XM.COM

Thursday, 21 April 2016

No. PLATE CANTIKKKKKKKK DISINI

 W 1 N 

No. ini telah dibida dgn nilai tertinggi oleh Sultan JOHOR, 
DYMM SULTAN IBRAHIM..


Mmg WIN lah num plate ni, tapi takpe lah Sultan beli then letak kat keta Bentley, yg kita ni kalau beli belum tentu nk letak kat motor Honda EX-5.. hihihi..

By the way, kat sini Dr. Macho nk share blog yg menjual num plate cantik2 jugak hehe

Boleh click disini ya, NO. PLATE CANTIK


Ada 3 kaedah korang nak memilih nombor plat pilihan kita sendiri.

1. Melalui Tender

- Melalui tender ni biasanya kalau korang nak bid nombor yang bakal keluar untuk dipadankan dengan abjad. Contoh sekarang (21 April 2016) abjad kat Penang PMP. Tapi tender untuk nombor cantik pada abjad PMN dah ditutup pada 15 April 2016. Plat PMM pun tak keluar lagi.

- Jadi kena alert pengumuman di PORTAL JPJ bila tarikh buka dan tutup tender nombor ni. Korang boleh pilih nombor negeri lain dan hantar kat mana-mana cawangan JPJ tapi kena pastikan sampul surat tu sampai ke sana sebelum tarikh tutup.

- Jadi kalau masuk tender nombor ni, korang bolehlah pilih plat seperti PMM1, PMM888, PMM1000, PMM9999 dll mengikut kemampuan. Siapa bida paling tinggi akan menang.

- Sudah tentu ada prosedur. Setiap nombor cantik, ada harga minimum bid. Kena bayar separuh guna wang pos sebagai deposit. Kalau tak berjaya tender, duit deposit akan dipulangkan (dengan pos), isi borang M.V.10, bayar yuran pendaftaran (RM10) dan masukkan sampul dalam peti tender. Pastu tunggu dan berdoa korang menang.

- Tunggu 2 minggu - 1 bulan, keputusan tender yang berjaya atau tidak akan keluar dan diberitahu.

- Untuk maklumat lanjut tentang kaedah ini boleh pergi sini : PERMOHONAN TENDER NOMBOR PLAT KERETA.

- Biasanya orang yang tender ni, dia akan bersedia nombor plat yang dia suka. Baru beli kenderaan. Mereka lebih bersedia berbanding dapat ilham macam aku ni. Contoh diaorang tunggu nombor cantik seperti BMX, BMW, WWW, WVW dll. Kalau keluar nombor cantik ni beraturnya pun lebih panjang di JPJ.


2. Beratur kat kaunter tunggu running number


- Ini kaedah biasa yang digunakan oleh runner atau orang yang berminat nak beli nombor plat kenderaan dengan harga murah RM210.

- Sebelum pergi korang kenalah check berapa nombor kenderaan sekarang : CHECK NOMBOR PLAT TERKINI SELURUH NEGARA

- Kalau korang nak pilih nombor PMN 1991 kenalah datang bila nombor tu belum keluar. Kalau running number tu dah PMN 8000, korang menangis camna pun takkan dapat nombor 1991 tu sebab orang lain dah register.

- Jadi kenalah tunggu next abjad keluar. Mungkin bulan depan. Jadi benda ni kena perancangan rapi. Rancang untuk dapat nombor pendaftaran kenderaan, tempoh kelulusan loan, tempoh masa kenderaan ready dsb.

- Kalau korang nak beli kenderaan tahun depan tak payahlah beli sekarang konon nak nombor cantik. 3 bulan tak register kenderaan nombor tu terbatal.

- Kaedah ni kena isi borang M.V.10A (amik kat kaunter atau download kat portal JPJ) dan bawa IC je. Kalau bertuah dapat nombor yang kita nak dengan harga RM210 sahaja.

- Kalau running number tu contoh PMN 2000-4000 korang bolehlah dapat dengan harga RM210. Kalau korang nak mintak nombor PMN 9999 (out range) maka kena tambah lagi RM100.

- Ataupun korang main 'guessing game' dengan petugas kaunter tu kalau nak nombor lama. Dia takkan bagitau nombor yang available. Korang cakaplah nombor apapun. Kalau ada, dia bagi. Kena ingat belakang korang ada ramai menunggu dengan jelingan tajam.

- Ringkasnya : Amik nombor giliran -- Bila dipanggil -- Bagitau nombor yang kita nak -- Dia check sama ada nombor tersebut masih ada lagi (sediakanlah 10 nombor, jangan baru nak fikir) -- Kalau available bayar RM210 -- Nombor tu jadi milik kita -- Bayar kat kaunter bayaran -- Dia bagi resit --Bagi kat salesman kereta/motor. End.


3. Jumpa Pengarah JPJ (Kelulusan Khas)

- Sebab namanya kelulusan khas sudah tentu ia berbeza. Kena juga isi borang M.V.10B (ada kat kaunter/download) dan cakap kat pakcik guard nak terus jumpa Pengarah.

- Risikonya : Kita tak tahu availability dia. Kalau dia cuti memang takkan ada orang boleh gantikan dia. Kena guna cara biasa di kaunter.

- Kelebihannya : Kita tak bersaing dengan ejen-ejen kat luar sebab JPJ takkan bagi ejen tu masuk dalam jumpa Pengarah. Ia hanya untuk kenderaan kita sendiri. Kalau untuk isteri/adik beradik boleh diterima lagi bergantung budi bicara. Boleh pilih nombor lama-lama yang lawa yang masih available. Juga kena dah sedia nak nombor apa.

- Kelemahan dia : Kena beratur kalau ada ramai orang. Dia boleh tentukan nak amik orang ataupun tidak sebab diapun ada kerja lain. Bukan nak layan korang je. Bayarannya start RM310. Dia juga boleh cas berapa dia nak :) Kalau dia cakap RM700 kenalah bayar.

- Kalau bertuah dapat nombor cantik dengan harga jauh lebih rendah dari orang jual nombor plat tu.

- Kalau korang kaya bolehlah beli nombor plat kat sini. Tengok sendiri berapa harganya : BELI NOMBOR PLAT

Semoga bermanfaat perkongsian utk kali ini.. 

Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment