XM.COM

Tuesday, 1 March 2016

Tips belajar secara teratur dan berkesan!

Salam sejahtera semua pembaca blog..

Di blog informasi ini, kita akan kupaskan bagaimana teknik untuk belajar dgn lebih berkesan.

Anda boleh lihat gambar dibawah ini.. 3 aspek penting yang perlu diketahui umum adalah:

(a). Mengulangkaji pelajaran - Mengulangkaji disini bermaksud kita menyemak semula apa ilmu yang telah dipelajari selepas menghadiri kelas bersama guru. Semak apa yang telah anda pelajari dan fahamkan. Fahamkan adalah satu benda yang sgt penting.
Ramai yg masuk kelas untuk belajar tetapi sedikit yang keluar kelas yg dapat memahami apa yang mereka belajar sebenarnya. Apabila satu benda yang tidak difahami berlarutan, dan keesokan harinya pelajaran baru pula yg diajar, maka mereka akan mula terbeban dengan membawa sikap yg tidak difahami itu sehingga ke dewan peperiksaan. Itu yang menjadi masalah pada pelajar pada masa sekarang.
dan seleaps faham apa yang dibelajar dikelas, barulah anda boleh memahami dan menghafal ilmu yang telah dipelajari itu dengan lebih berkesan.

(b). Merujuk -  Dengan erti kata lain adalah berbincang / bertanya kepada guru yang mengajar atau kawan2 yang faham akan pelajaran yg mereka pelajari. Kadang2 kita susah untuk faham sesuatu perkara, tetapi apabila kawan kita faham apa yang diajar, "Laaaaaaaaaaa, mcm tu je ke, senang je".
Haaaa, perkara ini selalu berlaku pada kita kan.. Sebab itu orang tua dulu2 pernah berkata 'malu bertanya sesat jalan". Ya mmg benar, kalau malu bertanya mmg akan sesat kecuali guna WAZE, itu pun kadang2 sesat jugak.. kikiki..
Jadi buat lah rujukan tidak kira merujuk kepada buku nota, merujuk pada sumber internet, merujuk pada buku rujukan dan lain2.

(c). Membuat latihan - membuat latihan adalah satu benda yang penting untuk kita menguji sejauh mana kita sudah bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan bagi tajuk yang dipelajari. Jadi kita perlulah membuat latih tubi, menjawab soalan2 yang mirip/klon pada peperiksaan tersebut jadi kita akan lebih bersedia dgn segala jenis soalan yang bakal ditanya. Tambah bertuah jika soalan yang kita buat latihan itu, keluar dlm soalan peperiksaan sebenar, alangkah indahnya hidup ini bukan. hehe





Jadi, sekian saja tips2 belajar yang berkesan dari saya. Sekian Terima kasih,.

No comments:

Post a Comment