XM.COM

Wednesday 20 April 2016

Mandi HERBA utk ibu dalam PANTANG

Mandi serum atau istilah lain mandi herba tujuan dia untuk kembalikan kesegaran ibu yang baru melahirkan anak. Selain itu badan akan menjadi wangi. 

Antara daun-daun yg digunakan adalah


Serai wangi


Daun pandan


Daun limau purut


Daun inai


Daun senduduk

Daun kunyit

Daun lengkuas

Dan lain-lain 

Setiap daun-daun ini ada fungsinya, boleh google untuk tengok khasiatnya.

Cara untuk membuatnya senang sahaja. Rebus semua daun-daun di atas hingga mendidih kemudian letak dalam baldi. Bila nak mandi, campur dgn air. Kalau boleh biar suam-suam.

Air rebusan ini boleh diguna banyak kali hanya campur dgn air kemudian panaskan atas dapur gas. Boleh diulang sehingga warna air rebusan menjadi jernih. Bila jernih boleh letak daun yang baru pula.

Berapa lama nak mandi serum?? Selalunya awal minggu pertama sahaja. Sebab ketika itu badan kita tidak berapa sihat lagi. Tapi selagi ada daun-daun tu boleh mandi sampai 40 hari atau lebih.

So bagi saya daun ni sama saje, haha mungkin laki kot.. nampak sama je daun2 nih..

Selamat beramal..

No comments:

Post a Comment