XM.COM

Wednesday, 20 April 2016

Di saat 'baby' memperkenalkan diri kepada ibunya selama 9 BULAN

8 bulan!!

Makna nya baby saya sudah suka mendengar suara ibu.. Ermmmm.. dengar mcm menggerunkan.. Tapi, ia adalah normal, lumrah manusia yg telah ditetapkan olehNya.

Aminnnn, bersyukur pada Allah keranan kandungan sihat walafiat, masih kuat menendang2 perut ibu sehinggakan perut ibu beralun-alun seperti ombak yg membadai tebing pasir. 


MINGGU 1: 
Waktu ini juga merupakan waktu yg sangat kritikal dimana persenyawaan berlaku di tiub follapian sebelum bergerak turun ke bahagian rahim utk melekat di dinding rahim. Waktu ini juga perlu dijaga rapi supaya menempelan pada bahagian dinding rahim kuat dan kukuh supaya risiko keguguran kurang.  Pemakanan juga penting buat ibu2 supaya mengambil pemakanan sihat diperingkat awal kehamilan, amboi dah mcm Dr sakit puan je.. Takpe, kucing pun sama je hehe..


BULAN 1:
"Ibu, kini aku masih berupa embrio"
Ungkapan ini masih terlalu awal untuk diungkapkan dari bayi tetapi perumpaan nya begitu lah.. Dalam bulan pertama ini dipanggil sebagai first trimester dimana ini adalah diperingkat permulaan utk pembentukan sel secara mitosis dan meosis.. 


BULAN 2:
'' Ibu, Sekarang aku sudah boleh menghisap ibu jariku''
Ini lah ungkapan dari bayi kepada ibu yang sudah berusia 8 minggu. Pembentukan janin masih lagi berlaku dengan pembentukan semua organ2 dalaman dan pembentukan tangan dan kaki.  


BULAN 3:
''Ibu, Aku sudah memiliki sidik jari skrg''
Pada bulan ke 3 ini pembentukan jari tangan dan kaki sudah lengkap sepenuhnya.  Kandungan juga mula membesar pada ketika ini.  Dan padan 3 bulan pertama / first trimester ni lah akan berlaku ketidak seimbangan hormon dimana hormon GnRH meningkat utk membantu pembentukan bayi.  Hormon FSH dan LH akan menurun dan Prostaglandin (PGS-2alpha) akan meningkat yg dirembeskan oleh Corpus Luteum (CL). 

Jadi secara physiological juga, ibu akan berasa tidak selesa, loya, muntah, dan lain2.. Keadaan ini mula la para ibu rasa tak selesa, dan tanda2 ini menunjukkan yg ibu telah hamil. Kdang2 para ibu masih tak sedar walaupun kandungn sudah mencecah 8 minggu, dan apabila tanda2 ini datang, barulah para ibu ni sedar yang mereka sudah hamil. Jadi para suami hendaklah fahami kehendak isteri anda jika mereka mengidam nk mkn apa2.. hehe


BULAN 4: 
''Ibu, aku bermimpi hari ini''
Perkembangan otak bayi anda sudah mula berkembang dan sel-sel otak mula terbina, disarankan pada waktu ini supaya makan makanan yg sihat dan amalkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, madu dll..  Anda boleh amalkan makanan sunnah supaya perlahan2 perkembangan bayi mendapat zat2 penting kepada bayi anda.



BULAN 5:
''Ibu, bulu mata dan keningku sudah tumbuh''
Disaat ini juga bulu mata dan bulu kening sudah mula tumbuh dan bayi sudah mula bergerak dengan perlahan2.. hehe Praktis pelan2 utk menendang nnt.. 


BULAN 6:
''Ibu, boleh merasakan tendanganku''
Di bulan ke 6 ini, baby sudah mula menendang perut2 ibu.  Waktu begini la pengalaman yg indah dirasakan oleh para ibu apabila merakan yg bayi dalam kandungan dah mula utk tendang2 perut. Syukur, tandanya bayi kita sihat dan ia adalah normal utk bayi berusia 6 bulan mula menendang.


BULAN 7:
''Ibu, aku bisa melihat sekeliling hari ini''
Dr Macho terlupa pulak dlu waktu dalam kandungan, Dr nampak apa dalam rahim ibu.. hehehehehehe XD
Mungkin bayi sudah boleh melihat pada waktu skrg, dengan kekuasaan Allah semua perkara yg kita rasa mustahil mmg berlaku. Jadi perkara ini tidak mustahil. Waktu ini, kandungan sudah masuk 7 bulan dimana kandungan sudah mula memasukai fasa terakhir iaitu third 3rd trimester. 3rd trimester ni juga sangat penting dari segi perkembangan bayi, jadi minum lah susu setiap hari. hehe


BULAN 8:
''Ibu, aku suka mendengar suara ibu''
Ya, harini 21 April 2016, kandungan baby sudah memasuki 8 bulan dalam kandungan. Syukur pada Allah kerana kurniakan anak yg sihat, dan setiap hari semakin aktif menendang perut ibunya. Dr. akan pastikan ibunya minum susu Dutch Lady Pure Farm setiap hari supaya bayi kekal mendapat nutrisi yg cukup. Mmg kat rumah dah bersusun kotak susu ni, 
Plannya nk hantar masuk peraduan, tapi nmpak gaya mcm quyup ja ni haha..

So tak lama dh rasa nk jadi daddy ni. Nak tak nak semua kelengkapan utk bayi dh mmg kena prepare la.. hehe So, be ready la ye.. 


BULAN 9:
''Ibu, aku siap bertatap muka denganmu''
Di saat ini lah masa yang sangat2 ditunggu oleh si ibu dan en suami dimana anak yg dikandung akan dilahirkan.  Doa ku berharap agar ibu dan bayi selamat walaupun mcm mana cara utk dilahirkan.  Ceasarian / normal tidak penting, yg penting ibu dan bayi selamat utk menatap wajah bayi kesayangan.
Saat ini lah yg paling meneronokkan terutamanya pada kaum Hawa. InshaAllah, jadilah bayi yg soleh dan solehah.. Amennnnn..


BULAN 9+:
''Akhirnya , aku disini Ibu''

Ini mungkin ungkapan pertama yg bayi anda akan ungkapkan sejurus saja keluar dari rahim ibunya.. 

Syukur... Semuanya selamat.. 

No comments:

Post a Comment