja pembelajaranya jika nk di banding kan diploma memakan masa sebanyak 3 tahun..
      So kat Matrik ni mmg banyak liku2 dan sgt struggle utk study memandangkan masa hanya setahun utk study mcm2.. So itu la rintangan perit utk hadapi matrikulasi ni, tp jgn risau, disana bnyak kawan2 yg sedia membantu..

      Then lepas matrik, Dr guna result Matrik utk apply program Doktor Veterinar ni, dan pembelajarannya selama 5 tahun, sama seperti Doktor Manusia.. hehe So rintangan sepanjang 5 tahun belajar utk jd Dr Veterinar ni lagi menggerikan tetapi seronok jika ada minat..
      Belajar mana yg senang dik kan, kalau senang dah ramai jadi Dr Haiwan , kalau senang dah ramai jadi Doktor Manusia.. dan sbb susah dlm belajar lah, adik akan senang dikemudian hari.. hehe..
      Bagi pendapat Dr, cara study setiap org ni berbeza2 adik, so utk tips belajar juga, Dr dah kongsikan di entri sebelum ni, adik boleh baca di link kat bawah ye..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/03/tips-belajar-secara-teratur-dan-berkesan.html

      Adakah Dr menjawab setiap soalan adik, jika masih tak jawab adik boleh tanya Dr lagi.. Good luck adik..

      Delete