XM.COM

Wednesday, 20 April 2016

CARA BERNAFAS semasa melahirkan bayi supaya MEMBANTU KELAHIRAN

Cara pernafasan ketika kontraksi

1. Awal kontraksi / mula rasa sakit

Tarik nafas, bernafas dengan panjang melalui hidung kemudian lepas melalui mulut dengan panjang.


2. Kontraksi semakin kerap 

Bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut, semakin kerap kontraksi datang ambil nafas pendek dan lepas. 

Apabila kontraksi hilang, bernafas dengan panjang melalui hidung kemudian lepas melalui mulut. Jika kontraksi datang ulang cara bernafas pendek dan cepat. Insyaallah ia dapat membantu mengurangkan rasa sakit. Lagi bagus bila kontraksi semakin kerap kita berjalan-jalan supaya bukaan lebih cepat.


Apabila kontraksi semakin kuat, ibu haruslah terus bangun dari katil dan berjalan-jalan. Apabila kita banyak berjalan bukaan akan lebih cepat insyaallah. Jika ada air selusuh atau air akar fatimah boleh diminum sambil berjalan-jalan dan berhenti ketika kontraksi sambil bernafas dengan betul. 

3. Kepala bayi sudah berada dilaluan / ketika bersedia untuk push

Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut dengan banyak, dekatkan dagu ke dada dan baru teran sambil lepas nafas secara perlahan-lahan supaya bayi dapat keluar dengan mudah insyaallah. Pastikan teran tanpa mengeluarkan suara, jika kehabisan nafas semasa meneran pastikan jangan buang semuanya. Terus tarik nafas semula untuk mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. 


Kat sini mari nak kongsikan cara untuk mempercepatkan bukaan rahim ketika sedang berbaring

1. Pastikan baring mengiring ke kiri
2. Kaki kiri luruskan
3. Kaki kanan bengkokkan
4. Apabila kontraksi datang, tarik punggung sekuat hati menggunakan tangan kanan dan teran ia dapat menurunkan kepala bayi ke bawah.

Semoga berguna informasi ini buat semua..

Jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment